Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

18: Manis Picisan

; finally updated! btw thankyou untuk yang sudi tunggu update, sudi vomments dan sudi berikan illegirl sedikit kasih sayang 🥺❤️
.

i love you guys sm 💜

****************

"Eh apa benda kau ni?!"

"Chill, aku boleh jalan sendiri lah!"

"Sakitlah! Kau nak pergi mana ni?"

"EH SETAN! KAU LEPAS JE BOLEH TAK?!"

Kaki Jungkook terus terhenti melangkah. Jeritan Minji itu berjaya membuatkan genggaman jemarinya pada pergelangan tangan Minji longgar.

Mengambil peluang dari situasi tersebut, Minji pantas merentap tangan dia dari tangan lelaki itu lalu disilangkan ke bawah dada. Dahi Minji berkerut seribu. Pandangan matanya tajam merenung belakang kepala Jeon Jengkuk.

"Kau kenapa ni sebenarnya?!" tanya Minji memecahkan keheningan sesaat. Pelik dengan tindakan mengejut Jungkook.

Lepas sahaja mereka selesai makan di kedai mamak tadi, Jungkook terus laju menarik tangan Minji tanpa menegur Haneul terlebih dahulu. Padahal waktu tu Haneul tengah ambik order customer yang duduk dekat je kot dengan diorang.

Tu satu, satu lagi mujur tadi Haneul dah cakap awal awal yang dia nak belanja, kalau tak dah malu sendiri je Jungkook buat drama seposen yang berambus tetiba lepastu tuan kedai panggil dia balik semata sebab dia belum bayar. Heh.

"Kenapa apa?" Jungkook memalingkan badannya menghadap Minji. Keselambaan yang terpamer dari muka dia tu membuatkan Minji rasa macam nak bagi makan siku.

"Kau cepat cepat ni nak kemana? Aku dahlah jarang jumpa Haneul. Kau pula buat perangai tak semenggah. Hish!" Minji meniup sedikit rambut depannya yang dari tadi bergerak gerak menutup dahi.

Suasana menjadi tegang. Jungkook tak balas soalan Minji. Mengeluh pun tidak.

Perkara ni sedikit sebanyak membuatkan Minji lagi rasa nak mengamuk.

"J-..." Belum sempat Minji panggil nama lelaki tu (untuk menghilangkan suasana tegang), secara tiba tiba tangan Minji ditarik oleh Jungkook semula dengan lebih pantas— sama macam tadi. Cuma bezanya, kalini mereka dalam posisi pegun dan berhadapan.

Tangan Minji yang ditarik itu secara refleks membuatkan badannya tertolak ke depan lalu memasuki dakapan hangat Jungkook. Mata Minji terbeliak luas sebab terlalu terkejut dengan ketahian yang tengah berlangsung sekarang.

Wah mamat ni kalau tak ketum confirm ganja.

"Minji-ah..." ujar Jungkook dibalik pelukan. "Kau marah aku ke? Mianei. Aku tak sengaja..."

Suasana ni teramatlah janggal buat seorang Cha Minji yang tak pernah membaca ataupun menonton sebarang cerita cerita romantik. Tindakan yang terlalu tibe membuatkan otak dia lambat berfungsi untuk membalas tindakan Jungkook dengan apa apa reaksi fizikal. Badannya kaku dalam pelukan.

Okeylah acah je tu. Sebenarnya aku saja nak hug dia lagi lama hihihihihi

"Tak.. aku tak marah pun lah.." Hati Minji dah mula mencair semula. Dia akhirnya meregangkan pelukan tersebut. Kepalanya didongakkan sedikit untuk tenung muka Jungkook.

Tak tahulah lighting macam terlebih ke apa tapi mata lelaki tu nampak bersinar. Umpama ada kaca kat dalam.

Kaca air mata.

"Habistu tadi kau apahal panggil aku setan? Jahat eh..!" Jungkook mencebik kecil. Merajuk ke tu?

"Taklah! Kau tu genggam tangan aku kuat sangat tadi. Pastu kita tetiba tinggalkan Haneul tak cakap pape pun. Kau nak kemana sebenarnya?" Posisi tangan pada bawah dada tadi berubah menjadi cekak pinggang. Minji masih tak dapat nak catch up motif sebenar tindakan Jungkook itu.

"Bila aku cakap ni kau jangan marah eh?"

"Ye ye aku tak marah."

"Janji dulu!"

"Okey aku janji!"

"Aku nak pergi situ." Lengan Jungkook diangkat separa tinggi sambil telunjuknya menunjuk ke arah satu tempat di hujung jalan.

Kepala Minji lantas menoleh ikut arah tangan lelaki itu.

Seketul stall Ice Cream.

"......."

Terdiam Minji dibuatnya. Ingatkan apa bendalah yang mustahak sangat tadi. Benak sangat dah si Jungkook ni.

"Tak suka ke?" tanya Jungkook lepas tak dapat tafsir reaksi perempuan tu.

"Kau ni kan sekali aku lemp-" ayat Minji tergantung lagi. Puncanya sebab jari telunjuk Jungkook yang asalnya buat tunjuk stall tu tadi tiba tiba dah dilekapkan dekat bibir dia.

Tu petanda Jungkook nak suruh Minji berhenti membebel, tapi dengan cara yang lebih bergula.

"Stall tu nak tutup dah, sebabtu aku nak cepat tadi. Aku bukan apa tapi aiskrim dia serius premium gila! Rasa macam Baskin Robbin! Sumpah tak tipu!"

Bukaan mata Minji dikecilkan. "Kau ni tengah buat paid review ke? Atau kau ambassador?"

Kalini giliran mata Jungkook pula yang makin mengecil sebab ketawa. Aik, cakap macamtu pun nak terhibur ke?

"Aku bukannya apa, aku cuma nak bagi kau rasa je aiskrim tu. Aiskrim favourite aku tau dari kecik! Kau tunggu sini kejap okay? Biar aku yang pergi beli."

Tanpa Minji sempat cakap apa apa, Jungkook terus berlari menuju ke arah stall ice cream yang sedikit jauh tu. Semangat bethol.

Tapi kenapa dia suruh aku tunggu sini? Boleh je kan kalau aku ikut dia sekali?

Hmm... Mungkin Jungkook tak kasi Minji ikut sekali sebab nanti Minji banyak membebel. Banyak membebel bermaksud melambatkan perjalanan. Jadi Minji pun diamkan jelah dan tak tergerak nak ikut Jungkook.

"Cha Minji...!"

Sayup sayup suara Jungkook kedengaran. Kelihatan dua kon aiskrim dah tergenggam kemas kat dua belah tangan disertai dengan satu senyuman lebar di bibir.

"Nae!!!" balas Minji semula. Lelaki tu terus berlari dengan lebih highspeed untuk mendapatkan Minji di hujung. Walaupun scene ni dah macam drama hindustan, tapi takpe kita halalkan je.

"WARGH..!"

Bak kata pepatah melayu, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Akibat terlalu excited, tanpa disedari kaki Jungkook tersadung sesuatu menyebabkan dirinya hilang keseimbangan. Dua kon aiskrim terlepas dari tangan lalu menjunam jatuh ke tanah. Tubuh Jungkook pula terjelepuk menghempap.

Apa yang lebih sadis ialah Jungkook bukannya jatuh akibat tersadung batu atau kayu, tetapi objek yang lebih besar iaitu kaki seorang manusia lain.

"HUWAAAA BASKIN ROBBIN AKU!"

Minji hanya memerhatikan apa yang berlaku dari kejauhan. Niatnya nak gelak dulu sebab jarang member jatuh ni kita terus tolong, tapi gelaknya tak terkeluar pula dari mulut sebab pandangan dia fokus tertancap kat orang yang kakinya Jungkook barusan langgar tu....

"Weh minta maaf!"

Itu Park Jimin.

Entah dari mana pula dia ni datang?

"Yaish chibal! Kau sengaja sadung aku ke Jimin?!" tanya Jungkook dalam kesakitan.

________________________________

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro