21: Dalang
.
.
********************
"Sedangkan aku tahu yang Jin Haneul tak datang sekolah pun harini? Tch."
"Ergh aku dah agak!" Taehyung mengetap giginya kuat. Jimin ni memang betul betul dah another level.
Sebenarnya yang membuatkan Taehyung emo sangat ni bukannya sebab dia beria backup Jungkook. Cumanya bilamana flow Jungkook untuk dapatkan Minji tu fail, bermakna flow Taehyung untuk buat Seulha bencikan Jungkook juga fail.
Dah tu celah mananya Seulha boleh start ada hubungan lebih serius dengan aku?!
"Chill la Taehyung. Benda boleh bincang kot?" Jimin mengangkat kedua tangannya gaya surrender. Nak fight dengan Taehyung? Amemang dialah yang melayang.
"Huh!" Taehyung merengus kasar. Genggaman tangannya di kolar Jimin dilonggarkan sedikit. "Sekarang ni kau jawab soalan aku."
"Anything." Kedua tangan Jimin didepakan.
"Mana kau tahu plan aku dengan Jungkook?"
"Emm... aku dapat ilham dari mimpi kot?"
"Aku tak main main sial."
"Okey, okeyyy!" Jimin pejam mata rapat bila nampak Taehyung macam buat gaya nak tumbuk dia lagi.
"Ehem." Tekak dibersihkan sekilas. "I'm afraid I can't tell you who told me."
———
Takut.
Kepala masing masing ditundukkan sambil tangan disatukan di bahagian belakang tubuh. Sesekali mereka mendongak, tapi once je dapat chance eye contact terus mereka laju larikan pandangan.
"Korang sedar tak merokok ni membahayakan kesihatan?!" Jungkook bersuara sederhana kuat dengan muka berkerut.
"Tahu—"
"DAH TU APAHAL KORANG STILL JUGA NAK MEROKOK?!"
Suasana di kawasan belakang sekolah kembali sepi. Budak budak yang merokok tadi (ada dalam lima orang dan sekarang semua tengah berdiri tertunduk di hadapan Jungkook) dah buang diorang punya puntung rokok kat tong sampah sebab Jungkook suruh.
Oh lupa nak bagitahu, Jungkook ni presiden PRS sekolah.
"LEPAS NI AKU TAKNAK TENGOK KORANG MEROKOK LAGI! FAHAM?"
"Kitorang merokok guna duit kitorang. Ada kacau kau ke?" Balas perempuan berambut perang yang letak rokok kat tangan Jungkook tadi.
Barusan, hampir je perempuan tu nak nyalakan rokok kat tangan Jungkook, tapi pantas Jungkook tepis pemetik api tersebut lepastu terus bagi ceramah kerohanian. Masalahnya bukan setakat perempuan tu je kena, yang lain lain sekali semua dia bantai nasihat.
"Awak..." Jungkook menghela nafas perlahan. "Ya memanglah merokok tu guna duit awak, tapi saya ni kalau hidu pun dah jadi perokok pasif. Itu bermaksud awak kacau saya juga. Awak tahu kan dalam asap rokok tu ada karsinogen? Jadi? Awak nak saya mampus sama sama dengan awak ke?"
Terdiam balik perempuan tu. Ayat yang Jungkook cakap tu macam ayat dak dak pandai pulak. Nak melawan tak reti.
Mata Jungkook dijengilkan pandang budak lain. "Yang engkorang ni takyah nak merokok lagi. Pergi cek hospital. Tah tah paru-paru tu dah hitam kalah hati sendiri."
ZASS! Suasana kembali hening sesaat kemudian.
"Em.. kitorang nak naik kelas boleh?" Soal sorang budak yang diam tu kat Jungkook. Pishang sebenarnya kena bebel.
Jungkook cuma anggukkan kepala sikit lalu lirikkan mata dekat yang lain. Dia buat isyarat kepala teleng sedikit supaya semua pun turut berambus dari situ.
Yang lain seakan faham, terus terkedek kedek berlalu pergi.
"Haish aku dahlah nak kena cari Jin Haneul ni. Pishang betul lah asal laaaa aku tak tanya je dia terus haritu?" terlepas monolog dari mulut. Misi tak selesai lagi tapi dah letih kena jadi bidan terjun penceramah bebas.
"Jap. Awak cari siapa tadi?" Langkah budak perempuan rambut perang tu terhenti lalu dia toleh belakang semula.
"Jin Haneul. Awak kenal?"
"Kenal. Tapi saya rasa... dia macam tak datang harini."
———
"Kenapa nak jumpa ni? Taehyung dah tahu ke?"
Belum sempat lagi sepenuh badan memasuki kereta, lelaki itu dah bertanya risau. Jimin kat sebelah hanya berdiam diri, tunggu lelaki tu tutup pintu baru dia jawab.
"Ya. Tapi Jimin tak bagitahu dia mana Jimin tahu plan dia dengan Jungkook." balas Jimin tanpa pandang wajah lelaki tu. Bila terkenang balik macam mana maruah dia dipijak oleh Taehyung tadi memang macam mustahil untuk dia lari.
Tapi tulah, Jimin kot. Jarang tak berjaya.
"Bagus. Selagi Atuk belum jumpa ayah Seulha, jangan bagi dia tahu. Atuk nak gagalkan plan dia dulu."
Jadi, Atuk Jungkook rupanya bos Jimin selama ni!
flashback
Langkah Atuk terhenti. Niat nak masuk rumah termati bila ternampak sepasang kasut asing kat depan pintu.
Sebenarnya Atuk dah sampai pasar malam dah tadi, tapi tibe pula tertinggal dompet. Jadi niatnya nak patah balik ambil dompet, eh tahu tahu dah ada tetamu.
"—kau kena guna cara kotor."
Kedengaran suara garau serak serak menerusi gegendang telinga. Tu mesti suara Taehyung. Atuk tak kenal sangat dia siapa, tapi atuk macam pernah la nampak muka.
Mak oi budak budak ni, cara kotor apa pula? Ni nak kena pasang telinga ni.
"Apa maksud kau cara kotor?" tanya Jungkook semula. Biasanya kalau cara kotor ni tak lain tak bukan pil tidur la, pil perangsang seks la, culik la. Malas dia nak terlibat dengan adegan adegan yang terlalu dramatik.
"Kau tahu, kita nak tackle perempuan ni bukan boleh biasa biasa. Kena berstrategi. Dan kena efektif. Maksudnya sekali try je perempuan terus jatuh hati. Barulah kita tahu perempuan tu bebetul suka kita dan cara kita." Ambik kau bila Taehyung dah berkata kata.
"Maksud kau aku kena confess guna cara yang luar biasa?"
Taehyung mengangguk. Tak lama lepastu dia geleng semula. "Takdelah luar biasa sangat. Kau cuma kena tahu apa yang dia suka, apa yang dia tak suka. Dia nak kan jenis confession yang macam mana. Ha gitu."
"Tapi macam mana aku nak tahu semua tu? Minji baru je masuk sekolah kita dan aku tak kenal dia sangat. Anjir kan? Aku ingat love at the first sight tu tak wujud, last last kena kat kepala sendiri."
Taehyung letak tangan kat dada sambil buat gaya macam nak termuntah kat depan Jungkook. Geli gila statement!
"Anyway kalau kau tak tahu, kau kena rujuk orang yang tahu. Maksudnya kau kena cari member dia dari sekolah lama dia, dan mesti yang bebetul kenal dia. So that kau dapatlah rangka kau nak confess macam mana berdasarkan kriteria dari bestfriend dia tu."
Jungkook mengangguk angguk kecil disaluti dengan kerutan jelas di dahi.
"Mana aku nak cari member dia?"
"Memula sekali kau kena temuramah Minji. Maksud aku, kau ajak la dia ke mana mana pastu borak borak pasal diri dia ke apa. Dalam pada masa tu kau selit sekali tanya pasal bestfriend dia."
"Okay... and then mana aku nak cari bestfriend dia?"
"Ehem." Tekak Taehyung dibersihkan. "Kat sini la cara kotor tu start."
"Apa?"
"Menyamar jadi budak sekolah lama Minji dan ceroboh sekolah lama dia tu. Pastu cari kawan dia."
"Jap. Part ceroboh ceroboh sekolah ni aku on je. Tapi sekolah dia..."
"Ya. Semua perempuan kan? So, kau kena pakai baju perempuan. Ambik sehari MC sekolah. Pastu pura pura lah jadi budak sekolah dia."
"Kepala hotak kau gila!" Mata Jungkook terbeliak merenung Taehyung macam nak makan. Terkejut.
"Lek lu. Tu baru satu. Satu lagi, aku nak kau selfie pakai baju perempuan tu and send kat aku."
"Kau mesti nak pedajal aku kan pastu sebar gambar tu kat satu sekolah?"
"Hotak kau. Aku nak tunjuk kat bapak Seulha je."
"Motif?"
"Aku nak kata kau Transgender. Kau tak sesuai jadi menantu dia. Dengan cara ni family dia akan benci kau, termasuk Seulha."
________________________________
finally terdedah jugak apa flow 'cara kotor' VKook ni 😂 sorry dah lama takda part Minji. btw diha harap korang tak pening baca fanfic ni dahlah makin mengarut 🥺 terima kasih sebab masih support sampai sekarang 💓
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro