Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

💞5; Cry💞

Jungkook POV

"Kau tipu aku!" aku terkejut apabila melihat Hyuna dimuka pintu. Sejak bila dia sedar ni? Muka dia nampak takut sebelum dia memecut lari pergi dari situ. Mungkin dia takut sebab aku kata aku nak bunuh dia tadi. Haih, perempuan perempuan.

"Saya minta diri dulu," kata aku kepada ayah aku yang merupakan ketua semua vampire.

"Baik," balas ayah aku, pendek. Aku terus keluar dan mencari perempuan tadi. Rasa menyesal pulak bawa dia balik. Menyusahkan betul.

Aku mencari seluruh rumah agam yang besar tu, tak jumpa. Pandai betul lah perempuan ni menyorok. Serius perempuan ni sangat menyusahkan!

Tapi, dia takkan boleh lari mana mana pun. Aku bawa dia ke dunia vampire ni tanpa dia tahu macam mana dan bagaimana. Sekarang ni aku cuma perlu bersabar dan cari dia. Sabar Kook, sabar.

Selepas dekat 30 minit mencari, akhirnya aku jumpa dia dalam almari bilik aku. Dalam banyak banyak bilik, kenapalah bilik aku jugak yang kau nak menyorok?

"Hisk...." dia menangis. Boleh tahan jugak perempuan ni. Ingatkan dia ni kuat sangat sampaikan tak mampu menangis tapi dia boleh nangis rupanya.

"Dah lah tu," kata aku. Aku menariknya keluar dari almari tapi dia tak nak. Dia menahan diri. Menyusahkan!

"Dah lah tu! Keluarlah!" aku tak tahan dengan perangai perempuan ni. Ada sahaja idea dia nak sakit kan hati aku. Geram! Kalau bukan disebabkan sumpahan tu, dah lama aku bunuh dia ni!

"Tak nak! Kau tipu aku!" kata dia.

"Tipu? Aku tipu apa?" tanya aku, tak faham apa yang dia cakap. Tipu apa benda pulak? Aku tak pernah janji apa apa dengan dia pun.

"Kau kata yang aku akan tinggal dekat dunia vampire ni sekejap je, tapi kau kata tadi kau nak bunuh aku! Mestilah aku akan mati kat sini dan takkan balik dunia aku!" kata dia, air mata dia menitis lebih laju.

"Tak lah, aku akan bunuh kau kat sini tapi aku akan hantar mayat kau dekat rumah kau nanti. So aku tak tipu," balas aku dengan selamba.

"Apa?...." air mata dia mengalir dengan lebih laju. Macam sungai. Haish.

Aku mengambil tempat dihadapannya dan duduk menghadapnya.

"Listen, aku janji akan lepaskan kau lepas semuanya dah selesai," kata aku, cuba untuk menenangkan manusia depan mata aku ni yang sangat sangat menyusahkan.

"Kau akan lepaskan aku sebab aku dah mati kan?!"

Eh perempuan ni. Aku cakap elok elok. Kau jerit pulak?

"Aku kata aku akan lepaskan kau, maknanya masa kau hidup lah! Dah kalau kau dah mati, better aku bakar je kau, habis cerita. Takde lah susah hidup aku nak hantar kau balik dunia kau," kata aku dengan nada geram.

"Erk... okay... maaf..." balas dia.

"Anyway, esok kau akan start sekolah dekat sini. So prepare yourself," kata aku dan beredar dari situ.

Jelas kelihatan wajah kebingungan Hyuna bila aku sebut pasal sekolah. Hey, pelajaran tu penting, walaupun pembelajaran dekat sini berbeza dengan dunia manusia tapi asasnya tetap sama.

**********
Next or stop? Comment and vote tau~💕✨😍

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro