[02]
song played; girls like us by twice instrumental.
"I look at you and see the rest of my life in front of my eyes."
Vote + comments!
Dengan bersusah payah dirinya itu mengheret vakum dari bilik store ke ruang tamu yang boleh tahan jaraknya.
"Vakum, aku rasa kau kena diet lah! Berat seyh!", kata Jeongyeon dengan bodohnya kepada vakum yang tidak bersalah itu.
Wayar sudah disambung lalu suis mula dipasang. Namun masalah nya sekarang ini adalah, kenapa vakum ni langsung tidak menunjukkan tindak balas. Jelas dilihat reaksi frust dari wajah Jeongyeon itu.
"Jangan kata kau dah arwah", katanya lalu mengusutkan rambutnya sedikit.
Dia terus memandang ke arah sekeliling ruang dalam rumah itu. Di ruang tamu itu boleh dilihat agak berhabuk tapi tidaklah teruk. Cuma anak Yoo ni je yang tak boleh ade habuk.
"Haish, dahlah rumah ni kecik lepas tu berhabuk pulak jahanam punya tuan rumah!", kutuknya berfikir bahawa dia sedang keseorangan ketika ini namun Jeongyeon salah.
"Tak baik merungut time bulan puasa"
"wHAT THE F―"
Terkejut dibuatnya Jeongyeon apabila tiba-tiba sahaja ada suatu suara yang menyampuk rungutan nya itu. Dia terus membalikkan badannya memandang ke arah belakang.
Terpancar wajah tersenyum seorang namja yang sungguh dia tidak kenali.
Okay who?, fikir Jeongyeon.
Sedar akan pandangan pelik dari Jeongyeon itu namja itu terus memperkenalkan dirinya.
"Annyeong, saya Park Jihoon. Jiran sebelah rumah ni", kata Jihoon ceria.
Senyap. Tiada jawapan.
Jeongyeon masih memandang pelik ke arah Jihoon. 'Celah mana budak ni masuk rumah aku?', fikirnya sedari tadi.
"Erm.. Haha, saya masuk ikut pintu depan. Alang-alang tak kunci lepas tu terbukak macam tu je", jelas Jihoon setelah tidak mendapat balasan.
Jeongyeon membulatkan matanya dan menepuk dahinya kuat. Serius dia tak ingat nak tutup pintu tadi?
"Oh, haha..", balas Jeongyeon dengan gelak fake nya itu.
"Erm, so nama awak?"
"Jeongyeon. Yoo Jeongyeon"
"Oh, jadi memang awak pindah sini ke?"
'Eh taklah saya pindah tahun depan', balas Jeongyeon dalam hati frust dengan soalan bodoh Jihoon itu tadi.
"Kenapa pindah sini?"
'Eh suka hati aku lah kacau hidup kau ke'
"Memang tinggal sesorang ke?"
'Taklah, ramai ni kiri kanan ade'
"Dah ade pakwe?"
"Huh?", kata Jeongyeon bila Jihoon menanyakan soalan yang lagi tidak munasabah itu tadi. Sedangkan yang bertanya hanya tersenyum seperti kerang bu- wangi, park jihoon kita wangi.
pLAK!
"Argh! Apahal main ketuk-ketuk kepala orang ni!?" bantah Jihoon tak puas hati bila ada seseorang tiba-tiba mengetuk kepala nya dari belakang.
Zass, senyap terus Jihoon apabila dilontarkan jelingan maut daripada Jisoo itu, salah satu jiran yang turut tinggal di kediaman ini.
"N-noona..", kata Jihoon perlahan dan agak terkejut melihat yeoja yang tiba-tiba sahaja muncul itu.
Sedangkan Jeongyeon hanya mampu melihat adegan drama di hadapannya itu. Seketika dia lega apabila Jisoo datang untuk menghentikan mamat ini dari terus menanyakan soalan-soalan pelik kepada.
"Sorry lah sikit, budak ni memang mengada", kata Jisoo lalu tersenyum ke arah Jeongyeon sambil tangannya ingin mengetuk kepala Jihoon lagi.
"Oh, haha takpe", kata Jeongyeon membalas senyuman Jisoo.
"By the way, Jihoon, kau kena hormat sikit jiran baru ni, aku sure sangat dia lebih tua dari kau!", marah Jisoo.
"Mana ada! Jihoon yakin dia sama umur dengan Jihoon je!", balas Jihoon yakin namun kemudian melirik ke arah Jeongyeon.
"Erm, kan? Awak 99' liner kan?", tanyanya.
"Er, tak, 96' liner sebenarnya, jadi yeah aku lebih tua", balas Jeongyeon.
"What!?", terkejut Jihoon sedangkan Jisoo di belakang hanya mengetawakan nya.
"Hahaha, padan muka kau! Jangan nak berangan sangatlah Hoon, teruskan je hidup menyingel kau tu", perli Jisoo.
"Eleh, tak payah nak ketawa sangat. Noona lagi tua dari Jeongyeon noona", balas Jihoon mula menggunakan perkataan 'noona' pada Jeongyeon.
"Yah, hyung kau tu lagi tua tahu tak", kata Jisoo tidak puas hati.
"Salah, Noona lahir bulan Januari, Jimin Hyung lahir bulan Oktober, werk!", jelir Jihoon kepada Jisoo sedangkan Jisoo kembali mahu memukul Jihoon itu.
Jeongyeon seketika mengerutkan dahinya, 'Jimin? Mamat mana pulak tu?'.
• • •
"Wuaa~ mengantuk nyaa", kata Jimin lalu melemparkan diri nya di atas katil empuknya itu.
Lenguh tangannya berusaha menyiapkan assignment nya itu tadi, dan akhirnya siap juga.
Dia berguling-guling di atas katil itu mencari keselesaan yang sesuai untuk dia tidur sebentar. Baru sahaja ingin menyapa mimpi, telefon nya berbunyi.
Dengan malas, dia mencampai telefonnya yang turut dia lempar di atas katil itu. Dilihat terdapat notification daripada seseorang.
«Jihoon🐷»
»Hyung
»Hyung nak tahu tak?
»Jiran baru yeoja tu kan
»Lebih tua dari Jihoon
»:')
Jimin menahan tawa nya dari meletus. Padan muka budak tu, katanya dalam hati kemudian gelak tawa nya mula muncul.
«Jihoon🐷»
AHAHHAHA«
Padan muka kau sape suruh kacau«
aku sangat tadi
»Hyung ni kejam la😭
»Kesah ape Jihoon, Jeongyeon-noona still di hati park jihoon OHOHO
Jimin mengerutkan dahinya apabila membaca balasan daripada Jihoon itu. Tangan nya segera menaip sesuatu.
«Jihoon🐷»
Jeongyeon-noona ?«
Jihoon🐷 is typing...
»haah, Jeongyeon-noona, Yoo Jeongyeon, nama jiran baru yeoja tu
»dia 96' liner so dia muda setahun dari hyung
»Jihoon ade tanya dia single ke tak, tapi dia tak sempat jawab sebab Jisoo-noona tiba-tiba je datang menyibuk😑
»sekarang ni pun diorang tengah berbual kat dapur buat ape entah and tinggal Jihoon sesorang kat ruang tamu main handphone :')
Jimin membaca satu persatu mesej daripada Jihoon itu. Dahi nya masih berkerut membaca nama yang sangat asing baginya itu.
"Yoo Jeongyeon huh?", fikirnya seketika.
Kemudian dia terus menggelengkan kepalanya itu. "Arh, buat ape aku fikir pasal ni? Buat semak je, baik aku pergi mandi", lalu Jimin menutup telefon nya tanpa berniat untuk membalas mesej Jihoon dahulu, kesian Jihoon kena bluetick.
Bayang Jimin mula pergi dari bilik nya menuju ke bilik air, meninggalkan telefonnya yang masih bising berbunyi di atas katil itu.
«Jihoon🐷»
»hyung...?
»hyung!
»YAH HYUNG JANGAN BLUETICK JIHOONN
"dasar hyung tak guna", kutuk Jihoon.
«to be continued»
- - -
Hai!! ヾ(o◕ω ◕)ノ
Cer teka? Huehue, aku tulis benda ni time pukul 3 am :D sorry kalau bosan part ni hiks T^T
Next chapter? Vote + comments!
Follow» Yuyu_yeolly ●ω●
Selamat berpuasa guys🌙 raya dah dekat tapi aku still tak jumpe mood raya aku huhu :')
Peace and out!
Sincerely,
your nightmare.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro