Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

12: Minat

"GOALLL!!"

Jungkook bersorak keriangan sambil mengangkat kedua tangannya ke udara. Rakan-rakannya yang lain mula meluru kearahnya lalu menadah tangan untuk memberi highfive kepada teammate mereka itu. Ketiga-tiga gol yang berjaya dijaringkan setakat ini semuanya ditendang ke gawang oleh seorang Jungkook sahaja.

Cayalah Safawi Rasid celup!

"Power lah Kook! Main suka suka pun dah padu. Kalau macam ni baik kau jadi budak aku je terus!" Eunwoo menepuk bahu Jungkook kuat. Sebagai selaku ketua kelab bola sepak, dia akui lelaki disebelahnya itu memang handal.

"Entah kau ni! Gegham je aku! Dah ada bakat tu sepatutnya luahkan. Ini dibuat hobi aje dasar Jungkook tua," celah Doyoung yang dah menjeling memandang arah lain.

"Hehe thanks ler Eunwoo-ah, Doyoung-ah. Tapi.. no lah. Aku ada minat lain," Jungkook memberi sebaris senyuman ringkas.

"Eh anyway Jungkook.." Eunwoo menunjuk ke satu arah di hujung padang. Pantas bola mata Jungkook mengikut talaan jari lelaki itu.

"Perempuan tu... awek kau ke? Dari tadi dia tunggu situ,"

"Eo?"

Jungkook mengecilkan bukaan matanya. Kelihatan seorang pelajar perempuan sedang melambai-lambai kearahnya dengan penuh bersemangat di hujung padang— tempat yang ditunjuk oleh Eunwoo.

Secara automatik, hujung bibir Jungkook ternaik sedikit selepas dia dapat cam bayangan perempuan itu.

———

"Bila masa kau datang sini, Minji?" Satu senyuman lebar tertayang jelas di bibir Jungkook. Minji yang sedang duduk tadi terus berdiri selepas melihat bidadaranya tiba.

"Dari tadi. Nampak kau kacak ngat main basketball," Minji mengangkat kedua alis matanya sambil tersengih. Dahi Jungkook pulak dah menayang kerutan seribu.

"Err.. tapi tadi aku main bola sepak kan?"

"Hah? Oh... ha bola sepaklah maksud aku!"

Jungkook mula merenung Minji tak puas hati. Kebetulan padang bola tempat Jungkook main tadi memang terletak bersebelahan dengan court basketball. Dia segera menoleh memandang court tu and yeah, diorang tengah in game.

Grrr. geram je dia dengan Minji ni.

"Baik kau mengaku Minji. Kau usha dak dak basketball kan? Bukan aku kan?" Bibir lelaki itu dicebik dengan pipi yang sengaja dikembungkan.

"Ish ala yelah aku usha diorang jugak sikit sikit! Tapi usha kau lebih la!" Minji menjelir lidah kepada lelaki dihadapannya. Hampir sahaja ditampar Jungkook tadi tapi pantas dielak.

"Ha yang kau ni marah aku melebih kenapa? Sukahati akulah nak usha siapa pun kan?" Soalan Minji menghempap dada Jungkook kuat. Ya tak ya jugak. Kenapa Jungkook nak marah dia?

Lelaki itu menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia sendiri tak faham dengan diri dia.

"Aaaaaa ha kau bawak apa kat tangan tu?" Sempat sahaja Jungkook cari topik lain untuk memotong soalan Minji tadi.

Mangkuk tingkat yang berada ditangan Minji diangkat keparas dada. Dia mengangkat kening untuk memastikan ini ke yang ditanya Jungkook tadi. Lelaki itu hanya mengangguk.

"Lunch la. Aku masak sendiri. Jom picnic?"

———

Jungkook memandang lauk dihadapannya kaku. Minji pula dah tayang riak bangga. Terasa kebas pulak kaki Jungkook tiba tiba.

"Ini aje kau masak?" Untuk kesekian kalinya, soalan yang sama diutarakan lagi bagi menginginkan kepastian yang jitu.

"Eee banyaklah ni. Telur dadar, nasi. Kau ingat senang nak masak? Komplen je kerja," Minji buat gaya macam nak pukul Jungkook guna chopsticknya. Orang dah masak tu bersyukur je la!

"Tak.. maksud aku—"

"Oh ya aku terlupa ni!"

Sebaris senyuman sudah terkoyak di bibir Jungkook, mengharapkan ada lagi lauk lain untuk dimakan. Tetapi selepas sesaat, senyumannya mati.

Sebotol kicap cap kipas bersaiz sederhana ditayang dengan bangga oleh Minji. Nasib baik dia teringat dia bawa. Kalau tak makan nasi keringlah si Jungkook ni.

"Kau ni kang kalau aku pijak sia sia kau meninggal kat sini," Lelaki itu menepuk dahi perlahan.

"Ala ini je aku mampu bawa. Nanti aku upgrade lah bawak sos thai ke apa eh? Dah jomlah makan," Minji menghulurkan satu pinggan ke arah lelaki dihadapannya.

Jungkook menggeleng kepalanya. Segala ketahian ini tidak mampu dibendung lagi. Dia terus bangun dari bersila lalu menarik tangan Minji untuk turut sama bangun.

"Eh kau nak kemana ni?"

"Ikut jelah,"

———

krett

Jungkook memimpin tangan Minji masuk kedalam satu bilik. Gelap gelita memang tak boleh nampak apa.

tik!

Suis lampu disebelah pintu dipetik untuk memastikan reseptor mata dapat berfungsi dengan kehadiran cahaya dari pendaflour.

"Wahhhh! Ada bilik macamni kat bangunan sekolah ni?" Teriak Minji kagum. Kelihatan ruangan dapur yang agak besar berada di sudut bilik tersebut. Di satu sudut yang lain pula terdapat beberapa set sofa kira kira boleh memuatkan tujuh orang untuk duduk.

"Kau tunggu sana kejap," Jungkook menunjuk ke arah sudut sofa itu. Dia lantas melepaskan tangan Minji lalu menuju ke arah ruangan dapur.

Minji hanya terdiam memerhati Jungkook. Lelaki itu membuka laci di kabinet lalu mengeluarkan satu apron berwarna biru yang berlipat cantik. Apron disarungkan di kepala lalu tali diikat reben di bahagian belakang badannya.

"Kau nak buat apa ni?" Budak perempuan itu masih terkaku berdiri di tempatnya.

Soalan Minji dibiarkan tidak berjawab. Sebaliknya Jungkook terus fokus dengan perkara yang dilakukannya. Beberapa bahan masakan yang sudah diambil di pantri mini dibasuh di sinki. Tangannya laju mencapai pisau lalu memotong semua bahan tersebut. Api di dapur gas daripada masuk bilik ni lagi dia dah hidupkan dari awal.

Sup sap sup sap!

"Tadaa!!" Dua mangkuk bibimbap mewah dihidang di atas meja kabinet. Minji segera berlari kearahnya. Belum apa apa muka judge dah tertayang di wajah.

"Eleh. Ini aku pun boleh buat,"

"Engkau rasa ler dulu baru sembang," Jungkook menghulurkan satu set chopstick kepada Minji. Laju je disambar perempuan itu tapi lepastu dia cover.

ngap!

Satu suapan selamat masuk kedalam mulut.

"Macam mana?"

Mata Minji terbuka besar. Dia mendongak memandang Jungkook yang sedang mengangkat sebelah alis matanya.

"hUWAAA KENAPA SEDAP SANGAT!!" Laju suapan suapan seterusnya masuk kedalam mulut Minji. Jungkook tergelak kecil melihat perempuan dihadapannya itu. Tulah pandang aku sebelah mata lagi. Last last dia yang gelojoh!

"Eh Minji bibir kau comot!"

"Eo? Lapkan!"

bam!

Serentak Jungkook dan Minji menoleh memandang pintu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro