Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

08: Ambang Kematian

minji pov

"Diminta pengunjung yang berada di atas kapal untuk kekal bertenang! Kami sedang berusaha menyelamatkan anda!" Jerit seseorang dari arah bawah melalui corong penguat suara.

Perasan takut dan rasa nak memaki aku mula bersilih ganti di lubuk hati. Gila ke nak minta kitorang bertenang?! Jarak kapal yang terhenti ni dengan tanah kira-kira setinggi 60 meter kot!

"Erghhh michin saekki!" Ha kan dah terlepas satu kata makian dari mulut.

"Minji, kau okey?" tanya Jungkook tanpa menoleh memandang aku.

"Apa kita nak buat ni Jungkook..." Secara tiba-tiba, air mataku mulai mengalir secara terbalik dan jatuh umpama hujan. Sungguh aku memang tak boleh relaks dalam situasi macamni.

Aku taknak mati!

"Chill la Minji. Kalau kita mati pun at least kita boleh nikah sesama kat syurga? TIBEH"

"Yah! JUGULLAE?!" jerit aku sekuat hati. Ada ke patut di saat-saat genting macamni dia pergi buat lawak bodoh?

"Yelah yelah... Kita tak mati tak. Aku yakin pihak maintenance mesti tengah cuba kesan apa masalah ride ni dan pihak keselamatan pulak tengah struggle selamatkan kita," Jungkook cuba untuk menenangkan aku.

Mula terbit perasaan malu dalam hati aku tatkala Jungkook berkata begitu. Aku menoleh memandangnya. Reaksi wajahnya tampak begitu tenang sekali.

Tapi masalahnya tenang sangat macam tengah menunggu ajal menjemput.

"Kau ni boleh rilek pulak?! Takleh brain la aku dengan kau ni hUWAAAA!" Aku menangis dengan lebih kuat. Dahlah rambut aku tengah terjuntai macam penanggal terbang terbalik ni.

"Hei, hei! Janganlah nangis nangis!" Lelaki tenang itu bertindak mengusap air mata yang mengalir di dahi aku.

"Dah buat lawak bodoh, pastu berlagak tenang, sekarang ni nak acah sweet pulak? Tumbuk muka kau japgi!" Ugut aku yang takkan termakan lagi dengan agenda si lelaki kampret Jeon Jengkuk.

Lelaki itu menjeling aku tajam.

"Eee kau ni! Aku cuba nak hiburkan kita sebab kita ni tengah di ambang dahnak mampus! Kau jangan tambah serabut aku lagi boleh tak?!" Jerit Jungkook lagi kuat membuatkan aku terberhenti menangis.

Kepala otak aku tetiba terasa nak meletup. Jungkook ni kalau tak sakitkan hati aku tak boleh ke?

"Eeee blah la kau! Aku benci kau!" Aku melepaskan tangan aku dari memegang safety restraints untuk menepis tangan Jungkook yang sedang menyentuh dahi aku.

Tanpa disangka-sangka, safety restraints milik aku tiba-tiba terbuka lalu terjuntai di udara. Kini, tiada apa-apa lagi yang berfungsi untuk memegang badan aku dalam posisi terbalik.

Semuanya berlaku dengan begitu pantas, tarikan graviti terus menarik aku untuk jatuh ke bawah.

"WARGHHHH!" Aku menjerit dengan sekuat hati. Kedengaran orang-orang ramai yang berada di dalam kapal dan di daratan turut sama menjerit dalam kejutan.

"Uhuhuhuhuu," Suara tangisan aku menjadi semakin kuat. Aku tidak dapat melihat langit langsung gara-gara air mata yang telah mengaburi pandangan mata.

Kalaupun aku kena mati pada usia semuda ini, aku sudah redha.

"Woi Cha Minji! Kau tak mati lagi lah!!"

Suara laungan Jungkook yang kuat menerpa di gegendang telinga aku. Aku segera mengelap air mata menggunakan kedua tapak tangan.

Ternyata, aku masih lagi tergantung di udara. Pegangan Jungkook pada kepala hoodie aku telah berjaya menahan proses aku untuk jatuh ke tanah.

"Uwahhhh Jungkook!!!! Aku taknak matiii!!!!" Jerit aku yang tak mampu bertenang.

"Dengar sini! Kau takkan mati! Sekarang, slow-slow naikkan tangan kau keatas, pegang tangan aku!" Jungkook memberikan aku sebaris arahan.

Tangan kanan aku diangkat keatas dengan segera. Jungkook berjaya mencapainya dengan tangannya yang sebelah lagi sebelum dia melepaskan pegangan pada kepala hoodie aku.

"Pengunjung yang tergantung di atas, mohon bertahan! Kami sedang menghantar kren untuk mengambil anda!" Kedengaran satu jeritan melalui corong penguat suara dari arah bawah. Barangkali itu pegawai bomba.

Ah tak kisahlah siapapun yang buat announcement! Yang penting air mata aku masih lagi tidak berhenti mengalir.

"Okay Minji, sekarang pegang tangan aku kuat-kuat tau! Tahan sikit je! Diorang tengah on the way selamatkan kau!" Jungkook cuba untuk menenangkan aku.

"Jungkook.... aku minta maaf...." kata aku sambil menangis teresak-esak.

"Sekarang ni fikir pasal diri kau je, okey? Pegang tangan aku kuat-kuat!"

"Tapi... aku... tak tahan...."

Pergelangan tangan aku terasa begitu sakit sekali. Genggaman tangan aku pada tangan Jungkook beransur lemah. Hanya Jungkook sahaja yang masih kuat bertahan memegang tangan aku.

"ANDWAE CHA MINJI! Kau kena kuat!" Jungkook juga sedang cuba untuk bergelut dengan tenaganya sendiri. Aku rasakan tangannya sudah mulai menggigil.

"Erghhhh..!!!" jerit Jungkook dengan kuat. Urat-urat pada leher dan tangannya semakin jelas kelihatan.

psh!

Tangan kanan aku terlepas dari genggaman tangan Jungkook.

"ARGHHHH!!!" Orang ramai yang melihat kejadian itu berteriak dengan lebih kuat.

"CHA MINJIII!!"

Mataku terpejam rapat. Tak sanggup rasanya untuk melihat detik-detik kematian diri sendiri.

Maafkan Minji mama, maafkan Minji papa.

Maafkan aku, Jungkook....

Malaikat maut, ambillah nyawa aku sekarang!

ssha ssha

Satu kehangatan yang janggal mula terasa di sekeliling tubuhku. Mungkin ke malaikat maut dengar seruan aku dan memang tengah ambil nyawa aku sekarang?

Aku segera memberanikan diri untuk membuka mata semula....

kelihatan dia, seorang Jeon Jungkook, sedang memeluk aku erat.

———

Selamat hari raya semua!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro