Bab 28
Ada lagi ke baca ff hambar saya ni😔?
"Walaupun jauh di mata tapi dekat di hati"
-tae cayang awak-
———————
Hayeon mencapai iPhone miliknya lalu menyentuh skrin untuk membuka bahagian gallery.
Jarinya ligat men'slide' gambar-gambar yang terdapat di dalam simpanannya.
Dia tersenyum seketika melihat gambar abangnya yang kacak tapi sewel serta eomma dan kawannya, Saera. Termasuk Jungkook.
Jarinya terhenti saat gambar selfie dia dan Taehyung terpampang di skrin telefon pintarnya.
Serta-merta air matanya tumpah mengalir di pipi mulusnya. Dia rindukan Taehyung sangat-sangat.
Suasana malam dingin itu ditemani tangisan rindu Hayeon kepada Taehyung.
———————
Taehyung menilik gambarnya bersama Hayeon sambil duduk di ruangan balkoni apartmentnya.
Situasi dirinya mahu melawat Hayeon menerjah ke dalam kotak memorinya.
Sebenarnya dia mahu melawat gadis yang dicintainya tapi terbantut apabila terdengar luahan hati Jungkook kepada Hayeon.
Frame itu ditatap kembali dengan penuh rindu. Air mata jantan memenuhi tubir matanya. Dia cuba sedaya upaya menahan dirinya daripada menangis.
Akan tetapi, Taehyung tewas dengan perasaannya.
Dia menangis teresak-esak akibat rindunya terhadap gadis bertubuh genit itu. "Mesti kau terima confess Jungkook kan?" ucap Taehyung dalam tangisan.
Matanya melirik ke arah bintang-bintang yang bertebaran di langit gelap itu. 'Cantik,' bisiknya.
Bintang itu mengingatkan dirinya ketika kecil.
Flashback
"Yeon! Yeon! Tengok tu! Cantik kan bintang-bintang!" seorang budak lelaki berumur enam tahun menundingkan jari telunjuknya ke arah cahaya yang bersinar indah.
"Ommo! Cantiknyaaaa," budak perempuan itu teruja melihat bintang-bintang begermerlapan di langit.
Taehyung tersenyum melihat tingkah laku kawannya.
"Cantik kan? Macam Yeon."
Hayeon terkebil-kebil mendengar ungkapan yang keluar dari mulut Taehyung.
Biasalah budak kecik mana faham HAHAHAH
"Cantik macam Yeon?" Hayeon menunjukkan dirinya.
Taehyung menggangguk bersama senyuman yang tidak lekang di wajah.
"Apalah Tae ni. Saja je nak usik kita," Hayeon senyum tersipu-sipu selepas mendengar pengakuan Taehyung.
"Betullah! Sebab besar nanti Tae nak kawen dengan Yeon!" Jujur Taehyung.
Author pun nak kahwin dengan Taehyung jugak ')
"B-betul ke?"
"Eung! Janji dengan Tae palli!" Taehyung menayangkan jari kelingkingnya seperti 'pinky promise'.
"Okey! Yeon janji!" Hayeon memautkan jari kelingkingnya pada jari Taehyung.
Linangan air matanya laju turun ke pipi.
"Aku putuskan yang kita bukan berkawan bukan bermakna aku tak akan dekati kau. Tapi, aku nak kau pandang aku sebagai lelaki yang kau cinta bukan sebaliknya."
"Sebab aku cintakan kau, Park Hayeon."
———————
Hayeon menjamah makanan yang terhidang di depan mata. Mukanya sembap disebabkan menangis rindukan sahabatnya yang satu itu malam semalam.
Dia tiada selera nak makan. Kepalanya hanya penuh dengan Taehyung, Taehyung dan Taehyung. Dia dah lama tak bertemu dengan lelaki itu. Hayeon berasa bimbang akan Taehyung.
Jungkook tak dapat melawat dia pada hari ini. Dia kena pulang ke kampung kerana nenek kesayangannya sakit.
Puan Park memandang sayu anak perempuannya.
"Hayeon? Kenapa macam tak nak makan? Tak sedap ke eomma masak?" Risau perempuan 50-an itu.
"Eh aniya eomma masak selalu sedap. Tak pernah tak sedap. Cuma Yeon tak selera nak makan."
"Tak apa kalau tak habiskan. Tapi, jangan lupa makan ubat tau," Puan Park mengusap bahu Hayeon bersama senyuman yang terukir di wajah.
Hayeon mengukirkan senyum melihat
wajah ibu kesayangannya.
———————
"HAYEONNNNNNNN!" Saera menerjah masuk ke dalam wad rakannya diikuti oleh Jimin.
Eh Jimin? ;-;
Jimin hanya menggelengkan kepalanya melihat tingkah laku Saera. Hayeon terkejut dengan ketibaan Saera secara tiba-tiba.
"S-Saera."
"Hayeonnnnn," seraya itu dia memeluk erat rakan baiknya.
"Saera?" Hayeon kelihatan teragak-agak membalas pelukan Saera. Saera meleraikan pelukannya.
"Kau en sampai hati tak bagitahu aku! HUWAAAAAAA EOMMAAAAA YEONYEON KEJAMMM RARA TAK NAK KAWAN YEONYEON HUWAAAAA."
Hayeon gelabah melihat Saera, "Weh diam ah ni hospital ni!"
Jimin hanya pemerhati dari tadi seraya tersenyum melihat kelakuan Saera.
'Comel.'
Jururawat yang dikenali sebagai Park Ga Rang menerjah wad Hayeon.
"Squeezeeee meh ini hospital bukan tempat reunion mak jemah mohon diam kalau tak nak kena tendang keluar," tegas Ga Rang sambil menjeling tajam ke arah Saera. Dia mengibas rambutnya lalu melangkah keluar.
Saera menyumpah seranah terhadap jururawat itu.
SKIP
"Eo Jimin? Macam mana korang boleh datang sini sama-sama? Baru lepas date eh?" Soal Hayeon dengan senyuman nakal. Wajah Saera membahang malu. Jimin hanya menahan dirinya daripada tersenyum.
"Err a-aku J-Jimin.." Saera gagap manakala Hayeon tersenyum nakal sambil mengangkat kedua-dua keningnya.
"Mana eomma?"
Hayeon menjeling sekilas lalu menjawab pertanyaan Jimin," Eomma balik jap."
"I-ini bukan apa yang k-kau sangkakan, Y-yeon!" Saera mengangkat kedua-dua tangannya paras dada lalu tangannya digoyangkan seperti melambai tetapi reaksi Hayeon tetap sama.
"Aku dan Jimin takde hubungan apa-apa pun! Kebetulan aku datang sini terserempak dengan dia!TAMAT! THE END! NOKTAH! TITIK!"
Senyuman Jimin perlahan-lahan kendur.
Saera yang perhatikan Hayeon ketawa tersedar melihat perubahan diri sahabatnya itu. "Hayeon, m-muka kau p-pucat. k-kau makin k-kurus pastu bibir makin pucat." Saera risau melihat keadaan Hayeon.
"Bukan pucat tapi makin pucat."
"Hayeonnnn j-jangan tinggalkan a-aku. Kau lah kawan yang aku ada. Jebalyoo... Hajimaaa...," rayu Saera dengan teresak-esak. "Saera-ssi," serta-merta air mata Hayeon menitik. Mereka berpelukan.
Jimin hanya memerhati. Dia juga berasa sedih dengan keadaan adik kesayangannya. Jimin tak tahu macam mana kehidupannya bersama Puan Park apabila Hayeon tinggalkan mereka nanti.
"Aku cuba okey aku cuba," tutur Hayeon dengan nada perlahan sambil menepuk perlahan-lahan belakang badan sahabatnya.
TBC
———————
Sorry takde part sweet hiks
Marilah kita meriahkan fanfic abe taehyung dengan vomment ye temen temen❤️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro