Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

[08]

“all that i just wanted to do was to bet you in everything.”




















Jeongyeon berjalan melalui koridor Uni tersebut. Terdapat hanya beberapa orang pelajar saja yang kelihatan. Itupun mereka juga turut tergesa menuju ke kelas mereka yang seterusnya.

"Aduh, lambat lah aku. Nanti mula lah Lecture Hwang tu nak tutup pintu dewan, haish!", rungut Jeongyeon tanpa henti melihat ke arah jam di tangannya.

Bugh!

"Aww"

"Urgh"

Jeongyeon mengangkat mukanya dan melihat wajah orang yang dilanggarnya.

"jalan pakai mata ke pakai hidung kau ni?", rungut lelaki yang turut jatuh terduduk di hadapannya itu.

Membulat mata Jeongyeon melihat lelaki itu. 'Damn! Lelaki monyet atas pokok hari tu! ', kata Jeongyeon dalam hati. Dirinya mula gelisah.

"s-sorry,", kata Jeongyeon. Lelaki itu baru mengangkat wajahnya  dengan riak yang dingin dan masih berasa marah. Seketika wajahnya bertukar dan dia terus mengenali siapa yang berada di hadapannya itu. Wajah selamba terukir di wajahnya ketika di melihat Jeongyeon.

"oh, kau rupanya budak", serta merta suaranya mulai berubah tenang namun wajahnya dinginnya itu masih terlihat.

Park Chanyeol, seingat Jeongyeon itulah nama lelaki di hadapannya itu. Chanyeol mula bangun dan berdiri. Dia kemudian menghulurkan tangan kanannya ke arah Jeongyeon yang masih terduduk.

Teragak-agak tapi tetap Jeongyeon menyambut bantuan itu. Bagi Jeongyeon keadaan ini tersangat lah janggal. Dia agak gelisah sekarang. Mungkin dirinya telah lupa akan kelas yang akan dia lewat itu.

"s-sorry, aku ada class lepas ni", Jeongyeon meminta diri untuk beredar dari situ. Dia mula berjalan laju pergi.

Chanyeol memandang diri Jeongyeon dari belakang. Dia memandang sekilas belakang Jeongyeon yang makin menjauh seketika.

Dia kemudian berpaling menyambung langkahnya menuju ke arah dewan kuliah yang seterusnya.

° ° °

Zasss!

Dengan pantas Jeongyeon sudah muncul berdiri statik di hadapan pintu dewan kuliahnya. Senyuman gembira terpancar di wajahnya apabila melihat keadaan kelas yang masih kecoh dan para pelajar berjalan ke hulur hilir kerana lecture mereka masih belum tiba.

"Yo wassup!"

Jeongyeon berpaling dan melihat wajah yang menegurnya itu tadi.

Lee Joo Won, lebih dikenali sebagai JooE. Perwatakan ceria dan hyper melebih. Budak ni macam tak pernah sedih bagi Jeongyeon. Salah satu pelajar yang mengambil jurusan yang sama dengan Jeongyeon.

"Wassup!", mereka mula bersalam gaya pelik di situ.

"Baru sampai ke Jeong?", JooE mula mengikuti Jeongyeon menuju ke tempat kosong yang ada.

"Hm, ada problem sikit tadi on the way", Jeongyeon mengambil tempatnya dan meletakkan beg dan peralatannya. JooE turut mengambil tempat di sebelah nya.

"Heh kau setiap hari ada problem tak faham aku", JooE ketawa apabila melihat reaksi Jeongyeon yang tidak puas hati itu.

"Bukan aku sengaja pun", Jeongyeon mengeluarkan buku catatannya dan melihat ke arah pintu dewan jikalau lecturenya telah tiba. Dia mula mengedar pandangan nya di seluruh dewan.

Tiba-tiba pandangan nya bertembung dengan seseorang yang berada di hadapan sekali. Park Jimin.

Dengan segera imbasan kejadian pagi tadi itu berputar di kepala Jeongyeon. Dia dengan cepat memandang ke arah lain tidak ingin bertemu mata dengan Jimin itu lagi.

'Kenapa aku teringat bende haram pagi tadi tu!', rungut Jeongyeon dalam hati.

Dia mengingati bagaimana dirinya telah secara tidak sengaja terjatuh di atas Park Jimin dan....

'Argh! No!', Jeongyeon mengusutkan kepalanya yang sudah kusut itu. Dia tidak menyangka bahawa fikiran nya akan menjadi liar sebegitu sehingga membayangkan bagaimana dirinya telah secara tidak sengaja menyentuh abs milik Jimin itu.

"Jeong...?", Jeongyeon berpaling.

"Hm..?", fake smile di pasang di mukanya untuk kelihatan seperti baik baik sahaja. JooE mula memandang curiga ke arah Jeongyeon.

"Kau asal ni? Okay tak?", tanya JooE. Jeongyeon mula gemuruh.

"Aku okay jelah", Jeongyeon berpura pura ketawa berharap supaya JooE tidak bertanya lebih lagi.

"Yeah, okay sangat. Asal muka kau merah ni?"

'Shit'

"Ha ha...?", mata Jeongyeon cuba mencari jawapan dari langit. Ah sudah! Matilah dia kalau macam ni.

Tangannya berpeluh. Jeongyeon mula panik. JooE masih setia memandang curiga ke arah nya.

"Kau...–"

"Good Morning class!"

Terkejut di buatnya mereka berdua apabila secara tiba-tiba lecturenya mereka tiba bak superman terbang. 

"Good morning Miss Hwang", balas seisi dewan.

"Sorry saya lewat ada kemalangan kecil tadi di jalan so jalan jadi sesak sikit. Jadi mari kita sambung pelajaran kita... "

Semua pelajar mula mengangguk faham dan bersedia dengan pelajaran yang akan dimulakan sekarang.

Sedangkan bagi Jeongyeon, dia sangat bernafas lega. Buat pertama kalinya di berasa begitu gembira sekali melihat muka lecture Hwang masuk ke dewan yang telah menyelamatkan nya dari pertanyaan maut JooE itu.

'Hampir hampir kena tadi'

° ° °

Kelas ketiga hampir habis. Aku tengok jam sudah menunjukkan pukul 2:30 p.m. Urgh, finally... Aku boleh blah dari neraka ni.

Serius aku cakap, aku nak balik terus dan tidur. Sakit satu badan rasanya stay dalam kelas 3 jam ni. Lecture ni pun satu, cakap panjang-panjang aku nak balik ni.

"Eh Jimin", panggil Sungwoon yang ada sebelah aku sambil berbisik.

"Nanti balik kau tolong send sikit nota yang kau dah salin tadi tu", aku melihat malas ke arahnya nya.

"Hm, yelah. Lain kali tidur lagi dalam class", Sungwoon hanya tertawa mendengar jawapan aku itu.

"Okay class, untuk yang terakhir pada hari ini saya nak maklumkan bahawa Universiti kita akan menganjurkan aktiviti hari carnival keusahawanan peringkat sekitar daerah pada bulan depan. Bagi sesiapa yang berminat, sila ambil borang pengesahan dan isi nama anda di papan kenyataan pada pagi esok. Gerai jualan terbaik akan diumumkan dan diberikan hadiah yang lumayan.", beritahu lecture Jung itu lalu mula beredar keluar dari dewan kuliah itu.

Pelajar-pelajar mula mengemas buku mereka ke dalam beg dan mula berjalan keluar dari dewan.

"Jim, kau nak join tak?", Sungwoon menyejajarkan langkah kakinya dengan Jimin.

"Taknak", Sungwoon cemberut. Mereka terus menuju ke arah kantin Uni yang besar tersebut.

"Tak fun lah kau ni. Marilah ambil bahagian sekali. Kalau gerai jualan kita paling bagus boleh menang tau!", pujuk Sungwoon.

Jimin langsung tidak mengendahkan lelaki itu dan terus fokus melihat perbagai-bagai jenis air yang telah tersedia di dalam peti itu. Akhirnya dia memutuskan untuk hanya mengambil yogurt sahaja.

"Tak berminat, malas", Jimin membuka yogurt itu lalu menghirupnya melakui straw. Sungwoon kembali dengan sandwich di tangan yang baru dibelinya itu.

"Apelah kau ni, sejak dari tadika sampai besar panjang masuk U kerja kau pandai mem-malas je. Hancing betul puii", Sungwoon membuka balutan sandwich itu lalu memakannya.

"Nak jual ape jugak kalau join pun?"

"Jual jelah pape pun"

"Taknak, malas"

"Hanjing kau"

Sungwoon menjeling sekilas lalu membuang mukanya dari terus memandang Jimin dengan pandangan meluat. Jimin hanya mengangkat keningnya tanda dia langsung tidak kisah akan aktiviti tersebut.

"Kau ni tak guna lah, kawan macam ape kau ni, kau sepatutnya support aku—"

Maka bermulalah di situ sesi membebel Sungwoon tentang perangai setan Jimin. Jimin tidak menghiraukannya dan hanya terus menikmati yogurt itu.

"Weh Jeong, kau nak join ke nanti carnival keusahawanan tu?"

Telinga Jimin tiba-tiba sahaja menangkap suatu perbualan yang menarik tepat di meja belakang mereka. Apabila dia melihat ke belakang terlihat Jeongyeon yang membelakanginya sedang berbual dengan JooE.

"Entah la, join kut", Jeongyeon meminum yogurt nya sambil memikirkan tentang carnival itu.

Eh yogurt sama lah ehe.

Jimin terus menguping perbualan mereka itu.

"Kau join mesti menang punya!"

"Yelah tu, haha"

"Betul lah apa yang aku cakap. Tambah pulak kau pandai masak jadi boleh lah jual makanan yang kau masak nanti"

"Hm, yelah yelah. Jom la, aku ada class lagi lepas ni"

"Ok ok, jom"

Mendengar isyarat mereka ingin bangun itu dengan cepat Jimin mengaut sahaja benda yang ada di hadapan nya. Fail assignment milik Sungwoon itu diambil lalu dia segera membenamkan muka nya di sebalki fail-fail.

Jeongyeon dan JooE mula bangun dari duduk mereka dan berjalan pergi. Jeongyeon sempat memandang pelik ke arah seorang lelaki yang sedang membaca assignment dengan terlampau dekat itu.

Jimin mengintai keberadaan mereka setelah beberapa minit. Bayang mereka sudah hilang dan Jimin terus bernafas lega.

Tiba-tiba dirinya disapa dengan muka Sungwoon yang memandang curiga ke arah nya.

"Kau kenapa pandang aku macam tu"

"Taklah, kau kenapa suka hati mak bapak kau ambik fail aku"

Jimin tersenyum seperti kerang busuk lalu memberi balik fail itu kepada Sungwoon dengan muka tidak bersalah.

"Sorry sorry"

"Sorry sorry, kau dengar tak apa aku cakap tadi"

Jimin membuat muka blur. Mamat ni ada bercakap ke tadi.

"Tak dengar lah tu, haih kau ni. Aku kata kalau kau taknak masuk takpe la aku nak tanya budak lain dah kau taknak masuk sangat—"

"Aku join"

"Ehhh??"

Sungwoon mengerutkan dahinya sambil membuat muka mintak penyepak.

"Dah kenapa tiba-tiba tukar fikiran", tanya Sungwoon dengan penuh selidik.

Jimin tidak membalas melainkan dia terus bangun dan berjalan pergi dari situ.

"Woi! Tunggu aku"
































«to be continued»

- - -

Ola. :)  chap 9 🔜

Ha sudah, park chanyeol muncul kembali. Hehe.

Aku stress dgn skolah sbb byk sgt kerja kena buat tpi aku still melayan telefon hiks :)

Next chapter? Vote + follow!

Follow; Yuyu_yeolly

Sincerely
—your nightmare.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro