Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

💞20; Save💞

Still Hyuna POV

Aku terduduk diam di kerusi yang berada di taman. Keseorangan. Tak tahulah nak balik macam mana.

Tadi aku lari balik kat taman ni untuk cari Hyung tapi dia pun dah takde.

Hyung dan Jungkook, dah tinggalkan aku.... aku takut... sejuk... nak balik...

'Mak.. ayah... Hyuna rindu mak ayah...'

Oh ya! Phone! Aku boleh call Jungkook! Aish Hyuna, kenapalah dari tadi kau tak terfikir nak call dia? Menyusahkan diri je tunggu lama lama.

Nombor Jungkook di dail.

'This is the voice mailbox for the number—'

Aku benci perempuan ni.

Aku masih tak berputus asa dan masih cuba untuk call Jungkook. Sampai cubaan ke -20, masih suara perempuan tu. Akhirnya aku putuskan untuk tinggalkan pesanan suara untuk Jungkook.

'Jungkookie... aku tak tahu nak balik macam mana.. please pick me up.. I'm so sorry for what happened earlier... Please...'

Harap harap dia on phone dengan kadar segera...

Cubaan untuk call Jungkook, gagal. Tapi tak bermakna yang aku kena menyerah.

Nombor Hyung aku dail.

Tut tut... tut tut....

'Hello?'

Hyung jawab!

'Thanked god! Hyung... saya nak balik... Jungkook betul betul tinggalkan saya... boleh tolong tak?'

'Hyung? Kenapa kau cari Hyung? Kau ni siapa hah?'

Baru aku perasan.. suara perempuan...

'Umm.. saya kawan Hyung. Park Hyuna. Hyung mana ye?'

'Hey listen! Aku ni girlfriend Hyung. So kau jangan cuba cuba nak call dia lagi. Get it?'

'Err.. tapi saya kawan dia je... saya nak cakap dengan dia kejap. Kejap je..'

'Dia takde. Faham bahasa kan?'

'Umm.. fa-faham...'

Tit tit... panggilan dimatikan...

Why so sombong keturunan nama vampire ni hah?! Tak sangka pulak yang Hyung dah ada girlfriend.

Salah timelah aku call dia. Agak agaknya Hyung kena marah tak sebab ada perempuan call dia dan girlfriend dia yang angkat. Mianhae Hyung oppa...

Huwaa!!! Macam mana aku nak balik ni?!! Takkan nak balik jalan kaki plak? Jauh weyh!

Aku buntu. Siapa lagi aku nak minta tolong? Saemin? Hmm.. try lah call.

Tut tut...

'Hyuna! What's up babe?'

'Babe, aku nak minta tolong sikit ni. Can?'

'Wae?'

'Aku dekat taman bunga dekat dengan Restoran mewah kat area ni, boleh tolong ambik aku tak?'

'Eh? Where's your boyfriend?'

'Umm.. aku datang sini sorang naik bas, pastu bas dah takde malam ni. So aku tak tahu macam mana nak balik'

'Kau ni lah... gwenchana. Tunggu aku datang okay?'

'Okay, thanks babe'

'Your welcome- e'

Panggilan dimatikan. Fuh, nasib baik Saemin ada.

Dekat setengah jam jugak aku tunggu. Yelah, aku kena akui yang taman tu takdelah dekat sangat dengan rumah Saemin. Jauh lagi rumah Jungkook.

Kenapalah Jungkook ni bawa aku makan kat sini petang tadi? Macam takde tempat lagi dekat je.

Sambil sambil tunggu Saemin. Aku main dengan bunga ros yang tertanam di sebelah kerusi yang aku duduk.

Unik bunga ros tu, warna purple dan merah. First time tengok.

Disebabkan tangan aku gatal sangat nak pegang bunga tu, tangan aku terkena duri. Tajam. Jari aku berdarah.

Aku hanya mengambil tisu yang ada dalam beg aku dan lap darah yang menitik keluar.

Pin pin!

"Hyuna!"

Akhirnya, Saemin sampai. Nasib baik tak berjanggut aku tunggu.

"Thanks babe," kata aku lepas mengambil tempat di seat sebelah pemandu.

"Sure~ ni sekarang nak balik rumah siapa ni?"

"Rumah Jungkook lah. Rumah siapa lagi?"

"Aku... tak tahu Jungkook tu tinggal kat mana lah..."

Parah. Saemin tak tahu? Aku pun takdelah tahu alamat penuh, kalau tahu alamat penuh, boleh jugak lah Waze.

"Umm... jap. Aku cari kat phone aku"

Beberapa minit mencari, akhirnya aku jumpa dekat memo!

'Alamat rumah: search waze 'senior jeon jungkook house''

Apa ni? Tekan waze macam ni je? Okay fine.

Aku pun buka aplikasi waze dan type apa yang disuruh. Wah! Dapat! Tak sangka hebat betul pengaruh Jungkook ni sampaikan rumah dia pun search nama dia je, mesti jumpa.

Untung pulak terasa dirini, kan Hyuna kan?

~~~~

"Okay dah sampai. Wow. Besarnya rumah dia..." ujar Saemin, kagum. Aku hanya tersengih bangga. Best jugak dapat boyfriend kaya dan terkenal macam ni~

"Gumawo Saemin"

"No prob. Eh? Kenapa dengan jari kau tu?" tanya Saemin. Matanya menangkap jari aku yang berbalut dengan tisu akibat terkena duri tadi.

"Kena duri je"

"Sini aku hisap darah tu"

"Ehhh??? Nak buat apa?"

"Aku dah jumpa kuasa aku and kuasa aku adalah kuasa penyembuhan. So, aku nak sembuhkan jari kau yang luka tu lah"

Aku terdiam. Betul ke nak bagi ni? Bagi je lah. Dia takkan tahu pun.

"Nah," aku hulurkan jari aku kepada Saemin dan dia menghisap darah aku. Sakit... tapi pedih makin kurang.

"Saemin, dah ke belum?" tanya aku tapi dia hanya mendiamkan diri. Masih menghisap darah aku. Baru aku sedar yang diri aku terasa makin lemah. Entah entah...

"Saemin? Saemin?"

Masih tiada jawapan. Cepat cepat aku menarik tangan aku.

Saemin memandang aku dengan pandangan maut. Mati! Dia nak makan darah aku ke apa ni?!

"Argh! Tolong!" aku menjerit dengan kuat sebaik sahaja dia memegang bahu aku dengan kuat.

Aku dapat rasa yang ni kali terakhir aku lihat dunia... namun.. secara tiba tiba...

"Jangan dekat dengan Park Hyuna aku"

*******
Next or stop?😂 serius author rasa cerita ni makin merepek😂 hope korang okay dengan kemerepekan author ni😂 vote and comment tau~💕 bye!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro