Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

07: Unfortunate

"Nah," Minji menghulurkan sebungkus kuih tepung pelither kepada atuk.

"Terima kasih... Minta maaf lah atuk tak sengaja tertolak kamu tadi," Atuk menyambutnya dengan senyuman yang lebar— sangat lebar sehingga mampu menampakkan susunan giginya yang masih penuh.

"Eleh atuk dengan pompuan ni baik je. Dengan orang kemain jahat betul!" Jungkook mencebik.

"Engko takyah nak ngengada. Sebab ko lah aku terjatuh atas dia tahu tak!" Atuk menjeling Jungkook.

Jungkook lantas memuncungkan bibirnya. Eeee geram je tau dengan atuk ni! Kalau atuk tak buat scene memalukan tu tadi memang takdenya dia akan jumpa dengan Minji harini!

Sejak peristiwa pergaduhan mereka tiga hari lepas, Minji dan Jungkook tidak bertegur langsung di sekolah. Kalau terserempak, buat-buat tak nampak. Kalau tersatu group dalam kelas, memang jangan haraplah nak pandang muka.

Tapi entah macam mana boleh pulak dia terjumpa minah ni dekat Lotte World sekarang. Apa kecik sangat ke South Korea ni?

"Sorry sebab atuk aku tertolak kau tadi," Jungkook terpaksa merendahkan ego untuk meminta maaf terlebih dahulu.

"Ye takpe," balas Minji tanpa memandang wajah Jungkook.

"Kau buat apa kat sini?"

"Scuba diving,"

"Aku tanya betul ni."

"Aku Minji, bukan Betul,"

"Kau datang dengan siapa?"

"Dengan kaki,"

"Ok,"

"K,"

Suasana di meja kembali menyepi. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulut mereka selepas itu.

"Korang ni tengah perang dingin ke?" Atuk mula masuk campur.

"We just don't feel like talking la atuk," Minji tersenyum memandang atuk.

Atuk terkedu sebentar mendengar jawapan Minji. Dia lantas menarik lengan kiri Jungkook supaya Jungkook berada lebih dekat dengannya.

"Amende yang dia cakap tu?" Atuk berbisik dengan suara perlahan. Ternyata Atuk tak fasih berbahasa komunis.

"Dia cakap.. atuk hensem," bisik Jungkook semula.

"Yeke?"

Jungkook mengangguk. Atuk pun apa lagi, mulalah tayang muka merah-merah nak cendol depan Minji.

Ya tuhan. Kau ampunilah dosa atuk si lelaki tua gatal dan dosa Jungkook si cucu penipu.

"Oh ya, lepas ni kamu nak ke mana?" Atuk memandang Minji semula.

"Saya nak naik viking ride tu sebenarnya tadi. Tapi singgah jap beli tepung pelither," balas Minji.

"Yeke? Wah kita samalah!" Atuk tersenyum simpul.

Jungkook memandang raut wajah atuknya itu. Dengan serta-merta, dia dapat merasakan satu firasat buruk.

Tak atuk, jangan cakap...

"Jom kita naik sekali nak?"

———

Dan kini, mereka bertiga sedang beratur di line untuk menaiki permainan The Viking Ride bersama-sama.

Semestinya Jungkook lah orang yang paling tak keruan sekali.

"Akhirnyaaa dah 5 tahun aku tunggu nak naik kau!" Jerit atuknya di tengah-tengah orang ramai.

Jungkook mengeluh berat. Mana taknya, dalam satu masa yang sama, dia terpaksa menghadapi tiga masalah. Satu, perasaan nervousnya. Dua, atuknya yang gila. Dan tiga...

Cha Minji.

Jungkook melirik memandang perempuan itu. Kelihatan Minji sedang tertawa kecil.

"Asal kau gelak?" Jungkook berkerut.

"Takdelah, aku pelik. Atuk kau ni kelakar, tapi cucu dia kenapa menyakitkan hati eh?"

"Yaish shibal!"

"Jungkook," Atuk menepuk bahu Jungkook secara tiba-tiba.

"Ya?"

"Tetiba atuk terasa nak terkencing la pulak. Atuk pergi tandas dulu eh!" Atuk terus berlari anak menuju ke arah tandas.

"Eh tapi kita dah kat barisan depan ni atuk!"

Jeritan Jungkook hanya disahut deruan angin. Bayang atuknya sudahpun hilang dari pandangan mata.

Magic. Laju benar atuknya lesap.

"Oi, kau termenung apa lagi?" Minji memukul lengan Jungkook yang tak perasan mereka sudah disuruh masuk ke atas kapal Viking ride.

Jungkook mengeluh lagi untuk kali ke-1000. Dia melabuhkan punggungnya di bahagian seat belah belakang di atas kapal. Minji pula duduk betul-betul bersebelahan dengannya.

klak!

Safety restraints di seat mereka berdua diturunkan serentak.

Restraints Viking Ride di Lotte World ini agak unik sedikit kerana mereka menggunakan restraints yang sama seperti di roller coaster.

(warna kuning tu restraints)

"Eh, mana atuk kau?" Minji baru menyedari ketiadaan atuk.

"Tandas," balas Jungkook sepatah.

"Tapi dia nak naik ride ni kan?"

"Haih.."

Untuk kali ke-1001, Jungkook mengeluh lagi. Nampak gayanya memang dia kena naik ride ni dua kalilah hari ni.

pshhh!!

Enjin The Viking Ride sudahpun dihidupkan. Kapal itu mula berhayun kedepan dan kebelakang dengan perlahan.

Setakat ini, Jungkook masih mampu untuk bertenang. Part yang paling dia benci ialah apabila kapal ni dah start berpusing 360 darjah.

"AAAAAAAH!!" Orang ramai mulai menjerit sewaktu kapal berhayun semakin tinggi. Hanya Jungkook sahaja yang diam.

"Wei Jungkook," Minji mencuit peha Jungkook.

"Wae?"

"Kau apahal diam je? Takut eh?"

"Ah bisinglah kau!"

"Pecah rumah orang haritu kemain berani. Time naik ride takut pulak?" sempat Minji memerli Jungkook.

"Ergh..." Ini sahaja yang mampu dibalas oleh Jungkook. Nak balas lebih-lebih, dia tengah ada atas ride yang paling dia geruni selama ni.

Buatnya dia mati tengah memaki macam mana?

swush!

Kapal mula berhayun membuat satu pusingan penuh. Orang ramai semakin kuat menjerit. Jungkook pula masih cuba control macho disebelah Minji.

"Wahhhhh!!!" Minji menjerit penuh keterujaan apabila kapal itu membuat pusingan kedua.

Jungkook hanya memejamkan matanya. Bersedia untuk menerima pusingan ketiga dengan redha.

swush-

jing!

Eh?

"AAAAAAAAH!!" Jeritan orang ramai bertambah lebih kuat dari sebelumnya.

Tapi kali ini bukan lagi jeritan kerana teruja. Sebaliknya jeritan ketakutan.

Kapal viking yang sedang mereka naiki terhenti secara tiba-tiba, mengakibatkan pusingan ketiga tidak dapat dihabiskan sepenuhnya.

Apa yang lebih teruk lagi, kapal tersebut berada betul-betul di sudut 180 darjah dari tanah.

Jungkook membuka matanya.

Dia baru tersedar yang dia sedang pegun dalam posisi terbalik, melawan tarikan graviti.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro