[07]
[⚠🌸]
Bunyi pintu rumah ditutup dan dikunci grill besinya itu. Sedikit memperbetulkan kasut sneaker yang dipakainya itu lalu sedikit memperbetulkan rambutnya.
"Okay, perfect.", Jeongyeon mula berjalan keluar dari rumah. Baru sahaja dia ingin mengunci pintu pagar rumahnya aktiviti nya terganggu apabila terlihat seseorang sedang menolak sebuah motor keluar dari pintu pagar.
Jimin yang ketika itu sedang bersiap-siap untuk menaiki motornya itu turut berhenti.
Pandangan mereka bertemu. Secara automatik jelingan tajam terus dihadiahkan untuk sesama sendiri. Mereka terus membuang muka dan menyambung aktiviti mereka yang sempat terganggu itu.
Jeongyeon selesai mengunci pintu pagarnya lalu mula membuka langkah pergi dari sana. Jimin melihat Jeongyeon yang berjalan melepasinya itu tanpa sedikit menoleh pun kepada nya.
"Kesian kena jalan kaki pergi U", perli Jimin ketika Jeongyeon berjalan melepasi nya.
Jeongyeon dengar apa yang Jimin katakan. Dia tak tuli lagi dan dengan sangat jelas mendengar apa yang dikeluarkan dari mulut lelaki tak guna itu. Baru sahaja ingin menoleh membalas kata Jimin dia sempat mengawal emosinya.
"Sabar Jeong, sabar. Just blah dari sini kalau tidak kau yang lewat masuk kelas jugak ni.", bisik Jeongyeon dalam hatinya lalu mengambil nafas dalam-dalam dan kemudian terus berjalan pergi dari situ.
Jimin tersenyum puas dan penuh kemenangan melihat perempuan itu sudah tidak berani untuk membalas katanya. "Padan muka kau minah munafik", kutuk Jimin.
Dia tertawa jahat sambil memakai topi keledar motorsikal nya. Dia mula cuba untuk menghidupkan motor kesayangan nya itu untuk terus pergi ke Universiti.
Tak hidup.
Ah sudah.
Jimin cuba sekali lagi untuk menghidupkan motor nya, tak hidup. Dia mencuba sekali lagi dan keadaan masih sama. Dia cuba berkali-kali tapi masih motornya itu berdegil untuk menghidupkan enjin nya.
"Aduh apahal pulak dengan kau ni, Momo. Jangan lah buat hal pagi-pagi ni. Aku nak pergi class ni.", kata Jimin mulai risau apabila mendengar seperti enjin motornya mempunyai masalah.
P/s: *Momo tu nama motor kesayangan Jimin, dia sendiri yang bagi nama tu ceh.
Dia cuba menelefon seseorang tetapi tidak diangkat setelah tiga kali ditelefonya. Sudah hampir sekitar 20 minit Jimin menghabiskan masanya di hadapan rumah dan langsung tidak bergerak untuk menuju ke U. Kalau diteruskan lagi macam ni dia boleh lewat masuk kelas jika begini.
"Matilah aku"
° ° °
Jeongyeon sedang berdiri di sisi bus stop itu sambil menunggu bas yang akan membawanya ke U tiba. Terdapat segelintir orabg sahaja yang duduk di bus stop itu.
Tiba-tiba Jeongyeon terasa seperti seseorang turut berdiri di sebelahnya. Dia melihat ke samping dan wajah Jimin menyapanya.
Pelik, Jeongyeon mula memandang Jimin dari atas hingga bawah. Pahal mamat ni ade kat sini pulak. Jimin hanya membuat muka selamba badak dan seperti memahami sahaja pandangan Jeongyeon itu.
"motor rosak"
"pfftt... "
Jimin menjeling ke arah perempuan di sebelahnya itu. Jeongyeon menutup mulutnya untuk cuba menahan ketawanya itu. Jimin berasa geram dan mula membuang muka.
"Kesian kena naik bas pergi U"
Menusuk jauh ke dalam hati Jimin ejekan yang dilontarkan Jeongyeon itu tadi. Dia kenal ayat tu. Tu ayat yang dia guna untuk perli Jeongyeon mula mula tadi. Jatuh reputasi dia kalau macam ni.
Dia mengetap bibirnya geram dan cuba menghiraukan perempuan di sebelah nya itu. Dengan gelisah dia asyik melihat jam di tangan. Tengah sibuk merungut dalam hati sebab bas ni lembab sangat tiba. Dia dah tak tahan nak duduk dengan minah ni lama lama kat sini.
Sementara Jeongyeon sedang menikmati permainan membalas dendam ini. Baginya ini sangat menyeronokkan apabila dia dapat membuat Jimin berasa geram dan marah. Memang itu yang dia mahukan.
Akhirnya bas itu pun tiba, semua penumpang mula berpusu-pusu turun dan naik. Keadaan menjadi sedikit sesak akibat sudah ramai penumpang di atas bas. Jeongyeon mula mencari tempat kosong, namun satu pun tidak tersisa. Kecuali satu tempat di belakang di tepi tingkap. Ya, cuma satu.
Sebelum sempat Jeongyeon membuka langkah, Jimin terlebih dahulu melintasinya. Terkejut sebentar namun dengan pantas dia menarik beg galas Jimin ke belakang lalu mendahului nya. Nampaknya kedua-dua pesaing menginginkan tempat kosong yang tinggal itu.
Jimin secara spontan menarik rambut Jeongyeon membuatkan perempuan iti terjerit kecil dan berpaling ke belakang, menjeling ke arahnya.
"Apahal kau tarik rambut aku?! "
"Apahal kau tarik beg aku"
"Tempat tu aku punya"
"Siapa cepat dia dapat werk"
"Aku dulu chop kan"
"Ade nama kau ke atas kerusi tu? "
"Pergi mampos"
"Erm, dik...?"
Jimin dan Jeonyeon berpaling serentak ke belakang. Seorang wanita dalam lingkungan 30-an yang sedang hamil.
"Kalau tak kisah akak nak lalu sikit", pinta wanita hamil itu.
"Oh, sila sila", spontan kedua dua berundur ke tepi sedikit memberi laluan kepada nya.
"Terima kasih", lalu wanita hamil itu berjalan tepat menuju ke kerusi kosong itu dan terus mendudukinya.
Jelas terpancar riak kecewa di wajah kedua dua manusia itu. Kerusi mereka telah dirampas oleh orang lain.
Dengan terpaksa kedua dua harus berdiri selama 30 minit untuk sampai ke U tersebut. Nasib nasib.
"Kaulah ni", rungut Jimin sambil melihat ke arah Jeongyeon di hadapan nya itu.
"aku pulak", bantah jeongyeon tak puas hati.
"ha memang pun, kalau kau tak rajin nak gaduh dengan aku tadi mesti sekarang aku tengah best best duduk atas kerusi tu"
"salah kau sebab taknak mengalah. Lelaki jenis apelah"
"Haish! Stress lah aku dengan k—"
CKRIIIT!
Dengan tiba-tiba bas membreak secara mengejut menyebabkan mereka semua yang berada di atas bas terkejut dan hampir terenjut ke depan.
Tapi keadaannya lebih teruk kepada mereka yang berdiri.
"Aw, aduh, pakcik bas, apahal ni", soal salah seorang penumpang di dalam bas itu sambil menggosok dahinya yang sempat melanggar kerusi di hadapan.
"Sorry sorry, ada kucing nak melintas tadi", sengih pemandu bas itu.
Semua penumpang di dalam bus itu mengeluh kesal dengan jawapan pemandu bas itu dan sesetengah dari mereka hanya menggeleng kepala.
"Aww, belakang aku", ringis Jimin. Terasa seluruh badannya mulai sakit dan agak kebas akibat terjatuh apabila bas membreak itu tadi.
Dia cuba untuk bangun dari baringnya namun terasa berat di bahagian perutnya seperti sesuatu menindihnya. Jimin mula mengangkat wajahnya. Seketika matnya membulat besar.
"Aw, aduh. Kenapa nasib aku malang sangat hari ni", rungut Jeongyeon perlahan namun masih didengari oleh Jimin.
Tiba-tiba dia menyedari bahawa dia bukanlah berbaring di atas lantai bas melainkan atas badan seseorang. Terkejut Jeongyeon dibuatnya dan dengan pantas dia mengangkat mukanya untuk melihat empunya badan tersebut.
Damn, salah langkah. Keadaan menjadi bertambah teruk.
Wajah mereka terlalu dekat bahkan Jimin dan Jeongyeon mampu merasai hembusan nafas mereka mengenai wajah. Kedua-dua saling membulatkan mata dan mati kata. Terasa seperti waktu berhenti seketika.
Jimin sedar yang entah kenapa dia mula bernafas dengan lebih cepat. Sama situasi nya dengan Jeongyeon. Mereka memandang satu sama lain terkejut.
Mata Jimin mulai meliar. Dengan jarak seperti ini barulah dia dapat melihat wajah perempuan itu dengan sangat jelas. Poni rambutnya itu sedikit menutup matanya yang bulat. Hidungnya tidaklah mancung. Dan... bibirnya yang merah muda itu dengan hanya mengenakan lip balm sudah cukup untuk membuat Jimin kagum. Bagi Jimin, ini sempurna. Sangat sempurna.
Jeongyeon mengelipkan matanya berulang kali cuba untuk memahami situasi sekarang. Dia sempat mengerutkan dahinya sedikit keliru apabila Jimin memandang nya sebegitu. Jeongyeon cuba untuk bangun namun dia sedari bahawa yang dia pegang itu bukanlah perut Jimin tapi malah sixpack milik Jimin. Dengan automatik wajahnya berubah menjadi merah pedam dan kepalanya ditunduk ke bawah.
Hal itu malah membuatkan Jimin tersenyum tipis tanpa dirinya sendiri sedari apabila melihat reaksi Jeongyeon itu.
'Comel', fikir Jimin tanpa dia sedar. Entah hantu mana yang telah merasuknya ini sehingga dia telah mengagumi Yoo Jeongyeon, musuh abadinya itu.
"Ehem! Ehem!"
Kedua-dua mereka mula balik ke bumi semula apabila seorang kanak-kanak perempuan lingkungan sekolah rendah berpura-pura batuk. Dengan cepat mereka berdua mula bangun dan berdiri tegak dengan Jimin membantu Jeongyeon untuk berdiri.
Budak perempuan itu tersenyum lucu melihat gelagat mereka itu kemudian menyambung bermain games di tablet miliknya.
Keadaan mula menjadi kekok. Jeongyeon memperbetulkan rambutnya sedikit sedangkan Jimin menggaru kepalanya yang tidak gatal. Muka mereka berdua tersangatlah merah. Mereka cuba untuk berlagak normal namun perasaan terkejut sebentar tadi masih belum hilang.
Jimin sedikit melirik ke arah Jeongyeon di sebelahnya itu. Perempuan itu sedang menyelitkan rambutnya ke belakang telinganya. Kadang kala Jeongyeon turut melihat ke sisi nya namun masih berpura-pura melihat ke depan.
"Erm.. "
Jeongyeon menoleh sedikit ke sisinya. Jimin cuba untuk mengumpulkan semangatnya untuk bercakap.
"K-kau okay tak?"
"Huh?"
Jimin menyumpah seranah dirinya kerana tergagap tiba-tiba. Sedangkan Jeongyeon agak keliru akan pertanyaan Jimin itu tadi.
"Maksud aku, erm, kau ada cedera kat mana-mana ke jatuh tadi?"
"Oh, er, t-takde"
Perbualan mereka mati disitu. Sebenarnya ini agak mengejutkan kerana mereka akhirnya mampu bercakap secara damai tanpa mencaci atau menjerit terhadap satu sama lain.
"So—"
Masa yang tepat. Bas berhenti di perhentian nya. Perhentian di mana mereka harus turun dan berjalan kaki sedikit untuk ke universiti mereka yang terletak sangat dekat di situ.
Jeongyeon melihat ke arah Jimin sekilas sebelum membuka langkah untuk turun dari bas itu bersama dengan beberapa penumpang bas yang lain. Jimin juga turut turun dari bas itu.
Jeongyeon langsung pergi setelah dirinya turun dari bas itu. Jimin turun dari bas dengan segera dan hanya mampu melihat bayang belakang Jeongyeon yang sudah menjauh. Langsung tidak menoleh ke belakang.
Dia hanya terus berdiri di perhentian bas itu biarpun bas sudah mulai pergi dan terus memandang jalan pejalan kaki di mana bayang Jeongyeon terlihat berjalan sudah jauh dari situ.
Dia menggosok leher belakangnya sambil menunduk dan memikirkan kejadian itu tadi. Entah kenapa, dia terasa sesuatu yang pelik. Nafasnya jadi tak keruan dan jantungnya berdebar di luar kawalan.
Bahkan Jimin juga tidak memahami akan situasi dirinya sekarang ini.
"Apehal dengan aku ni?"
«to be continued»
Vote+comments.
- - -
Owowowow benda harem ape yg aku tulis ni weh aduh stress ler cenggini HAHAH
Next chapter? Votes + comments!
Follow me; Yuyu_yeolly
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro