Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

17: Sudden Meet

; macam biasa, maaf atas segala ketahian yang berlaku dalam chapter ni 🥺🤍
.
.

***************

"Bang, teh taurik satu!"

"Siap dik!"

Minji hanya duduk diam membatu. Anak matanya pegun memerhati Jungkook yang tengah seronok order makan minum kat mamak kampung baru itu.

Terasa awkward pula. Almaklum, Minji memang tak pernah lepak mamak.

"Kenapa diam je Minji? Tak suka ke?" tanya Jungkook dengan muka penuh serba salah.

"Eoh? Aaaa... aniii hehe okey je."

Macam mana pula ceritanya mereka berdua boleh ada kat mamak ni?

Pagi tadi, takde angin takde ribut, Jungkook tetiba datang ke rumahnya dengan berpakaian t-shirt bersaiz separa body-cutting yang dipadankan bersama seluar sukan. Di bahunya pula tersangkut kemas sehelai handkerchief berwarna pink.

Walaupun pemandangan waktu tu agak 'eye-feeding', Minji sajalah nak kawal diri dari nampak tergudah. Mana boleh kita tunjuk kita suka dia sangat, ya tak?

"Apahal datang rumah aku pepagi buta ni?" tanya Minji pelik. Mujur dia dah siap cuci muka dan gosok gigi tadi.

"Jom jogging nak?" Sengihan lebar diberikan. Belum sempat Minji membalas apa apa, tanpa segan silu Jungkook membuka kasut sukan miliknya lalu menapak masuk ke dalam rumah Minji.

"Yah! Kau gila ke?" Terkejut Minji dibuatnya tengok tindakan Jungkook tu. Nasib baik mak ayahnya tak bangun tidur lagi.

Ya, selalunya mak ayah dia kerja je memanjang, tapi harini mereka sama sama minta cuti. Entah, honeymoon dalam rumah kot.

"Ala kau ni, macamlah aku tak pernah masuk rumah kau kan?" ujar Jungkook sambil kakinya ralit menuju ke arah dapur rumah tersebut.

Serta merta imbasan memori semasa Jungkook pecah masuk bilik Minji tu termain semula dalam kepala otak dia. Bila diingatkan kembali scene tu, hmph bebal sungguh.

"tak hingin aku nak crush dengan lelaki bodoh macamtu!"

Cih, tengoklah siapa yang berkata kata. Kesudahnya...

"Yang kau ni cari apa?" Minji hanya mengikuti jejak lelaki itu dari belakang. Pelik juga dia sebab ni macam baru first time Jungkook menjelajah tingkat satu rumah dia tapi lelaki tu boleh tahu mana dapur, mana bilik, mana...

"Aku tengah cari cinta kau."

"Bwo?"

"Adik manis sorang ni nak minum apa?"

Serta merta lamunan ringkas Minji itu terhenti. Akhirnya, dia kembali semula ke realiti dan..... inilah realitinya. Dia terima ajakan Jungkook untuk pergi berjogging dan sekarang dia tengah melepak di mamak pula dengan lelaki tu.

Peratus kalori terbakar = 0%

Minji lantas menoleh pandang abang mamak yang barusan tanya dia nak order apa tadi. Senyuman kekok diberikan dengan kening terangkat, memaksudkan isyarat "abang suggest la untuk saya?"

Tanpa Minji sedar, mata seorang lelaki di hujung meja sedang terjengil bengis memandang abang mamak berkulit hitam itu.

"Bang!" panggil Jungkook tetiba.

"Jaga jaga sikit eh nak panggil isteri saya adik manis!"

"Bwo?" 2.0

Minji ternganga luas. Kepalanya beralih toleh memandang Jungkook pula yang seakan takde tersalah cakap langsung.

Isteri?

Hello, pickupline ke tu?

Dia dah tahu ke aku tahu yang dia suka aku sebenarnya? Atau dia memang saja nak kasi nampak obvious?

"Kau panggil aku apa tadi?" Tudia, kalini Minji bersuara berani seakan mangsa padahal hati dah berbunga bunga.

"Aku panggil kau apa, apa?" Tanya Jungkook kembali. Kedua alisnya bertautan hampir bercantum, clueless.

Okay, sekarang ni ada dua pilihan je, sama ada si Jengkuk buat buat lupa, ataupun Minji tersalah dengar.

"Tak, tadi-"

"Cha Minji ke tu?"

Kepala diangkat memandang arah punca suara. Kelihatan seorang perempuan seumur dengan mereka berdua sedang memandang Minji dengan mata yang membuntang.

"Weh seriuslah Cha Minji?!!" Perempuan itu meletakkan dulang kosong yang ditatang tadi ke sisi tubuh. Kakinya laju diatur menuju ke meja Minji dan Jungkook dengan riak muka separa teruja.

"Weh Haneul-ah! Lama do tak jumpa kau!" Minji mendepakan tangannya lalu mereka saling berpelukan mesra. Nampaknya Minji dan perempuan tu— atau yang Minji panggil Haneul mungkin kawan rapat.

Jungkook dan abang mamak yang beler beler pula hanya tercongok menunggu scene jejak kasih dua orang manusia tu tamat.

"Kau apa khabar? Sihat?" Haneul meleraikan pelukan sebelah tangannya dengan Minji.

"Sihat je hehe."

"Oh ya Abang Salim pergilah dapur dulu. Biar saya ambil order diorang." Haneul memberi isyarat tangan menuju ke dapur kepada abang mamak yang dari tadi kaku.

Lepas nampak Haneul buat macamtu, abang mamak terus tersenyum dan barangkali bersorak keriangan dalam hati kerana tak perlu lagi menghadapi sesi drama anak muda ni semua. Sudahlah kena kecam guna perkataan adik manis tadi. Padahal itu memang trademark mamak kot?

Jap. kalau abang mamak sedar dia kena kecam, maksudnya Minji tak salah dengar lah kan?

"Hello, I'm still here?" Seorang lagi manusia beler menegur Minji dan Haneul yang dah hanyut dalam perbualan. Mujur Minji sedar dan cepat cepat dia tarik tangan Haneul yang tengah berdiri tu untuk duduk di bangku sebelahnya yang kosong.

"Oh ya! Jungkook, Haneul. Haneul, Jungkook." Minji memperkenalkan mereka berdua dengan ringkas. Tak perlu lebih lebih nanti dia panas pula.

"Hai, Jin Haneul imnida. Kawan Minji kat sekolah lama dia dulu. Hehe." Haneul melambai sesaat sambil mempamer sebaris sengihan. Jungkook ni dah taken ke belum? Kalau belum nak usha lah eh tibe.

"Jeon Jungkook." Jungkook hanya mengangguk kecil.

"Pakwe kau ke ni Minji?" tanya Haneul sambil menyiku lengan kawan dia. Tu ha takde kalis kalis lagi.

"Taklah kawan je." Minji mengemam bibirnya yang terasa kering. Sebelah tangan diangkat menghadang mulutnya dari dilihat Jungkook, lalu bibirnya menggumam 'jangan nak mimpi laki kacak camni pakwe aku'

Galak terus Haneul tertawa. Jumpa Minji ni banyak betul gosip baru yang dia tak tahu.

Tanpa sesiapa sedar, hujung bibir Jungkook terangkat sinis sambil memerhati dua orang kawan baik yang tengah rancak berborak sakan tu. Jauh di sudut hati, dia suka dengan situasi yang sedang berlaku sekarang.

trttt trttt

taehyung
lincah proceed next move

________________________________

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro