Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

4 4

"Dah sampai checkpoint ke?" tanya Luciana sambil mengesat peluh pada dahinya.

Sudah hampir 20 minit mereka teruskan jalan selepas checkpoint pertama tetapi masih belum sampai checkpoint kedua.

"Turun curam ini kita akan sampai di checkpoint kedua," jawab Syed Darwin di hadapan.

"Seriously?" soal Sarah.

"Ye sayangku. Kita mesti ikut jalan ini baru boleh jumpa checkpoint kedua kalau ikut peta," jawab Aiman Rifqi.

"Aldrick turun dulu diikuti girls dan Trixel tetapi kena hati-hati sebab jalan licin dan curam," kata Izz Akil.

Semua mengangguk faham. Ada beberapa pasang mata sedang melihat mereka di jalan bukit di atas.

"Tak bahaya ke wei?" soal Ayran risau melihat D'princessa yang hendak turun jalan curam itu.

"Ryn dan Bella pernah aktiviti lasak ini tetapi kalau yang dua ekor itu aku risau gila," ujar Afran.

"Ay, jom turun. Aku tak sedap hati," kata Arzyn pula kerana dari bermula aktiviti ini hatinya tak keruan tentang keselamatan D'Princessa lagi-lagi kembarnya.

Ayran mengangguk lalu mereka cuba cepat sampai di mana group A berada.

"Okay girls please be careful! Bella, come." kata Syed Darwin.

Selepas giliran Isabella dan Sarah, Aldrick dan Trixel mula turun. Avryn dan Luciana belum turun lagi kerana mereka ingin turun bersama Iqbal Asher dan Amsyar Leo kerana Avryn khuatir akan keselamatan Luciana.

"Pegang beg kitaorang kuat-kuat. Kalau takut pandang kitaorang je jangan nak pandang bawah," pesan Iqbal Asher.

Iqbal Asher turun bersama Avryn dahulu diikuti Amsyar Leo bersama Luciana. Mereka sudah sampai di tengah-tengah jalan curam tetapi nasib tidak menyebelahi mereka apabila mereka jatuh tergolek ke bawah.

"Ryn!"

"Clau!"

"Ash!"

"Leo!"

Iqbal dan Amsyar tidak cedera teruk hanya kotor pada baju mereka. Avryn dan Luciana cedera di bahagian tangan. Aldrick, Trixel dan D'Princessa berlari ke arah mereka.

"Dah jangan nangis," pujuk Amsyar apabila air mata membasahi pipi Luciana.

"Ryn, okay tak?" soal Isabella risau apabila melihat Avryn yang sedang menahan sakit.

Avryn hanya mengangguk perlahan.

"Sebab korang lah diorang cedera," marah Syed Darwin, menyalahkan Iqbal dan Amsyar.

"Diam boleh tak setan!" jerkah Iqbal.

Trixel sudah menelan air liur melihat baran Iqbal sudah keluar.

Iqbal terus pergi arah Avryn dan cuba memapahnya tetapi dihalang oleh Syed Darwin.

"APA.MASALAH.KAU?" tanya Iqbal dengan suara tertahan-tahan.

"Biar aku papah dia," jawab Syed Darwin tidak takut dengan kemarahan Iqbal.

Yang lain takut masuk campur.

Belum sempat tangan Syed Darwin menyentuh bahu Avryn,

"You touch me, you'll die!"

Avryn bersura dingin sambil menjeling tajam Syed Darwin.

Syed Darwin merengus mendengar amaran Avryn lalu bergerak ke arah Aldrick yang lain.

"May I?" tanya Iqbal kerana nanti dia pula yang kena bunuh.

Avryn memandang Iqbal dengan muka yang sukar ditafsir.

"Aku belum patah kaki lagi sampai ada orang kena papah," perli Avryn dan bangkit dari duduknya.

Iqbal tersengih mendengarnya.

Avryn menuju ke arah Sarah yang merenungnya tajam.

"Rawatkan," kata Avryn sepatah.

Sarah terus keluarkan first aid kit dalam begnya. Dia membawanya jika ada kecemasan. Luciana sudah siap dirawat Isabella tadi.

"Sengaja atau tak?" soal Sarah perlahan sambil mencuci luka Avryn dengan iodin.

"Kau rasa?" tanya Avryn kembali sambil menaikkan keningnya.

"Tak sebab diorang bukan bodoh sangat nak kau cedera ringan macam ini," kata Sarah lalu membalut luka di bahagian lengan Avryn dengan bandange.

"Pandai pun kau," puji Avryn dengan senyuman sengetnya.

Sarah hanya menggelengkan kepala lalu menyimpan first aid kit ke dalam beg semula selepas siap merawat luka Avryn.

Mereka semua teruskan cari checkpoint terakhir selepas itu.

"Kenapa aku rasa jalan semakin jauh dari yang sepatutnya?" soal Luciana.

"Me too," jawab Ikhwan Harith.

Syed Darwin terus keluarkan peta dari begnya.

"Kalau ikut peta, kita kena menyeberang sungai ini untuk sampai ke checkpoint terakhir,"

Semua mengangguk mendengar kata Syed Darwin.

"Korang kenapa tak takut dengan kitaorang tapi takut dengan diorang?" tanya Aiden Heykal sambil melangkah mengikut Aldrick.

D'Princessa berpandangan mendengar soalan Aiden Heykal.

"Trixel tak segatal Aldrick," jawab Isabella.

"Trixel boleh diambil kira kalau nak dibandingkan dengan Aldrick," jawab Sarah.

"Aldrick is the worst playboy," jawab Luciana.

Trixel tersenyum nipis mendengar jawapan D'Princessa lalu memandang Avryn yang belum jawab.

Avryn mengangkat kepalanya apabila terasa diperhati dan 4 pasang mata sedang melihatnya dengan harapan.

Avryn mengeluh kecil kerana dia tahu Trixel tidak akan puas hati selagi dia tak jawab.

"I don't think you guys will hurt your crush,"

Trixel terkelu lidah mendengar jawapan Avryn. Memang benar mereka sudah terpaut hati pada D'Princessa tetapi macam mana Avryn tahu?

D'Princessa sudah tersenyum senget kerana mereka tahu Trixel mahupun Aldrick sudah terpaut hati pada mereka tetapi buat-buat tak tahu untuk lebih selamat.

"Okay guys listen! Kita kena lintas sungai ini untuk sampai ke checkpoint terakhir. Use the rope provided. Air sungai sangat deras jadi be careful. Aldrick dan Trixel akan diri sepanjang tali semasa girls jalan," terang Syed Darwin dengan muka seriusnya.

Aldrick dan Trixel sudah berada di sepanjang tali itu menyebabkan D'Princessa gementar melihat air sungai yang deras.

Mereka beratur dan memegang tali dimulai Syed Darwin, Safwan Rash, Aiman Rifqi, Ikhwan Harith, Aiden Heykal, Amsyar Leo, Iqbal Ash dan Izz Akil.

Isabella mula dahulu diikuti oleh Luciana, Sarah dan Avryn di belakang. Air semakin lama menjadi semakin deras menyebabkan semua memegang tali dengan erat kecuali D'Princessa sudah memegang lengan baju sesiapa yang berada di sepanjang tali itu.

"It's okay girl. I'm here," ujar Izz Akil semasa melihat tangan Sarah sudah menggigil.

Sarah hanya mengangguk sebelum meneruskan berjalan mengikuti Isabella.

Semasa Avryn sampai pada Iqbal, aliran air sungai menjadi terlalu deras menyebabkan Avryn memegang erat lengan Iqbal dan sebelah tangan berpaut pada tali. Izz Akil sengaja berjalan dahulu supaya Avryn dan Iqbal menyeberangi bersama. Syed Darwin yang melihat adengan itu sudah menggepal penumbuknya.

Mereka berehat sebentar selepas meyeberangi sungai. Avryn sudah terduduk penat di sebelah Sarah sebelum mengelap t-shirtnya dan jaket yang sedikit basah.

Isabella dan Luciana sedang berbual kecil bersama Aiden dan Amsyar sambil meneguk air. Mereka direnung tidak puas hati oleh Aldrick.

Selepas 15 minit berehat, mereka mula berjalan untuk sampai ke kem.

SKIP

Group D dan B sudah sampai di penamat diikuti group yang lain. Ayran, Arzyn, Afran dan Alvin sudah tercari-cari kelibat group A tetapi tidak kelihatan. Mereka terus pergi ke arah Abang Firash yang sedang berbual dengan dua orang lagi fasilitator.

"Abang, group A dah sampai ke?" tanya Arzyn dengan risau.

"Group A dan group C sahaja belum sampai. Group A yang akan sampai dulu sebelum group C. Sepatutnya group A dah sampai sebab ada lagi 10 minit sahaja," terang Abang Firash.

Arzyn mengangguk walaupun hatinya terlalu risau mengenangkan keselamatan sepupu-sepupu perempuan dia lagi-lagi kembarnya yang menjadi buruan setiap masa.

"Nothing will happen right?" soal Ayran sambil meramas tangannya.

"InsyaAllah," kata Alvin dan Afran serentak walaupun sudah teramat risau memikirkan keadaan D'Princessa.

"Hey guys!" sapa FP dan PP yang baru sampai.

"Ada apa-apa jadi ke?" soal Aayash apabila melihat muka masing-masing seperti risau dan takut.

"Group A belum sampai," kata Aaril sambil mengusutkan rambutnya.

Stress!

"WHAT?!" jerit kecil FP dan PP serentak.

"Apa hal? Bukannya semua sepatutnya dah sampai kalau ikut peta," tanya Adam pelik.

"Itu yang aku risau gila. Abang Firash kata group A akan sampai sebelum group C tapi-"

Percakapan Arzyn terhenti apabila melihat ke arah kumpulan yang baru sampai.

"Ryn!"

"Bella!"

"Clau!"

"Issa!"

Jeritan serentak nama empat orang gadis yang ditunggu menjadi perhatian semua.

FP dan PP berlari ke arah Group A yang baru sampai diikuti Group C di belakang.

"Kenapa lambat? Gugur jantung aku kalau korang sampai lagi lambat," kata Arzyn sambil memeluk erat Avryn yang terkaku di tempatnya diikuti D'Princessa yang lain.

"You all made me crazy a while ago," kata Afran sambil memeluk Isabella dan Sarah erat.

Ayran memeluk Luciana erat tanpa berkata apa-apa. D'Princessa sampai ke kem dengan selamat pun dah cukup.

"Lepas Afan! Sesak nafas aku," marah Isabella sambil memukul belakang badan Afran diikuti Sarah.

Afran terus melepaskan pelukan diikuti dua orang jejaka lagi.

"Later,"

Avryn kata sepatah apabila melihat Ayran ingin bertanya sesuatu sebelum terus berjalan ke arah tempat berkumpul peserta kem yang lain.

D'Princessa yang lain terus mengikuti langkah Avryn sebelum ditanya. FP dan PP sudah mengeluh berat sebelum berjalan mengikuti yang lain. Aldrick dan Trixel sudah lesap selepas sampai di tapak kem.


TO BE CONTINUE

VOTES & COMMENTS

❤HAPPY SCHOOLING AFTER MONTHS❤

💕STAY SAFE EVERYONE💕

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro