03: Scammer
no one pov
"Siapa tu?" Suara Taehyung kedengaran.
Minji segera mencangkung untuk mengelakkan dirinya dapat dilihat melalui tingkap.
"Ada someone ke babe?" Seulha memandang Taehyung.
"Aik. You takde dengar apa-apa bunyi ke?" Taehyung bertanya semula.
Seulha menggeleng, "You salah dengar kot?"
"Tapi I yakin I dengar. Takpe, I nak pergi check kejap,"
Taehyung mengatur langkahnya mendekati pintu belakang kelas. Dia memang rasa ada orang tengah stalk dia pun dari tadi.
"Argh, jebal.... "
Minji mula berasa tak sedap hati.
Tombol pintu dipulas. Sebelum pintunya sempat ditarik, Seulha memegang lengan Taehyung terlebih dahulu, membuatkan tindakan Taehyung itu terhenti.
"Whats wrong?"
"....with secretary Kim?" Seulha tersengih.
Haish, ikutkan hati Taehyung, nak je dia sekeh minah hambar depan mata dia ni sekarang.
"Okeylah, okeylah. Jom kita balik je nak? Lepak rumah I," Seulha sempat bertindak sebelum disekeh.
"Tapi..."
"You ni lagi lambat, lagi kita buang masa tau!"
Seulha mengangkat kedua keningnya, menanti jawapan. Lama jugak Taehyung berfikir.
"Hm.. okeylah sayang," Tombol pintu dilepaskan. Taehyung membiarkan Seulha memaut lengannya sepanjang mereka berjalan keluar dari kelas melalui pintu hadapan.
Minji menghela nafas lega.
Selepas memastikan keadaan dah betul-betul selamat, Minji segera masuk ke dalam kelas tersebut untuk mengambil telefon bimbitnya yang tertinggal di bawah meja.
"Sayang? Eww. Siaplah korang berdua! Aku bagitau agenda korang kat Jungkook!" omel Minji sendirian.
Dengan serta-merta, gambaran perancangannya untuk mengusha Jungkook kembali menemui cahaya harapan semula.
———
minji pov
"Tapi... macam mana?" Belakang kepala yang tidak gatal digaru perlahan.
Sepanjang malam, aku sibuk memikirkan cara bagaimana untuk aku beritahu Jungkook berkenaan kejadian yang aku saksikan petang tadi.
First sekali, aku tak tahu username bagi mana-mana akaun media sosial dia. Secondly, aku ni dahlah budak baru. Thirdly, nombor dia? Memang tak lah aku ada.
"Kau kena fikir, Minji... Jangan sia-siakan peluang kau untuk merebut Jungkook!" kataku memberi semangat kepada diri sendiri.
trrr! trrr!
Handphone aku tiba-tiba vibrate, menandakan ada call masuk. Aku segera melihat skrin handphone.
Nombor yang tidak dikenali terpapar.
"Siapa pulak ni? Entah-entah scammer?" Aku hanya merenung handphone yang terletak di tangan aku itu kaku............
Ah! Angkat jelah!
"Yeobose—"
"Weh! Bukak tingkap bilik kau sekarang weh!" Kedengaran suara seseorang di corong talian.
"Hello, siapa ni?" tanya aku semula.
"Aku takde masa nak terangkan! Sekarang ni kau bukak je tingkap bilik kau, okey? Pleaseeee,"
Perasaan takut mula menyelubungi diri. Kenapa dia suruh aku bukak tingkap bilik pulak?
"Awak ni scammer kan?!"
"Bukan! Aku bukan scammer!"
"Dah saya nak letak—"
"Jungkook! Aku Jungkook!"
Aku tergamam.
Mustahil...
"Saya tak tahulah awak ni scammer gred berapa, tapi guna nama crush saya untuk tipu saya tu taktik murahan ya..!"
"Wait, Cha Minji! Aku serius Jungkook. Jeon Jungkook. Please bukak tingkap bilik kau!! Jeballll..!"
Bibirku digigit perlahan. Nervous pulak tibe.
"B-betul ke?"
"NAEEEE. Bukak tingkap! Sekarang!!"
Aku segera membuka tingkap bilik aku selepas mendengar jeritan Jungkook. Dan ya, suara jeritan tu memang didengari in real life, bukan melalui telefon.
Aku memandang ke luar melalui tingkap yang telah aku buka.
Kelihatan figura seorang manusia sedang berdiri di dahan pokok ara tepi rumah aku. Dahan itu pulak betul-betul menghadap bilik aku.
Perkara yang lebih mengejutkan ialah, figura yang aku nampak itu ialah seorang Jeon Jungkook, dan bukan mana-mana stranger.
"Tepi! Aku nak lompat!" jerit Jungkook, menyuruh aku ketepi.
Aku segera beralih. Sesaat kemudian, kaki Jungkook yang panjang itu melompat dari dahan pokok tersebut ke balkoni bilik aku. Dia menyelinap masuk ke dalam bilik aku melalui tingkap dan menutupnya semula dengan kelam-kabut.
Aku masih lagi tergamam dengan apa yang baru berlaku...
Yela cuba kau bayangkan tengah-tengah malam, tetiba crush kau masuk bilik kau, melalui tingkap pulaktu. Tak pelik ke?
Jangan-jangan kan weh... aku ni sebenarnya bukan manusia sebenar? Aku ni cuma watak satu siri melodrama yang bertajuk 'My Love from the Tree'?
Aaaah! Mengarut, mengarut!
"A-apa..."
"Shhhh," Jungkook meletakkan jari telunjuknya dibibir. Aku terus menutup mulut aku menggunakan kedua tapak tangan.
Tak lama selepas itu, kedengaran bunyi bising-bising dari arah lorong berdekatan dengan rumah aku.
Aku cuba menjengahkan kepala ke arah tingkap untuk melihat keadaan. Kelihatan beberapa orang lelaki dewasa — kira-kira dalam 7 orang — sedang berkeliaran.
"Sial! Mana pembunuh tu?!" Jerit salah seorang dari mereka.
"Aku yakin aku nampak pembunuh tu lari kesini tadi! Jom kita cari!" Jerit seorang yang lain pula.
Mata aku terbeliak. Apa maksud diorang... pembunuh?
"J-Jungkook..."
"Ya?"
"k-kau... bunuh orang ke?"
Jungkook tidak membalas. Sebaliknya, dia terus menoleh memandang aku dengan pandangan yang paling menakutkan pernah aku tengok.
———
thankyou so much to my small supporters! 🥺
i love you, i truly do 💛
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro