[09]
"you're annoying. But i can go with that."
"woahhh, penat gila", Jimin melempar tubuhnya ke atas katil empuk miliknya itu.
Dirinya terasa begitu penat sehingga dia rasa di boleh terus terlelap tepat jam baru 8 malam itu.
Matanya mula berasa berat dan Jimin mula menuju ke alam mimpinya.
"It's go down down, baby"
Jimin membuka matanya dengan luas. Terus mimpinya itu hancur berkecai. Dia mula merasa bengang dan mengusutkan rambutnya yang sudah kusut itu.
"Babi mana pulak..", dia mula bangun dari baringnya dan dengan geram menuju ke arah beranda biliknya.
Dia menyelak langsir dan pintu slide dengan kasar. Dilihat beranda sebelah rumah juga turut terbuka dan menampakkan jiran barunya itu dengan santai berbaring di atas katil sambil bermain telefon dengan lagu di speaker biliknya dipasang dengan kuat sehinggakan Jimin sendiri dapat mendengar nya dengan jelas.
"Woi jiran baru! Slow sikit volume tu!", jerit Jimin tak puas hati.
Jeongyeon terkejut. Dia mengangkat wajahnya dan bangun dari baring. Diintai ke arah beranda biliknya yang terbuka itu. Jelas terpancar figura yang turut berada di beranda sebelah rumahnya.
Keningnya diangkat sebelah lalu dia membuat muka tidak bersalah. Dia bangun dari katilnya dan mula menuju ke arah beranda.
Jeongyeon membalas pandangan tajam Jimin itu lalu dia terus menarik langsir beranda nya sehingga tertutup.
Muzik dihentikan secara tiba-tiba. Jimin masih memandang tajam ke arah pintu beranda yang tertutup langsir itu. Dengan langkah perlahan dia menuju kembali ke katil milik nya.
"shime shime kokobop-"
jimin mula merasa amarah apinya yang semakin membuak buak.
"slow woi!!"
"I THINK I LIKE IT"
"SLOW GILER BUKAN KUATKAN"
Jimin mula keluar dan duduk di birai beranda itu sambil menahan amarahnya yang sudah membuak-buak itu. Dia mula menjerit memanggil tuan itu.
"yah yoo jeongyeon!! "
Senyap. Tiba-tiba sahaja musik yang kuat dan menyakitkan telinga itu berhenti. Terdengar bunyi tapak kaki dihentak kuat berjalan mendekat. Kain langsir diselak lalu terlihat wajah Jeongyeon yang memakai baju tidur doraemon itu.
"pehal kau? ", jeongyeon memusingkan bola matanya dengan malas.
Jimin menggenggam tangannya sambil mengetap giginya dengan geram. Boleh pulak minah ni tanya pehal?
"kan aku kata kau pekak kan, kau marah", perli Jimin. Jeongyeon terus merenung tajam ke arah Jimin.
Jeongyeon memusingkan badannya lalu kembali masuk ke dalam bilik.
Bam!
Bunyi pintu beranda itu dihempas lalu kain langsir biliknya itu juga turut ditarik menutupi semuanya.
"eh minah ni, aku cakap elok-elok dia main masuk hempas pintu pulak. Aku pun ada jugak pintulah!"
Jimin menjerit ke arah bilik Jeongyeon yang sudah ditutup rapi itu. Dia kemudian turut masuk ke dalam biliknya.
BAM!
Bunyi hempasan pintu dari bilik Jimin pula yang berbunyi. Silap hari bulan arwah jugak kedua-dua pintu beranda mereka berdua itu.
° ° °
Bam!
"Eh mak kau hijaujaujau", latah Jihoon secara spontan apabila terdengar bunyi bising dari atas sebelah rumahnya.
Dia ketika itu sedang khusyuk membuat air milo hampir-hampir saja membuang serbuk milo itu akibat terkejut.
"apahal tu? Bunyi benda apa pulak malam-malam ni", pelik Jihoon. Dia kemudian menyambung membuat air milo nya, setelah sudah dia membawa ke ruang tamu utk menonton tv.
BAM!
"eh eh opah kau jatuh- arh,, dammit! "
Kesal Jihoon melihat bajunya mengenai air milo akibat sedikit terganggu. Jihoon menjeling ke arah tingkat atas.
"Dah pahal hyung dengan rumah pun nak dihancur kan retak dua!?", rengus Jihoon.
Dia yang masih terus merungut menuju ke bilik air tingkat bawah di dapur itu untuk membersihkan baju nya yang terkena air milo itu.
° ° °
Esok paginya...
"woahh..... Hmmm.... Goodmorning hyung ", kata Jihoon yang masih menggosok matanya yang mengantuk itu.
Dah mandi siap ape pun still mengantuk lagi budak ni.
Jimin yang baru sahaja keluar dari bilik nya itu dan mengunci pintu biliknya itu hanya mengangguk akan sapaan Jihoon itu.
Jihoon memandang Jimin dari atas hingga ke bawah. Pelik semacam je hyungnya ini seorang hari ini.
"dah kenapa mata hyung tu bengkak, hyung tak tidur ke semalam?"
Zass
Jimin berpaling ke arah Jihoon dengan pandangan maut. Jihoon pula sudah menelan ludahnya. Bendera merah nampaknya hyung nya ini.
"kau tanya lah noona kesayangan kau sangat tu apa yang dia buat semalam", jawab Jimin dengan seringai nya.
Jihoon sudah mula naik seram. Sumpah hyungnya kena rasuk dah ni.
Jimin mula turun lalu keluar dari rumah kerana dia ada kelas pada pagi ini sedangkan Jihoon pula ada pada lewat pagi nanti.
"aik, hyung tak pakai motor ke?", tanya Jihoon pelik.
"motor rosak, kena hantar bengkel, entah bila boleh siap", rungut Jimin yang langsung tiada mood ketika itu.
Dengan terpaksa buat masa ni kena lah dia keras kan kaki pergi jalan ke stesen bus setiap pagi. Haih, dugaan dugaan.
° ° °
"tunggu!"
Dengan cepat Jimin menahan bus yang hampir pergi itu. Halamak, jangan nak buat hal terlepas bus pulak pagi-pagi ni.
Nasib baik la pakcik bus itu perasan akan kehadiran Jimin yang berlari anak itu. Dengan nasib anak park tu sempatlah nak naik bus.
"gomawo, ahjussi"
Kata Jimin yang lelah berlari itu. Pakcik bus itu hanya tersenyum tipis dan menggeleng kepala melihat telatah Jimin.
Jimin mula menggunakan kad bus nya lalu mula mencari tempat duduk. Dia meliar ke sekitar kawasan bus. Dan satu tempat kosong menangkap penglihatan nya.
° ° °
"Damnit! Jiran neraka tu lagi. Kenapa aku asyik berjumpa je dengan mamat ni", kutuk Jeongyeon dalam hati.
Jeongyeon dengan sedaya upaya cuba menunduk untuk tidak dilihat oleh Jimin. Namun malang nasib nya, Jimin tetap memandang ke arah nya. Bukan kerana dirinya namun kerana tempat duduk kosong disebelahnya itu.
Dengan langkah besar Jimin menuju ke arah kerusi kosong itu. Jeongyeon masih tidak menyedari kehadiran Jimin itu kerana dia asyik menunduk.
Seketika dia mengangkat wajahnya ketika merasa seperti seseorang berdiri di sebelag nya. Kedua-dua mereka bertentang mata. Finally.
"what the- serius lah minah ni lagi"
Kutuk Jimin di dalam hati. Cukuplah menghadap muka dia dekat sebelah rumah, takkan dalam bus pun nak kena hadap jugak.
Mereka berdua mula berganti pandangan, pandang sesama sendiri lepas tu berbalik ke arah tempat kosong disebelah Jeongyeon itu.
Seperti bermain permainan, sape cepat dia dapat.
Jimin dengan cepat ingin mula melabuhkan pantatnya ke kerusi kosong itu tapi Jeongyeon terlebih dahulu menolak Jimin ke tepi dan menggantikannya dengan meletak beg nya di tempat kosong itu.
Jimin yang hampir tertolak ke belakang itu memandang tajam ke arah Jeongyeon. Jeongyeon mula membuat muka selamba seperti tiada apa-apa yang berlaku. Jimin menjeling tajam ke arah nya kemudian ke arah beg nya di tempat kosong itu.
Jimin mula mendapat idea jahilnya itu. Dia mula bangun dengan amarah yang berapi-api lalu mengambil beg Jeongyeon itu dan melempar tepat ke arah yeoja itu.
Jeongyeon terkejut dibuatnya dengan aksi tiba-tiba Jimin itu. Nasib baik dirinya itu sempat menyambut beg nya dan tidak sempat mengenai muka. Ataupun lebih teruk tercampak keluar dari tingkap bus ini.
Oh sudah tentu park jimin hanya akan meninggalkan nama sahaja hari ini jika perkara itu berlaku.
Jimin dengan senangnya mula mengambil tempat yang sudah kosong itu lalu menduduki nya.
Dia tersenyum jahil penuh kemenangan ke arah Jeongyeon dan memerlinya dengan menyapanya selamat pagi. Sungguh menyakitkan hati Jeongyeon.
Jeongyeon membuang muka dan hanya mampu memeluk begnya dengan geram ketika ini.
"Jahanam, siaplah kau jiran neraka nanti. Aku siat-siat kulit kau, tunggu la", bisik Jeongyeon namun Jimin masih lagi dapat mendengar nya di sebelah.
Jimin hanya tersenyum dan ketawa kecil seperti menindas akan ugutan yeoja itu.
"Haha, nak lawan lagi aku minah jadian, mari la, kita lawan"
Sejak hari itu, ditandai surat perjanjian ghaib dalam hati oleh park jimin dan yoo jeongyeon bahawa mereka akan mula bermusuhan dari hari itu.
"mulai dari hari ni, kau musuh aku!"
° ° °
park jimin
yoo jeongyeon
represents
jiran neraka sebelah rumah.
«to be continued»
• • •
Hi :) #buatmukatebal kbye
Btw, sape tahu kenapa gif tu dekat stesen bus sedangkan tajuk pasal jiran, haha takde kena mengena kangsung kan iyakan iyakann. -__-#
Sape dpt jwb betul aq tag kat chap seterusnya wkwk ._.
Vote + comments! Next chap 10👌
Tag your friends»
Tak tag tknk up 😤 #majok
Follow» Yuyu_yeolly
Sincerely,
-your nightmare.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro