02: Game
"K-kau ke... m-makwe Jungkook?" tanyaku dengan suara menggeletar.
Seulha merenung aku dengan matanya yang sengaja dibesarkan.
"Ya, pahal?"
Aku menelan liur.
"Berani ek kau baru-baru masuk dah nak kebas pakwe orang?"
"Weh, chill weh. Aku mana tau kau makwe dia tadi. Ni aku dah tahu, aku back off okey?" Aku mengangkat kedua tangan ke paras dada gaya surrender.
Seulha tidak mempedulikan aku, sebaliknya dia terus merentap kolar baju sekolah aku dengan kuat.
"Kau dah cari pasal dengan aku, kau ingat senang-senang camtu je kau boleh back off?"
"Okay, fine. Jom ah gaduh. Tapi nanti please? Kita kat dalam kelas—"
"kau... perempuan JALANG!!!!" jeritnya tiba-tiba.
"Wei Seulha!" Aku tersentak.
Dapat aku rasakan semua pasang mata milik pelajar-pelajar kelas ini kini tertumpu melihat aku dan Seulha.
shit.
"Apa masalahnya kat belakang tu?!" Miss Yoon berteriak dari hadapan kelas.
Seulha segera melepaskan pegangannya dari kolar bajuku. Dia dah mula nampak kalut.
"T-takde apa Miss," balas Seulha terketar-ketar.
"Habistu, boleh awak terangkan kat saya perkataan apa yang awak sebut tadi?"
"Mana ada saya sebut apa-apa Miss!" Seulha cuba menidakkan.
Seulha ni bongok ke? Dah sah-sahlah satu kelas dengar tadi.
"Korang berdua tahu kan yang korang boleh kena denda dan demerit sebab cakap kasar depan cikgu?" Miss Yoon berjalan menuju ke arah kami.
Tunggu kejap...
apahal pulak 'korang berdua'?
"Miss cakap 'korang berdua' ke tadi?" Aku beranikan diri bertanya semula.
"Ya,"
"Tapi saya takde cakap kasar Miss,"
"No, awak dianggap terlibat jugak,"
Asudah.
Takleh jadi ni weh. Aku baru masuk kot sekolah ni takkanlah dah kena denda dengan demerit? ;-;
Aku kena buat sesuatu!
sret!
Aku bangun dari kerusi aku secara tiba-tiba. Miss Yoon yang tengah berjalan, terus berhenti.
"Wae geurae, Cha Minji-sshi?"
Soalan Miss Yoon dibiarkan tak berjawab. Sebaliknya, aku merenung Miss Yoon sambil membuka kuda-kuda.
Sebaris senyuman terukir di bibir.
"Jalang-jalang, cari makang! Wang ke ai en pi ke won ne. Jalang-jalanggg cari makanggg!"
Lagu tema dari rancangan TV3: Jalan-Jalan Cari Makan itu dinyanyikan dalam versi loghat Terengganu dengan bersahaja. Sambil menyanyi, aku turut berjoget mengikut rentak macam orang bodoh. Satu kelas dah tergelak-gelak tengok aku.
Ya, termasuk Seulha.
Lepas berhenti berjoget, aku pandang Miss Yoon semula— nampaknya dia tengah psycho aku.
"Apa bendanya awak ni?"
"Hehe, sorry Miss, kitorang lapar. Tu yang teringin nak 'jalang-jalang',"Aku tersengih macam kerang busuk.
Miss Yoon menjeling aku. Matanya beralih ke arah Seulha.
"Betul ke jalang tu yang awak maksudkan? Bukan jalang lain?"
"Ya! Betul!" balas Seulha tanpa ragu-ragu.
Eh eh engkau ni reti pulak laju. Sepak nak?
"Baiklah, korang dimaafkan. Okay Jungkook, awak dah boleh sambung semula presentation awak," Miss Yoon mula mengatur langkah ke hadapan kelas semula.
J-jungkook..?
Aku terpempan. Baru aku teringat yang Jungkook turut berada dalam kelas ni dan turut menonton semua gelagat bodoh aku.
"Baik Miss," balas Jungkook.
Sebelum Jungkook menyambung presentationnya semula, dia sempat mengerling ke arah aku lalu melemparkan sebaris senyuman yang... em entahlah susah aku nak tafsir tu senyuman jenis apa.
tu senyum apa tu weh? tu senyum perli ke apa???
ARGHHHHHHHHHH
.....bunuh jela aque ;-;
———
"Dasar Seulha gampang!" Aku memaki Seulha sepanjang perjalanan menuju ke pagar utama sekolah. "KAU TUNGGU JELAH AKU BALAS DENDAM!"
Sudah 20 minit berlalu sejak loceng sekolah untuk balik berbunyi. Pelajar-pelajar lain semua dah balik, tinggal aku je kat sekolah ni rasanya. Saja nak balik lambat.
"Eh kejap," Tiba-tiba aku terperasan sesuatu.
Handphone aku takde kat tangan aku.
pak!
Dahi ditepuk perlahan. Baru aku teringat yang handphone aku tertinggal kat bawah meja.
Tanpa membuang masa, aku terus mengatur langkah menuju ke kelas semula. Aku tiba kira-kira dalam tujuh minit kemudian.
Hampir-hampir sahaja aku nak pulas tombol pintu sebelum aku ternampak figura dua orang manusia sedang berciuman di dalam kelas aku menerusi tingkap.
Mata aku pantas menangkap sosok tubuh perempuan yang tengah berciuman itu.
Eh? Itu bukan ke si gampang Seulha?
Tapi yang aku peliknya.. kenapa lelaki tu tak nampak macam Jungkook pun?
Agak lama aku perhatikan diorang. Dan ya, tekaan aku betul. Lelaki yang dengan Seulha itu bukanlah Jungkook.
Tapi itu Kim Taehyung.
Tunggu kejap...
Maknanya si Seulha ni tengah game Jungkook ke?
the fak...
TADI KEMAIN KAU MARAH AKU DALAM KELAS PASTU SKANG NI KAU GAME PAKWE KAU SENDIRI??????
Okay, fine! Siap kau Seulha! Aku bagitahu Jungk—
sret!
Tak semena-mena, aku tibe tersenggol pasu bunga yang betul-betul terletak kat sebelah pintu.
"Siapa tu?" Suara Taehyung kedengaran.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro