10: Gwenchana
no one pov
"Sorry.. tapi kau siapa?"
Kening Minji bertaut. Raut wajahnya mula berubah risau. Dah kenapa dengan si Jungkook ni?
"Kau tak ingat aku ke?"
Jungkook hanya menggeleng perlahan.
Air mata Minji mulai bertakung kembali. Dadanya dipaksa keras menahan sebak.
"Kau seriuslah tak ingat aku? Ni akulah Cha Minji!"
"Tak.. aku tak ingatlah... a-ah!" Jungkook segera memegang kepalanya yang terasa sakit.
"Jungkook-ah..."
Perempuan itu mengetap bibir mungilnya perlahan. Dia menarik nafasnya dalam-dalam, dan...
ttak!
Tidak semena-mena, dahi Jungkook yang putih licin itu dijentik dengan kuat tanpa sebarang belas kasihan.
"Yah! Kau kenapa?!" Jungkook mengaduh kesakitan. Dahinya yang baru dijentik tadi lantas dipegang.
"Engkau takyah nak nipu aku la bebal! Kau ingat aku tak tahu yang kau berlakon?!" Minji bercekak pinggang sambil membuat muka toya. Ada hati mamat ni nak berlakon hilang ingatan depan dia??? Dahlah tak berbakat!
"Eeeee alaaa kau tahu keeeeee" Jungkook mencebik.
Rancangan dia untuk kenakan Minji yang asyik menangis macam bayi besar dari tadi gagal dengan sekelip mata akibat lakonannya yang kayu.
Minji | 1 - 0 | Jungkook
"Pikir aku ni bebal macam kau? Haih.. apo sakit-sakit pun ada hati lagi nak menyakat aku," Kerusi yang terletak agak jauh ditarik mendekati katil Jungkook. Minji melabuhkan punggungnya di situ.
"Ala aku bukan apa.. aku cuma suka je..."
"Suka apa?"
"Suka nengok kau nangis sebab aku ler apa lagi," Jungkook terus mengalihkan wajahnya menghadap tingkap. Dia risau wajah dia yang dah kemerahan itu dilihat oleh Minji.
Minji pula hanya mengeluh perlahan. Lama lama botak kepala dia layan jejaka sakai didepannya itu.
"Yah Jeon Jungkook," panggil Minji dengan suara yang sedia ada lembut tetapi sengaja didalamkan.
"Waeyo?" Lelaki itu masih lagi tidak mengalihkan pandangannya dari tingkap.
"Pandang aku,"
"Takmau,"
"Pandang ler akuuuu"
"Takma— a-aduhhhh!"
Tanpa sebarang belas kasihan sekali lagi, cubitan semut berbisa Minji menyinggah di pinggang Jungkook membuatkan lelaki itu segera menoleh menghadapnya.
"A-arraseo arraseo! Lepaslah!" Tangan Minji pantas ditepis oleh Jungkook dengan tepukan sederhana kuat. Lelaki itu memeluk tubuh sambil memuncungkan bibirnya.
Mata Jungkook laju melirik memandang Minji. Gewram.
"Ha aku dah pandang dah ni. Kau nak apa?"
Minji membalas pandangan Jungkook dengan satu pandangan yang dalam.
"Aku tak suka, kau dengar tak?"
Jungkook hanya mendiamkan dirinya sahaja. Telan ayaq liuq.
"Aku tak suka perasaan risau yang aku rasa time kau tak sedar. Aku tak suka perasaan bersalah bila nampak kau struggle selamatkan aku even aku dah jahat dengan kau. Kalau kau mati sebab selamatkan aku macam mana? Seumur hidup aku takkan maafkan diri aku kau tahu tak?!" Terdapat sedikit getaran dalam suaranya.
Jungkook tergamam. Perasaan bersalah dan sedih muka berbaur dalam hatinya setelah mendengar luahan Minji. Dahlah tu siap pakej mata berair pulaktu.
Melihatkan Jungkook yang terdiam tanpa sebarang reaksi, Minji terus menundukkan kepalanya. Dia menutup mulutnya daripada membuat sebarang bunyi tangisan yang mungkin terlepas.
"Minji-ah—"
"Sorry aku teremo," Minji segera bangun dari kerusi sebelum air mata dia mula tumpah.
Sebelum sempat Minji memusingkan badannya untuk keluar dari gap antara kerusi dan katil, Jungkook pantas menarik lengan perempuan itu masuk ke dalam dakapan hangatnya.
Kali ini giliran Minji pula yang tergamam.
"Mian," tutur Jungkook sepatah.
Air mata Minji yang sudah penuh bertakung tidak dapat dibendung lagi. Dia menangis sepuasnya di bahu lelaki bidang itu.
"HuwaAAaAAaa aku pun nak minta maaf!!"
"Yang penting kau dengan aku dah selamat sekarang. Takmo sedih sedih lagi ocey? Let's stay like this for a while.." Jungkook menepuk-nepuk belakang badan Minji perlahan.
Selepas keadaan sudah kembali reda, Jungkook dan Minji meleraikan pelukan mereka. Setelah itu, pandangan mata masing-masing saling bertautan.
"We good, right?" Tanya Jungkook inginkan kepastian. Manalah tahu Minji masih sakit hati dengan peristiwa pergaduhan mereka di rumahnya tempoh hari.
"Mestilah! Kalau we tak good, aku tumbuk diri aku sendiri!"
Jungkook berkerut, "Kenapa macamtu?"
"Sebab aku bodoh, tak reti nak cuba berbaik dengan lelaki sebaik kau," Minji mengukir sekuntum senyuman di bibirnya.
Jungkook yang dah malu malu kucing terus mengetap bibir lalu tertawa kecil. Aiceh sejak bila pulak minah ni reti buat ayat potong kaki macamni?
"Emm.. by the way kan Jungkook..." Minji menyelitkan rambutnya ke tepi telinga sambil tertunduk.
"Waeyo?" Jungkook mengangkat kening.
"Kita dah kenal lebih 24 jam kan?"
"What? Kenapa tanya soalan bodoh? Mestilah dah lebih,"
"Kalau macamtu.. boleh aku tahu sebab apa kau masih couple dengan Seulha?" Minji merenung wajah lelaki dihadapannya dengan penuh harapan— harapan yang dia boleh dapatkan jawapan.
Jungkook mengeluh berat. Pada malam peristiwa dia bergaduh dengan Minji tempoh hari, dia tak beritahu masalah dia kepada Minji dengan alasan Minji tak rapat dengan dia.
Sekarang, dah takde penghalang lagi.
"Arraseo. Kau nak tahu?" Jungkook membalas renungan perempuan itu.
Minji mengangguk sambil memuncungkan bibirnya.
"Sebab..."
srttt!
Pintu bilik wad Jungkook terbuka luas. Kelihatan kelibat seseorang sedang memandangnya dengan raut wajah risau.
"Kook saya okey ke tu?!!" Seulha menjerit kuat.
Speaking of the devil.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro