6 1
"AKU TAK NAK! FAHAM BAHASA KE TAK ATAU NAK AKU CAKAP DALAM BAHASA GIBBERISH BARU FAHAM?!"
Semua pembantu yang diupah oleh Tengku Sam untuk menyiapkan Rihanna tertunduk mendengar jeritan yang sangat kuat itu.
Rufawi yang turut berada di dalam bilik itu juga kesian akan pembantu itu. Mereka menjadi mangsa kemarahan Rihanna secara tak sengaja.
"Cik Muda, ini arahan Tengku Sam. Saya tidak boleh balik selagi cik muda tidak bersiap. Maafkan saya, cik muda." kata seorang wanita dalam 30-an sambil menundukkan kepalanya. Dia dan pembantu lain telah ditugaskan oleh Tengku Sam untuk meyiapkan gadis itu sebelum pukul 8 malam. Mereka tinggal sejam lagi sebelum bodyguards datang menjemput Rihanna. Dia sudah merayu dengan gadis itu selama satu setengah jam tetapi tiada hasil.
Rihanna terasa mahu menjerit sekuat hatinya kerana terlalu tertekan dengan tindakan Tengku Sam. Orang tua atau pun atuknya itu telah menjemput Adam sekeluarga untuk makan malam bersama mereka sekeluarga di sebuah restoran tanpa persetujuannya. Tengku Sam hanya memberitahunya selepas orang yang diupahnya datang untuk menyiapkan dirinya. Katanya, 'It will be a begining for this alliance'. Tengku Sam hanya mahu menguji kesabarannya yang semakin menipis hari demi hari.
"Fine. Just do the simplest make-up and for the dress, send it back. I wear as my wish," putus Rihanna kerana tidak ada guna dia menolak semua itu kerana Tengku Sam akan mengugutnya dengan Zayden nanti. Keadaan akan menjadi lebih parah.
Wanita itu menghela nafas lega. Dia terus menyuruh pembantunya membawa keluar busana yang dibawa untuk gadis itu seperti yang diarahkan tadi. Gadis itu menyetujui untuk bersolek pun sudah cukup baik.
"Ruf, go and get ready. There will be a live show today," kata Rihanna kepada Rufawi dengan senyuman sinis. Dia tidak akan membiarkan perkara itu melarut.
Rufawi terus bangun dan menuju ke biliknya yang bersambung dengan bilik kakanya itu.
Rihanna merenung cermin meja solek di hadapannya membiarkan wanita yang ditugaskan oleh Tengku Sam menyolek wajahnya dan mendandan rambutnya. Dia sudah nekad yang perkara ini akan diselesaikan malam ini atau pun paling lambat hujung bulan ini. Banyak perancangan sudah bermain dalam mindanya.
Buzz!
Buzz!
iPhone yang bergetar di atas pehanya menyetakkan Rihanna dari lamunan jauh. Dia tersenyum sayu sebaik sahaja melihat Caller ID yang terpampang di skrin sekali dengan gambar pemanggil.
"Leave me alone for 10 minutes," arah Rihanna dengan suara mula bergetar. Sebak di dada tidak dapat ditahan lagi.
Semua orang keluar dari biliknya sebaik sahaja menerima arahan dari gadis itu.
"Assalamualaikum, sunshine."
Rihanna memejamkan matanya yang sudah bergenangan dengan air mata selepas mendengar suara lelaki yang berjaya menawan hatinya. Dia sudah lama dia tidak menghubungi Zayden sejak kenyataan media dikeluarkan oleh Tengku Sam.
"Waalaikumussalam, Ay...Ayrell."
Dia cuba menahan getaran suarannya tetapi hatinya sudah menahan sedih dan rindu terhadap lelaki itu sejak lama. Suara lelaki itu cukup untuk rindunya membuak-buak menyerang sekeping hatinya.
"Don't cry. Aku yang sedih dengar kau nangis,"
Rihanna terus menyebamkan mukanya di atas meja solek dengan esakan yang mula memenuhi bilik itu. Dia tidak dapat membendung kesedihannya akibat perbuatan Tengku Sam. Dia juga tidak boleh mempertahankan cintanya kerana ugutan atuknya.
'Ya Allah, kenapa kau uji aku begini di saat aku hampir mengecapi kebahagian dengan orang yang kucintai setulus hatiku,'
"Zay..."
Rihanna menekapkan iPhone dia telinganya semula sambil mengelap air mata yang membasahi wajahnya.
"Aku lebih rela lepaskan kau dari nyawa kau menjadi galang ganti,"
Gadis itu menuturkan kata itu seikhlas hati kerana dia tidak sanggup menggadaikan nyawa lelaki yang hanya bersalah kerana mencintai dirinya. Dia tahu jika dirinya boleh melakukan apa sahaja untuk mempertahankan cintanya, maka tidak mustahil bagi atuknya, Tengku Sam untuk melakukan apa jua untuk mempertahankan maruah dan keinginannya.
"You're my first and last. I will not lose you. I really love you,"
Air mata berlinangan semula di pipi mulus gadis itu sebaik sahaja lelaki itu menyatakan kata putusnya. Dia juga tidak mahu ini semua berlaku tetapi siapa tahu ketentuan-Nya.
"Zay...aku akan cuba sebolehnya. My grandpa has lost his mind. Aku takut Zay, andai kata nanti dia apa-apakan kau, it will kill me silently because of my guilty. I can lose you in my life but I could not afford to lose your life because of me,"
Rihanna menuturkan kata-kata itu dengan rasa sakit hati yang tidak dapat digambarkan kerana secara jujur dia tidak boleh kehilangan lelaki itu dalam kehidupan dia dan dia turut tidak mahu nyawa lelaki itu diancam tetapi jika keadaan sebegini, dia lebih rela melepaskan lelaki itu dari nyawanya menjadi ancaman disebabkan dirinya.
"Dah jangan fikir sangat. Everything will back to normal soon. Pray to Allah, he'll guide us. Just don't give up in faith,"
"Okay, Zay. Take care. Love you and so sorry for the mess I made. Assalamualaikum,"
"Nothing to be sorry about. We'll face it together. Love you more, sunshine. Waalaikumussalam,"
Rihanna meletakkan iPhone di atas meja solek selepas Zayden meletakkan panggilan. Dia merenung wajahnya yang sudah dibasahi dengan air mata di cermin meja solek. Air mata di wajahnya dilap menggunakan tisu basah di atas meja solek.
"Come in," panggil Rihanna selepas menenangkan diri buat seketika.
Semua pembantu masuk ke dalam bilik semula dan membuat kerja masing-masing.
Wanita yang sedang menyolek wajah Rihanna tadi, menyambung semula kerjanya mereka hanya tinggal lebih kurang 40 minit sebelum bodyguards datang menjemput Rihanna.
'You started it, I'll make you end it by hook or crook,'
***
Four Seasons Hotel, Kuala Lumpur.
Rihanna keluar dari keretanya yang dipandu oleh Raiden sebaik sahaja tiba di perkarangan hotel di mana 'makan malam' akan diadakan.
"You're really wearing this to do the dinner?" soal Rufawi sambil memerhati pakaian kakaknya yang sangat tidak sesuai untuk makan malam bersama keluarga Adam hari ini.
"Try me," kata Rihanna dengan senyuman sinis lalu memakai jaket denim melapisi tee dress berwarna hitam yang dipakai bersama sepasang sneakers berwarna putih. Dia sengaja memilih casual dress agar Tengku Sam tahu yang dia sedang memberontak keputusannya.
Raiden hanya tersenyum senget selepas memberikan kunci kereta kepada valet yang berada di situ. Dia tahu pertunangan itu mungkin dibatalkan hari ini angkara Rihanna.
Mereka adik-beradik menuju ke ruangan peribadi yang ditempah untuk makan malam ini. Keluarga Dilarier tidak dapat bersama dalam makan malam ini kerana mempunyai urusan masing-masing yang tidak dapat dielakkan.
"Assalamualaikum,"
Rihanna memberi salam dengan muka tanpa secalit senyuman selepas sahaja memasuki bilik itu diikuti Raiden dan Rufawi dari belakang. Dia terus menuju ke arah Tengku Sam dan Tengku Mary yang sudah berubah riak memandangnya.
"What the hell are you wearing, Elly?" bisik Tengku Sam keras sambil menyambut huluran salam cucunya.
"You made me to do this. I told ya," bisik Rihanna kembali semasa menyalami Tengku Sam.
Mereka terus mengambil tempat berhadapan dengan Adam dan adiknya, Tengku Audrey Claire Leon selepas bersalaman dengan ibu bapa mereka.
"Dah lama uncle tak nampak kamu," tegur Tengku Louis, ayah Adam kepada Rihanna yang duduk bertentangannya.
Keluarga Henderson dan Keluarga Leon duduk bertentangan kecuali Tengku Sam yang duduk di tengah, berdekatan Tengku Louis.
"Yeah, uncle." jawab Rihanna ringkas kerana dia sememangnya tiada mood mahu beramah mesra dengan mereka semua.
Adam hanya memerhatikan gadis yang berjaya mencuri hatinya 4 tahun lepas dengan pandangan redup. Dia kecewa dan marah apabila gadis itu lebih memilih Zayden dari dirinya.
'Aku takkan hilang kau lagi,'
"I'm sorry Louis for the chaos Elly made," kata Tengku Sam sambil merenung tajam Rihanna yang sedang bermain jari Rufawi di bawah meja tanpa mempedulikan perbincangan mereka.
Tengku Emuel dan Tengku Marleena tersenyum dalam diam. Anak dara mereka telah melakukan sesuatu yang luar jangkaan di mana gadis itu telah memuat naik gambarnya bersama Zayden ke semua sosial media miliknya dan membocorkan gambar-gambar itu ke pihak wartawan walaupun Tengku Sam telah mengumumkan pertunangnya dalam masa terdekat. Tindakan itu memang huru-harakan keadaan lagi-lagi menaikkan darah Tengku Sam.
Rihanna tidak mempedulikan langsung perbualaan mereka. Dia hanya menunggu pelayan untuk menghidangkan makanan sahaja.
"Tak ada pun. Nanti lama-lama dah okey tu," balas Tengku Louis dengan harapan menggunung. Dia sangat berharap gadis itu akan menjadi suri hati anak sulungnya dan menantunya.
Tengku Sam mengangguk lalu menyuruh pelayan untuk menghidangkan makanan.
"Kak, kau ni buta ke apa? Mamat tu dari tadi tak larikan mata dari kau. Aku pula yang menyampah," bisik Rufawi kepada Rihanna yang sedari dari tadi membelek iPhone di bawah meja.
"Aku malas nak layan. Kalau aku layan, makin syok dia. Benci betul dengan grandpa tau. Kalau bukan sebab dia, dah lama aku angkat kaki." luah Rihanna dalam bisikan juga sambil pelayan meletakkan hidangan makanan di hadapan setiap seorang di meja itu.
Adam tahu gadis itu masih membantah keputusan Tengku Sam untuk menunangkannya dengan dirinya. Dia akan pastikan pertunangan itu akan berlansung dan kekal sehingga mereka melangsungkan perkahwinan mereka.
"Lepas dah tunang nanti, Elly duduk Malaysia ke England?" soal Tengku Arabella Lexi, ibu Adam dan Audrey.
Rihanna yang baru sahaja ingin menyuap nasi ke dalam mulutnya terhenti dengan soalan Tengku Arabella.
"Tunang pun tak pasti lagi. Tengok macam mana nanti, aunty." jawab Rihanna selamba lalu menyuap makanan ke dalam mulutnya.
Berubah riak Tengku Arabella mendengar jawapan gadis itu.
"Elaine!" tegur Tengku Sam dengan tegas mendengar tutur kata cucunya.
"Dah kenapa? Betulkan apa Elly cakap sebab pertunangan ini tak akan berlaku dan mustahil untuk berlaku," bidas Rihanna lalu mengelap mulutnya dengan napkin.
Adam sudah menggenggam erat sudu di tangan kerana terlalu geram akan percakapan dan kata putus gadis itu.
Tengku Sam sudah mengurut pelipisnya. Tengku Emuel dan Tengku Marleena hanya makan tanpa menyampuk kerana mereka tahu puteri mereka akan menyelesaikan masalah itu cepat atau lambat.
"Okay, then. Kalau grandpa buat ini baru Elly setuju dengan pertunangan ini, grandpa akan buat." putus Tengku Sam sambil menunjukkan isi meja sekeping fail.
Semua terkejut melihat tajuk besar fail itu kecuali Rihanna yang sedang makan walaupun dia tahu apa Tengku Sam akan buat.
"Grandpa dah gila ke apa?" soal Raiden dengan nada yang kuat sambil memanah tajam wajah Adam yang sudah tersenyum kemenangan.
Tengku Sam memekakkan telinganya kerana dia satu-satunya cara untuk mendiamkan bantahan Rihanna.
"So you're willing to give your shares to him just because you want him to be my fiance?" soal Rihanna selepas sekian lama berdiam diri.
Perbuatan Tengku Sam sangat tidak masuk akal. Dia mahu memberikan sahamnya dalam syarikat H'Reevster Incorporotion, syarikat keluarga Henderson. Tengku Sam ialah pemegang saham utama kedua selepas dirinya dalam syarikat itu. Jika sahamnya diberikan kepada Adam, lelaki itu akan menjadi pemegang saham utama selepas dirinya dalam syarikat itu.
"Yes. Kalau grandpa buat macam ini pun nak pulihkan reputasi Adam and make the media strongly believe that he is my future grandson-in-law. Lagipun grandpa dah tua, tak guna pun ada share banyak-banyak."
Tengku Sam menjawab soalan Rihanna dan mengambil sebatang pen dari poket suit yang dipakai untuk menandatangani dokumen pemindahan saham itu.
Rihanna merenung tajam Adam yang turut melihatnya dengan senyuman mengejek.
'I will never let you enter my life nor do my family,'
Rufawi melihat kakaknya yang sedang duduk tanpa membuat apa.
"Kak, cepatlah. Just do something," kata Rufawi geram sambil menyiku Rihanna si sebelahnya.
Rihanna bangun dari kerusinya dan menuju ke arah Tengku Sam dengan sebatang pen di tangannya.
"Saya pun nak bagi saham saya kepada Adam sebab dia kan future husband saya," kata Rihanna menekankan perkataan 'future husband' sambil menandatangani dokumen yang sebenarnya hanya sah jika mempunyai tandatangan Tengku Sam.
Tengku Sam tergamam akan keputusan gadis itu. Dia tidak sangka gadis itu akan berbuat sedemikian. Jika saham Rihanna turut diberikan kepada Adam, Adam akan menjadi pemegang saham utama H'Reevster sekali gus menyoal posisi keluarga mereka dalam syarikat itu.
'Mess with me, you'll lose for sure.'
TO BE CONTINUE
VOTES & COMMENTS
ADAKAH CERITA SAYA CLICHÈ? PLEASE GIVE AN ANSWER READERS
❤STAY SAFE GUYS❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro