Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

5 8

"Mom!" laung Rihanna sebaik sahaja melangkah keluar dari lif di istana yang didiaminya sekarang. Dia terlajak tidur selepas subuh kerana semalam dia tidur lambat gara-gara menyemak semua fail syarikatnya.

"Here, dear." kata Tengku Marleena dengan suara yang kuat.

Rihanna berjalan ke arah sebuah bilik di mana suara Tengku Marleena terdengar.

White Drawing Room.

Rihanna menunduk hormat kepada Tengku Emuel dan Tengku Marleena sebelum mengambil tempat di sofa bersebelahan dengan Rufawi. Dia mengabaikan pandangan tidak puas hati Nancy dan Tengku Isla di sofa bertentangannya.

Semua ahli kerabat berada di sana kecuali ibu bapa Samuel dan ibu bapa Iris.

"Nasib baik akak datang, kalau tak kitaorang dah bernanah telinga dengar suara sumbang Nancy dan mak ngah." bisik Rufawi perlahan sambil menyendeng di lengan Rihanna.

Rihanna tersenyum kecil mendengar bisikan adiknya. Dia mencubit perlahan lengan Rufawi lalu memberi isyarat mata ke arah ibunya yang sedang memerhatikan mereka berdua sejak tadi.

"So far all good? Any problem?" soal Tengku Sam kerana setiap dua minggu keluarga mereka akan mengadakan pertemuan di istana untuk membincangkan apa-apa hal peribadi yang tercetus.

"All good, dad." balas Dylan yang duduk di antara Dariel dan Laura.

"Ayd?" soal Tengku Marleena kepada Raiden yang sedang kusyuk melihat majalah di tangannya.

Raiden menutup majalah di tangannya segera selepas sahaja mendengar suara ibunya.

"Nothing, mom. All is fine," jawab Raiden kerana dia melihat majalah sambil mendengar perbualan mereka semua.

Rihanna mengeluh dalam diam apabila teringat akan perbualannya dengan Raiden subuh tadi sebelum dia tidur balik.

Flashback

Raiden mendekati Rihanna yang sedang melipat telekungnya lalu duduk di birai katil gadis itu. Mereka berdua dan Rufawi solat bersama-sama memandangkan sudah lama mereka tidak solat berjemaah.

"Elly,"

"Yes, Ayd." sahut Rihanna lalu duduk di sebelah Raiden selepas menyimpan telekungnya.

"Kalau aku tanya kau jangan marah tau," kata Raiden kerana dia takut gadis di hadapannya marah dan sedih apabila perkara itu dibangkitkan.

Rihanna mengerutkan dahinya lalu mengangguk sahaja. Dia sempat membetulkan comforter di badan Rufawi yang sedang tidur di atas katilnya selepas sahaja habis solat.

"Did you contact them?" soal Raiden.

Rihanna kaku sekejap mendengar soalan lelaki itu. Dia terlebih faham siapa yang dimaksudkan Raiden. Sudah lama dia tidak mendengar khabar dari keluarga Dilarier.

"Not yet," jawab Rihanna lalu melarikan anak matanya dari raut wajah Raiden.

"Kau tahu kan apa yang sedang berlaku dekat Malaysia?" soal Raiden sekali lagi kerana tidak mungkin Rihanna tidak tahu akan situasi di Malaysia.

Rihanna melepaskan keluhan berat mendengar soalan Raiden.

"Yes, I know." balas Rihanna kerana mana mungkin dia tidak tahu akan situasi di Malaysia.

Kerabat Dilarier menghadapi masalah yang besar selepas dia balik ke pangkuan keluarga kandungnya. Saham hampir semua syarikat Dilarier jatuh merundum selepas dia ditabalkan sebagai Crown Princess of England dan identiti sebenarnya didedahkan. Syarikat dia dan Arzyn tidak mengalami kerugian yang sangat besar seperti syarikat DIlarier yang lain.

"Dah kenapa kau tanya tentang itu tiba-tiba?" soal Rihanna.

"Just." jawab Raiden ringkas.

"I miss them but I just don't have the courage to face them. I just want to get used to this life. I know FP, PP and the girls may be hating me right now. We'll see how fate is going to make all of us meet again. I'll just follow the flow," kata Rihanna dengan maksud yang mendalam.

"I know you're strong twinnie. Just don't fall. Chin up princess! Don't let your crown fall," ujar Raiden memberi semangat kepada kakaknya yang lahir seminit awal sebelumnya.

Rihanna memberi senyuman yang menyakinkan kepada Raiden.

Flashback Ends

Buzz!

Buzz!

Getaran iPhone di dalam poket seluar menyentakkan Rihanna. Dia menyeluk poket seluarnya lalu melihat skrin iPhone.

Big Twinnie❤️

Caller ID sekali dengan gambar pemaggil yang terpampang di skrin mengejutkan Rihanna. Dia tidak sangka lelaki itu akan menghubungi selepas beberapa bulan tidak menghubunginya.

"Assalammulaikum,"

Rihanna menjawab panggilan Arzyn dengan perasaan bercampur-baur. Pandangan ibu bapa dan keluargannya diabaikan.

"Waalaikumsalam. Ry...Elly sihat? Mom dan dad sihat? Ayd dan Ruf?"

Rihanna tersenyum kelat apabila Arzyn tersasul memanggil nama 'Avryn'. Dia berasa pelik kerana suara Arzyn serak seperti orang baru sahaja habis menangis.

"Semua sihat, alhamdulillah. There?"

Namun, soalannya tidak dijawab malah dibaiarkan sepi.

"Zyn? Are you there? Did anything happen?" soal Rihanna lalu bangun dari sofa.

Raiden turut bangun dari sofanya apabila mendengar nama Arzyn disebut oleh Rihanna.

"Ye...yeah, I'm here. Can you come back to Malaysia now? Something bad happened,"

Rihanna tergamam mendengar tutur kata Arzyn. Semua perkara yang berlaku di Malaysia akan dilaporkan kepadanya segera oleh orang kanannya tetapi tiada apa-apa masalah dilaporkan setakat ini.

"What..."

Percakapan Rihanna terbantut apabila melihat Noah yang baru sahaja sampai di pintu masuk White Drawing Room dengan termengah-mengah.

Semua ahli keluarga Henderson bangun dari duduk sebaik sahaja beberapa bodyguards sampai di belakang Noah. Tiada bodyguards dibenarkan menganggu masa di mana seluruh keluarga sedang berkumpul kecuali perkara mustahak.

"We need to leave for Malaysia immediately, Reah." ujar Noah serius selepas mengaturkan pernafasannya.

Rihanna melepaskan keluhan berat lalu terduduk di sofanya. Dia tahu masa itu akan tiba tetapi tidak sangkan secepat ini.

"I'll reach there by tomorrow morning. Take care. Assalammulaikum,"

Rihanna mematikan panggilan selepas Arzyn menjawab salamnya.

"What the hell has happened? How do I don't know anything?" soal Rihanna dengan suara yang tertahan-tahan.

Noah dan bodyguards tertunduk kerana mereka gagal untuk menyampaikan perkara yang penting.

'If there is a fate we will meet then we will meet soon or later.'

***

Sunway Medical Centre, Malaysia.

"Make sure Ruf is guarded 24-hour. Raiden will be here any minute so just escort him after he reaches," arah Rihanna kepada Noah yang sedang berjalan beriringan bersamannya.

Noah mengangguk mendengar arahan Rihanna.

Rihanna, Raiden dan Rufawi sampai di Malaysia pada pukul 7.30 pagi. Mereka check-in hotel terlebih dahulu sebelum Rihanna datang ke hospital. Sebenarnya, Rufawi tidak dibenarkan mengikuti mereka tetapi disebabkan oleh kedegilannya, dia dibenarkan.

Mereka memasuki lif untuk pergi ke tingkat 3 di mana seluruh keluarga Dilarier berada.

Rihanna memasukkan tangan ke dalam poket knitted cardigan yang dipakai sambil bersandar pada tepi lif dengan mata terpejam sementara menunggu lif sampai di tingkat 3. Jet lag yang dialaminya juga tidak diendahkan kerana durasi kapal terbang dari Heathrow, London ke Kuala Lumpur, Malaysia adalah 12 jam dan 55 minit. Dia tidak sempat berhias maka dia hanya mengenakan white t-shirt dan black jeans dengan nude knitted cardigan kerana risau akan keadaan Tok Wan.

Tok Wan telah dimasukkan ke hospital kerana menghidapi penyakit jantung koronari di mana arteri yang membekalkan darah ke jantung telah tersumbat. Keluarga Dilarier merahsiakan perkara ini dari pengetahuan umum menyebabkan orang kanannya tidak dapat mengesan perkara itu dengan segera.

Ting!

Rihanna memandang Noah yang turut melihatnya sebelum melihat ke hadapan semula. Tiada orang lain selain mereka berdua di dalam lif itu kerana jam baru menunjukkan pukul 9.30 pagi.

"You're okay?" soal Noah apabila melihat Rihanna sedang merenung ke hadapan di mana pintu lif sudah terbuka.

Rihanna mengangguk lalu menggigit hujung bibirnya di sebalik mask yang selalu dipakai.

Mereka berdua melangkah keluar dari lif dan susuk tubuh Arzyn yang duduk di kerusi di hadapan bilik Tok Wan menyapa pandangan.

"I'll wait here," kata Noah.

Rihanna mengangguk lalu mendekati Arzyn dengan air mata yang mula mengaburi matanya.

"Ayle," ujar Rihanna dengan suara tersekat-sekat di kerongkong kerana sebak dada menahan sedih dan rindu.

Arzyn yang sedang memejamkan mata dengan kepalanya tertunduk ke bawah terkaku.

"Baby," kata Arzyn perlahan selepas mendongak melihat wajah Rihanna yang ditutupi mask. Anak mata gadis itu sudah mencukupi untuk mengecamnya.

Rihanna membuka mask mendedahkan raut wajahnya yang sudah dibasahi air mata.

Arzyn bangun dan terus mendakap gadis yang dirinduinya itu.

Rihanna menghamburkan tangisannya sambil membalas pelukan Arzyn. Dia tidak pernah melupakan lelaki itu walaupun sudah berbulan tidak bersua muka mahupun bercakap. Setiap aktiviti Arzyn selalu diperhatikannya.

"When did you reach?" soal Arzyn selepas meleraikan pelukan sambil mengesat air mata gadis itu.

"Half-past seven, today." balas Rihanna dengan senyuman.

"Yang lain mana?" soal Rihanna apabila sedar hanya Arzyn dan beberapa bodyguards sahaja berada di hadapan bilik Tok Wan.

"Semua balik awal pagi tadi. Kejap lagi sampai kot," jawab Arzyn sambil melihat Rihanna. Tubuh badan gadis itu sudah susut jika hendak dibandingkan dengan kali terakhir dia melihatnya.

"Ma..."

Rihanna tidak sempat menghabiskan percakapannya kerana ada suara menyampuk dari belakang.

"What the hell is she doing here?" soal seorang gadis yang sama umur dengan Arzyn dan Rihanna.

Rihanna menoleh ke belakang dengan senyuman sinis mula terukir di bibirnya sebaik sahaja mendengar suara gadis itu.

"Shut up, Isabella."

Luciana memarahi Isabella lalu meluru ke arah Rihanna sebelum memeluknya. Sarah hanya diam memerhati Rihanna dan Luciana yang sedang memeluk. Dia juga sedih tetapi dia tidak bersedia lagi.

"I missed you so much," gumam Luciana dengan air mata membasahi pipinya.

Rihanna hanya tersenyum kecil mendengar gumaman Luciana dan menepuk perlahan bahu Luciana apabila mendengar esakan kecil gadis itu.

"I asked what are you doing here, outsider?" soal Isabella lagi dengan senyuman mengejeknya.

Rihanna tersenyum kecil mendengar soalan Isabella. Dia terasa apabila digelar'outsider' secara jujur. Dia juga perasaan FP, PP dan AF berdiri di belakang Isabella tanpa menyampuk perbualan mereka. Arlan, Ariq, Ayran dan Afran sahaja yang tiada di situ.

"Mind.Your.Words.Isabella.Alene.Dilarier." ujar Arzyn satu persatu sambil mencerlung tajam ke arah Isabella.

"An outsider is far better than a traitor, I guess." ujar Rihanna dengan senyuman sinis memandang wajah Isabella sudah merah padam.

Arzyn dan Luciana turut tersenyum sinis mendengar itu.

"Bitch!" jerkah Isabella lalu meluru ke arah Rihanna seperti seorang yang ingin membunuh.

Rihanna hanya berdiri tanpa ada sedikit bantahan apabila melihat tangan Isabella sudah naik ke atas untuk menamparnya.

"I dare you to touch the Crown Princess of England with your filthy hands,"

Seorang kanak-kanak lelaki yang berpakaian black t-shirt dipadankan dengan black skinny jeans, brown beanie menutupi kepalanya dan brown leather jacket melapisi t-shirt yang dipakai bersuara lantang.

Rihanna merenung tajam budak lelaki tersebut kerana hairan bagaimana dia boleh berada di sana.

"Who the hell are you?" jerit Isabella kerana dia akan berjaya menampar Rihanna jika budak lelaki itu tidak menyampuk. Dia juga terlupa status gadis yang hendak ditamparnya itu.

"Kau tak kenal aku? How sad," ujar Rufawi dengan senyuman mengejek lalu mendekati Rihanna.

Rufawi menyalami tangan kakaknya sebelum berdiri menghadap Isabella.

Semua yang berada di sana menunduk hormat kecuali Isabella.

"Let me introduce myself then," kata Rufawi lalu berdehem membetulkan tekaknya.

Rihanna yang tahu adiknya itu akan menyelesaikan isu itu terus duduk di duduk di kerusi yang disediakan.

"I'm Tengku Rufawi Elias Ayden Henderson or usually known as Prince Elias Ayden, Royal Prince of England. The youngest son of Tengku Emuel Ayden Henderson and Tengku Marleena Serrah Eleanor. The younger brother of Tengku Rihanna Elaine Adrey Henderson and Tengku Raiden Ervin Ayder Henderson."

Rufawi tersenyum sinis melihat muka Isabella yang memucat sebaik sahaja mendengar pengenalan dirinya.

'Serves you right!'

TO BE CONTINUE

VOTES & COMMENTS

❤STAY SAFE GUYS❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro