13: Closer
♡; thankyou for those who are still waiting patiently for updates and for those who are still reading. diha wanna gives you warm hugs! <3
also this chapter is dedicated to reen sebab tabah menantikan saya ehe. lebiu reen!
**********
"Korang bercinta dalam bilik kulinari? Pergi mop dewan!"
Minji mengeluh berat. Sekarang ni dia tengah berdiri kat luar tandas lelaki, menunggu si Jungkook isi air ke dalam baldi. Dua batang mop yang berada ditangan dia angkat lalu ditampung atas bahu kanan.
Boleh pula tadi Cikgu Hyun buka pintu bilik kulinari masa kebetulan Jungkook tengah bersihkan kesan comot kat bibir Minji. Tak memasal diorang dah dituduh bercinta lepastu kena denda.
Tu satu, satu lagi dahlah cikgu potong line. Ingat senang ke nak berdua centu dengan crush? Kalau takde cikgu tadi mungkin dah ada dah scene Minji dengan Jungkook bercium kat bilik Kulinari eH tibe.
Tak sekarang ni yang dak Jungkook ni isi air ke mandi wajib?
"Here I come!" Panjang umur, Jungkook barusan keluar dari tandas sambil mengangkat sebaldi air penuh. Dia tersengih sumbing ke arah Minji sebab dia sedar yang dia buat kerja lembab.
"Here I come tengkorak kau. Palli! Waktu rehat dah nak habis ni!" Minji memberi Jungkook satu jelingan maut. Tugas mengemop dewan ni kena dihabiskan sebelum rehat tamat. Kalau tak habislah diorang kena sembelih nanti.
"Alaaaa Minmin...." Jungkook memuncungkan bibirnya sambil badan dah gerak-gerak meliuk macam ulat. Eeeee gediknyaaa lah mamat ni sekali kena pijak confirm meninggal. Nama Minmin tu pun entah mana entah datang.
Tapi aku suka je sebenarnya ehe.
"Apa Minmin Minmin ni?"
"Jomlah kita ponteng lepas habis mop dewan... Eung?"
Minji mengeluh lagi untuk kali kedua. Bukannya dia taknak, tapi dia risau kalau nanti tetiba dia free-free je dapat demerit. Kat sekolah ni bukannya boleh buat salah sikit. Imej pun dia nak jaga juga.
"Kau dengan kau punya ponteng tu boleh pergi jauh tau Kook. Jauh dari tuhan." balas Minji dengan nada sarkastik. Jungkook pandang Minji sambil garu bahagian belakang leher.
"Em... tapi Min..."
"Tapi apa?"
"Aku kan atheis. Mana ada tuhan. Wekkk!" Jeliran lidah dihulur lalu Jungkook cepat-cepat berlari meninggalkan Minji yang tengah dalam keadaan total lost.
Minji pandang bawah, rupanya dia baru perasan Jungkook tinggalkan dia sekali dengan baldi penuh air tu.
"Yaish Jeon Jungkook!!!"
———
Urusan mengemop berjalan dengan tenang dan senyap. Sejak 10 minit lepas, satu huruf pun langsung tak keluar dari mulut mereka berdua.
"tsk... tsk.." tersedu-sedu Jungkook mop lantai dari tadi tapi Minji tak endahkan. Mana taknya, telinga dah kena pulas sampai merah padam. Mujur je telinga tak terkoyak dari tepi kepala tu. Sakit namampush!
"Aduh.." Minji bangun dari bongkok lalu bercekak pinggang menggunakan sebelah tangan. Kerja mengemop dia tergendala disebabkan air dekat mop dia dah hampir kering. Nak terus dicelup dalam air, malangnya baldi dah makin menjauh pula dari dia.
"Jungkook-ah, tolakkan baldi tu." Minji minta tolong Jungkook memandangkan jarak antara lelaki tu dengan baldi lebih dekat.
"Shireo." balas Jungkook tanpa pandang Minji langsung. Asudah, merajuk la pulak budak atheis ni.
"Alaaaa tolakkan laaaa."
"Shireo."
"Jebalyooooo."
"Shireo shireo shireo!"
"Nanti aku janji aku ponteng dengan kau lepas habis mop!"
Eh amende aku cakap ni?
Terus laju Jungkook pandang Minji semula lepas dengar ayat tu. Matanya kelihatan berkilau-kilau penuh pengharapan dari jauh. Sebenarnya dia bukannya gian sangat pun nak keluar dengan Minji, cuma dia memang takde mood nak masuk kelas lepas rehat.
"Jeongmal?" Jungkook tersenyum lebar sambil tayang reaksi muka terharu. Baldi yang Minji minta tu dia terus tolak ke arah Minji tanpa banyak songeh. Ambui, tadi time tak bagi tawaran kemain jual mahal shireo shireo.
Melihatkan Jungkook yang terlalu bersemangat membuatkan Minji rasa serba salah pula. Dia pun tak tahu macam mana ayat ajak ponteng tu boleh terkeluar dari mulut. Ha memang padanlah tu. Dua-dua sama bebal.
Spshhh! Spshh!
Lamunan Minji terhenti tatkala muka dia terasa macam baru lepas kena hujan. Jungkook dengan rasa tak bersalahnya masih meneruskan aktiviti merenjis air kat muka Minji sampai terpejam-pejam mata budak tu dibuatnya.
"Yah!!! Neo michyeoseo?!" Jerit Minji yang muka dah hampir nak lencun.
"Kau tu lah termenung lama sangat! Gewam aku tengok!" balas Jungkook tanpa memikirkan akibat dari perbuatan dia ni sebentar lagi. Dia tak tahu bila Minji dah menyinga macam mana.
"Kau dah lama hidup ke? Nak mati dah?" Soalan maut dah keluar dah. Jungkook pula apalagi, ateruslah berlari menjauhi Minji.
"Kejarlah saya!!" jerit Jungkook dalam percubaan berani matinya. Mop yang tengah dipegang Minji terus dicampak ketepi. Jeon Jungkook ni memang cari nahas!
"Kau tunggu!!!" Minji terus berlari untuk cuba mendapatkan Jungkook dengan kelajuan fully highspeed. Lariannya berjalan lancar setakat ni, sampailah dia teringat yang lantai bahagian depan dewan tu masih dalam keadaan basah.
"Omo, lantai basah lagi!"
Malangnya, kesan inersia menyebabkan kaki Minji tak boleh nak brek mengejut.
"Cha Minji, hati-hati!!!"
Buk!
__________
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro