Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

6 5

Di sebuah bangunan lama, Hulu Langat.

Seorang lelaki tua diikat di kerusi sambil dijaga rapi oleh beberapa orang lelaki bersenjata di sekelilingnya.

"Dah 3 jam sejak aku culik kau, tapi batang hidung cucu kau tak nampak pun sampai sekarang." 

Edward berjalan ke arah Tengku Sam diiringi dua lelaki yang menjadi orang kepercayaannya. 

"Pengecut macam kau suka culik orang eh? Tak suka berdepan dengan musuh ke?" Dirinya masih pelik kenapa Edward tidak meculiknya sebelum ini tetapi sekarang. Tiada sebab untuk lelaki itu menculiknya sekarang kerana hampir semua masalah dan dendam antara cucunya dan Edward telah diselesaikan bak kata Rihanna.

Senyuman bangga Edward mula pudar mendengar soalan sinis yang dilemparkan oleh Tengku Sam itu. 

Buk!

"Kena belasah sampai mati pun, nak juga cari pasal orang tua ni." 

Edward ketawa mengejek selepas anak buahnya menumbuk wajah Tengku Sam yang sudah berdarah akibat dipukul sebelum ini.

"Aku dah beri amaran. Cucu kau degil sangat. Lagi-lagi bila orang La Cosa Nostra selalu ikut mana-mana dia pergi, makin susah untuk aku untuk cederakan atau culik dia." 

Kepala Tengku Sam yang tertunduk itu didongakkan secara kasar oleh Edward dengan renungan tajamnya. Dendam yang lama terpendam terlihat di sebalik iris mata birunya.

Tengku Sam tersentak mendengar nama kumpulan yang disebut lelaki di hadapannya itu. La Cosa Nostra menjadi salah satu kumpulan mafia yang sangat berpengaruh hampir seluruh dunia sehinggakan tiada mafia lain yang sanggup bermusuhan dengan mereka kecuali beberapa mafia. Kumpulan mafia yang diketuai cucunya pun tidak boleh menandingi pengaruh mafia itu.

'Dah kenapa nak ikut Elly?' 

Tengku Sam mula resah akan keselamatan cucunya lagi-lagi selepas mengetahui anak buah mafia digeruni itu selalu mengekori cucunya.

"Kau nak apa? Culik aku bukan dapat apa-apa pun," kata Tengku Sam lemah kerana badannya terlalu lemah selepas dipukul dan dibelasah tanpa belas kasihan oleh anak buah Edward sejak diculik 3 jam lalu.

"You're very wrong, Sam. Aku dapat kau maksudnya aku hampir berjaya untuk tumpaskan keluarga kau terutamanya cucu kau tu," 

Edward menjelaskan perkara yang sebenar di sebalik keculikan itu.

Ya, itu merupakan satu kebenaran yang telah terlepas pandang. Mereka semua lupa Tengku Sam merupakan ahli terpenting kerabat Henderson dan sangat penting buat cucunya, Tengku Rihanna Elaine Adrey Henderson terutamanya. Jika Tengku Sam diancam, maka mereka sekeluarga turut diancam. Itu adalah satu kebenaran yang ramai di luar sana tidak tahu.

"Kita tunggu cucu kau datang. Give him water, nanti mampus cepat sebelum cucu dia sampai."

Edward keluar dari gudang itu untuk menyiapkan dirinya menghadapi Rihanna yang akan datang bila-bila masa sahaja.

Tengku Sam menghantar pemergian lelaki itu dengan ekoran mata dengan fikirannya penuh dengan tanda tanya.

'The final battle begins,'

***

"Ask backup from A.S.C and Alpha team. Emrys ikut dengan SlightenEvo sekali takut ramai yang berjaga kat sana. Lagipun markas ini adalah yang paling utama, jadi hampir semua anak buah Edward dekat sana,"

Dylan menerangkan tentang misi mereka sebelum bergerak.

Lucas telah berjaya menjejak lokasi Tengku Sam di Hulu Langat. Hisham tidak memberitahu lokasi spesifik, hanya nama tempat.

"Nak aku bagitahu position masing-masing ke? Korang nak pastikan tak? Takut ada yang lupa?" 

Raiden menyoal ahli Aigle Oeil yang sedang bersiap sedia dia bilik senjata dan bilik mesyuarat yang telah digabungkan itu.

"Go on," balas Rihanna sambil menyisipkan pisau di tepi kasutnya seblum memakai sarung tangan hitam yang diwajibkan untuk semua.

"Evan and Austin, headhunter." 

Walaupun Evan merupakan sniper terbaik kumpulan itu, Austin juga sama tahap dengannya tetapi masih tidak boleh melepasi tahap Evan. Lagipun kali ini mereka perlu tumpaskan musuh yang sudah lama dibiarkan.

"Rihanna, Dariel, Audrey and Felix at the west side."

"Zayden, Dylan, Lily and Ethan, east side."

"Aku, Tania, Mark dan Adira, dekat arah selatan."

"Emrys, Alpha, A.S.C dan Slighten Evo yang lain, arah utara."

Semua hanya mengangguk. Posisi masing-masing sudah ditetapkan sebelum ini untuk semua misi yang disertai. Hanya misi tertentu sahaja mereka perlu berubah posisi.

"Aku?" 

Soalan Rufawi menggamit perhatian semua dalam bilik itu.

"You help Lucas dan the CIA." 

Rihanna tidak sanggup lagi untuk melibatkan adiknya dalam misi kumpulannya. Dia mengusap perlahan kepala adiknya itu sebelum keluar dari bilik itu.

Zayden mengeluh kecil melihat perubahan mendadak gadis itu.

"Tak pe, Ruf. Next time, okay." pujuk Dylan yang berdiri di samping Rufawi.

Rufawi hanya tersenyum nipis sebelum keluar dari bilik itu lalu menuju ke bilik yang menempatkan Lucas dan CIA.

***

"Move,"  

Semua anak buahnya yang berada di sekitar kawasan itu mula mengambil langkah dan posisi yang ditetapkan sebelum ini.

Earpiece yang menghubungkan ketua dengan orang kanannya itu setia di telinga masing-masing kerana kumpulan mereka akan separuh lumpuh jika terputusnya komunikasi.

"Ramainya, Xandra. Aku ingat sikit je. Mana mamat ni dapat banyak orang dalam masa sehari. Dia seludup masuk ke apa?" Dylan berbisik cemas sambil menatap tajam kawasan timur gudang itu yang dikawal ketat oleh lebih kurang 50 orang anak buah Edward yang lengkap bersenjata.

"Kau tanya dia, mana dia tahu bodoh! Kebodohan kau tu tak boleh nak simpan ke? Masa macam ni baru nak tunjuk," 

Mark bersuara keras dengan tangannya ligat memasang silencer pada pistolnya kerana terlalu ramai anak buah Edward yang berkawal di setiap arah bangunan seperti yang dikatakan Dylan.

Keluhan berat dilepaskan Rihanna sebelum memandang dengan Dariel di sisinya yang turut memandangnya.

"Diam." 

Sepatah perkataan itu mampu mendiamkan pertengkaran kecil antara Dylan dan Mark.

"Snipers, in position. All move forward. No mercy,"

Rihanna memberikan arahan yang ringkas sebelum membuka langkah bersama yang lain memasuki gudang itu.

Bunyi tembakan kedengaran apabila masing-masing mula berbalas tembakan untuk melindungi diri.

Rihanna mengisyaratkan Dariel yang tidak berada jauh darinya ke arah Edward yang sedang melihatnya dari tingkat atas bangunan itu dengan senyuman sinisnya.

"Bastard!" 

Dia mencarut sebaik sahaja Edward menyuruhnya ke tingkat atas itu sambil menunjukkan Tengku Sam yang diheret oleh anak buah lelaki itu untuk ditunjukkan kepadanya.

"Gerak ke tingkat atas," arah Rihanna pantas sebelum dirinya turut bergegas ke tingkat atas bangunan itu bersama Dariel yang setia di sisinya.

Ramai anak buah Edward sudah tumpas bersama darah yang mewarnai lantai simen bangunan itu. 

"Look who's here! Finally," 

Suara girang yang dibuat-buat oleh musuh yang tidak patut dibiarkan kedengaran di gegendang telinga masing-masing sebaik sahaja menjejakkan kaki ke tingkat atas bangunan itu.

"Kau culik grandpa aku dah kenapa sial? Dah lama hidup ke?" jerkah Raiden apabila muka Edward berdiri beberapa meter darinya menyapa layar matanya.

Zayden menghalang Raiden yang baru sahaja mahu mara ke arah Edward. Dia menunjukkan ke arah Tengku Sam melalui lirikan mata yang sedang diacukan pisau di lehernya oleh salah seorang anak buah Edward.

"What do you want, Edward? Tak cukup lagi ke kau seksa kitaorang selama ini?" 

Rihanna bersuara selepas sekian lama berdiam diri. Sudah hampir 7 tahun Edward membuat masalah dengan keluarga Henderson dan Dilarier hanya untuk mendapatkan harta mereka. Dua buah keluarga mereka telah memutuskan hubungan syarikat yang mempunyai kerjasama dengan syarikat kerabat Zyad hanya untuk mengelakkan bersemuka atau berdekatan dengan kerabat Zyad untuk apa jua urusan syarikat. 

He creates chaos for revenge whenever we are near him.

"Aku tak akan puas selagi setiap pewaris keluarga kau mati. Lagi-lagi kau hidup lagi,"

Rihanna merenung tajam wajah Edward yang sedang tersenyum mengejek ke arahnya.

"Lepaskan grandpa aku dulu. Kita selesaikan hal kita lepas tu," 

Rihanna cuba berunding dengan manusia yang bertopengkan syaitan di hadapannya. Dia takut jika nyawa Tengku Sam akan menjadi galang ganti apabila keputusan dibuat terburu-buru.

Edward menggelengkan kepalanya dengan senyuman mengejek tanda menolak permintaan Rihanna.

"Okay then. Let's make an exchange, how does it sound?" 

Rihanna mula megukirkan senyuman sinisnya apabila melihat air muka lelaki yang menculik ahli terpenting keluarganya berubah.

"Kau merepek apa perempuan? One of yours is with me but none of mine is with you. Kau nak exchange apa?" soal Edward bengang dengan tawaran tidak masuk akal itu.

"Cuba tengok betul-betul. Permata kau dah hilang pun tak perasan ke?" 

Muka Edward yang dihiasi senyuman sinis mula berubah menjadi pucat. 

"Kau..."

Belum sempat Edward menghabiskan percakapannya, seorang gadis yang kepalanya ditutup dengan kain hitam serta tangan diikat belakang diheret oleh dua orang anak buah Rihanna kelihatan.

"Lupa ke cik abang ada adik yang menyundal di kelab malam?" 

Dariel yang hanya mendiamkan diri sejak tadi mula bersuara sebaik sahaja gadis itu didirikan di sebelahnya.

"What a pity! The great Edward has a sister but one knows? Why is it my sweet, Eliana?" 

Rihanna menarik kasar kain hitam yang menutupi kepala gadis itu sehingga mendedahkan wajah yang dipenuhi luka dan darah kering.

"Kau buat apa dengan adik aku perempuan?" jerkah Edward dengan muka merah padam menahan marah melihat keadaan satu-satunya adik perempuannya itu.

Zayden tersenyum senget melihat kemarahan Edward. 

Tiada siapa pun tahu dalam dunia gelap ini yang Edward William Zyad mempunyai seorang adik perempuan kecuali Dilarier, Henderson dan dirinya sendiri.

Eliana Syra Zyad, satu-satunya keluarga Edward yang masih hidup dan mempunyai saham dalam hampir semua syarikat Dilarier tetapi hanya peratusan yang rendah.

"You give back mine, yours will come back to you without further damage." 

Rihanna menyatakan kata putusnya dengan merenung tajam mata Edward yang turut menatapnya tajam.

"At the same time," 

Edward akhirnya mengalah demi adiknya.

"At the same time,"

Rihanna mengisyaratkan anak buah untuk melepaskan Eliana selepas anak buah Edwar berbuat demikian.

Selangkah Tengku Sam melangkah menuju ke arah Rihanna, selangkah juga Eliana melangkah ke arah abangnya.

"F***king shit! Take cover!" 

Rihanna berlari ke arah Tengku Sam yang masih melangkah menuju ke arahnya dengan mengeluarkan pistol yang tersisip di belakang pinggangnya apabila melihat Edward menghalakan revolver ke arah Tengku Sam.

"No! Stop it, you bastard!"

BANG!

BANG!

BANG!

Semuanya berlaku dalam sekelip mata. 

"Grandpa!"

"Ed!"

Rihanna melulut di sebelah sekujur badan Tengku Sam yang sedang cuba mengaturkan nafasnya akibat tembakan yang dilepaskan oleh Edward dari arah belakang yang terkena jantung dan perut Tengku Sam.

"Jangan tinggalkan Elly, grandpa. Please stay with me!" raung Rihanna dengan air mata mula berlingan sambil memangku kepala Tengku Sam di pahanya.

"Panggil ambulans cepat!" jerit Mark lalu bergerak ke arah Edward yang berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan akibat tembakan Rihanna tepat ke arah jantungnya dan tulang rusuknya dengan adiknya yang masih menangis di samping abangnya itu.

 "Elly...be careful...La Cosa Nostra...jaga...semua baik-baik...grandpa sayang..."

Dada Tengku Sam turun naik dan menghembuskan nafas terakhirnya sambil dikelilingi oleh orang-orang tersayangnya sebelum dia sempat menghabiskan percakapannya.

"No! You can't do this to me!" 

Rihanna mula menggocang tubuh Tengku Sam yang tidak bernafas.

Dariel melangkah menjauhi mereka dengan hujung matanya mula berair dengan pemergian Tengku Sam.

"Stop it, Elly. Jangan sakitkan arwah," pujuk Zayden lalu menarik Rihanna dari menggoncang tubuh Tengku Sam.

"Zay...grandpa...he left us..." 

Rihanna teresak-esak di bahu Zayden sambil memukul dada bidang lelaki itu, tidak dapat menahan kepiluan di hatinya itu.

"I know baby...i know...they will pay for this...they will," 

Zayden mengelap tubir matanya yang berair lalu mengusap belakang Rihanna yang masih menangis.

"Clear the place. Bakar badan bangsat tu hidup-hidup. Saya nak tengok abu dia kat markas esok. Jangan sampai satu bukti dapat dikesan. Adik dia, korang lepaskan je."

Raiden mengarahkan semua anak buahnya yang berada di sana lalu melangkah keluar dari tempat itu.

A war ended but still, nobody felt the happiness


TO BE CONTINUE

VOTES & COMMENTS

🌙✨WISHING YOU ALL A HAPPY RAMADHAN KAREEM🌙✨

❤️SELAMAT BERPUASA WATTPADERS❤️



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro