Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 22

Double update! Hohoho


"𝐈𝐟 𝐈 𝐡𝐚𝐯𝐞 𝐠𝐢𝐯𝐞𝐧 𝒕𝒘𝒐 𝒄𝒉𝒐𝒊𝒄𝒆𝒔, 𝑰 𝒘𝒊𝒍𝒍 𝒄𝒉𝒐𝒐𝒔𝒆 𝒔𝒕𝒂𝒚 𝒘𝒊𝒕𝒉 𝒚𝒐𝒖 𝒇𝒐𝒓𝒆𝒗𝒆𝒓"
-J harapan awak-

                       ———————

Jimin POV

Aku mengorak langkah ke sekolah. Sepatutnya aku menjaga kembar aku tapi Hayeon melarang aku. Katanya eomma ada menemaninya.

Macam aku tak tahu Hayeon tu cuba tunjuk diri dia kuat dan tabah. Padahal dia seorang yang lemah. Muka pucat. Aku tengok dia makin kurus.

Aku menghembus keluhan berat. Aku mengimbas kembali situasi aku berjumpa dengan Jungkook tempoh hari.

Kerusi di hadapannya ditarik oleh seseorang.

Jungkook segera menyimpan phone di dalam kocek seluar. "Ha ada apa kau nak jumpa aku?" Soal Jungkook.

"Aku nak tanya kau tentang Hayeon"

"Erm ye tanyalah"

"Kenapa dengan Hayeon haritu? Maksud aku bila balik je rumah mata dia merah dan sembap macam baru lepas menangis" soal aku.

"Setahu aku dia keluar dengan kau kan? Kau tahu apa yang terjadi pada dia?" Aku tahu ini mesti tiada kaitan dengan mamat coconut tapi naluri aku kuat mengatakan mamat yang di depan aku ni tahu apa yang terjadi pada adik kesayangan aku.

"Hayeon.... dia erm" Jungkook mengetap bibirnya rapat.

"Kenapa dengan dia?" Aish aku tak sabar nak tahu ni.

"Hayeon erm dia... baru lepas bertengkar dengan someone hm" ucap Jungkook dengan perlahan.

Aku menyebak rambut ke belakang. Aku memandang Jungkook semula. "Siapa?" Soal aku dengan serius.

"Kim Taehyung"

"Yeon bukan ke kau kawan baik ke dengan Taehyung? Macam mana boleh bergaduh? Haih" aku mengomel sendirian.

Bila aku tanya Jungkook sebab diorang bergaduh. Jungkook hanya mengangkat bahunya tanda dia tidak tahu.

Jadi punca Hayeon jadi seperti itu sampai pengsan puncanya Taehyung?

"Yow Jiminie!"

Aku memandang pemilik suara yang menyapa aku. "Oh Jhope hyung. Waeyo?" Aku tersenyum kecil memandang Jhope hyung.

"Aik aku nak sapa kau pun tak boleh?" Soalnya dengan menaikkan kening kanannya.

Aku tersengih kerang busuk.

"Kajja masuk kelas. Nanti tak pasal pasal kena lepuk dengan ssaem Jongkok"

"Erm nae" aku ketawa kecil.

Saera POV

Aku berjalan masuk ke sekolah. Tak sabar nak jumpa Hayeon. Banyak cerita aku nak gosip dengan dia.

Tiba di kelas, aku segera meletakkan beg sekolah aku di tempat aku seperti biasa. Aku berjalan keluar dari kelas setelah meletakkan beg lalu pergi ke tandas.

Jarak kelas ke tandas fuh jauh dia hanya pelajar SOPA yang tahu.

Semua ni gara gara Jae suk ssaem lah ni. Sewaktu sekolah ni baru dibina, dialah pergi memandai je suruh kontraktor bina tandas jauh jauh ergh.

Sedang aku berjalan, tiba tiba mataku tertancap dua figura namja yang fokus berborak diselangi ketawa ketawa macam setan berjalan ke arah aku.

Jahatnya mulut kau Saera.

Jap aku rasa aku macam kenal salah seorang daripada mereka.

Aku menyepetkan mata untuk mengecam muka milik dua susuk tubuh namja itu.

Namja yang berwajah persis kuda tu aku tak berapa kenal sangat. Yalah dia senior kan tahun ni. Tak silap aku nama dia h-horse? Atau Jeihok? Ah aku memang ada masalah mengingati nama orang.

Aku rasa nama dia Jhorse. Ya! Aku yakin!

Namja sebelah Jhorse sunbaenim tu Park Ji—

MWORAGO!?

Mataku terbuntang luas.

Are you kidding me?!

J-Jimin. Ommo ottoke!?

Aku nak patah balik tiada guna. Ada tiga sebab.

Pertama; aku tak tahan sangat nak membuang.

Kedua; Jimin dah makin hampir dengan aku. Tapi dia tak perasan.

Ketiga; kalau ikut laluan yang lain lagi jauh weh

Aish! Nak atau tak aku kena lalu jugak!

Persetankan semuanya

Aku segera berjalan sambil menundukkan kepala. Aku berdoa banyak banyak dalam hati supaya mamat terlebih menggoda ni tak perasan akan kehadiran aku.

Hati aku berdegup kencang seiring langkah Jimin ke arah aku.

Dup!

Dap!

Dup!

Dap!

Aku cuba mengintai wajah Jimin yang sememangnya kacak nak mampus.

Aku terkedu.

Saat aku memandang Jimin, dia memandang aku sekilas lalu menyambung perbualannya dengan mamat kuda itu.

Langkah aku terhenti. Aku menoleh ke arah Jimin yang perlahan-lahan kelibatnya meninggalkan aku.

Kenapa aku rasa pelik?

Aku rasa macam kehilangan sesuatu?



Oh ya aku kena pergi tandas. Patutlah tertinggal sesuatu rupanya hajat aku ke tandas tak terlaksana dari tadi.

                        ———————

Author POV

Taehyung meletakkan mukanya di atas meja.  Kelihatan meja di sebelahnya kosong tiada penghuni.

Taehyung melirik sekilas meja kepunyaan Hayeon merangkap crushnya. Tapi mungkin selepas kejadian itu, Hayeon tidak bermakna lagi dalam hidupnya.

Mungkin gelaran sahabat dah hilang apatah lagi crush. Taehyung betul betul kecewa dengan Hayeon.

Tapi sekarang jam menginjak pukul 8. Sesi pembelajaran akan bermula sebentar lagi. Ramai rakan sekelasnya sudah masuk ke dalam kelas.

Tapi, kelibat Hayeon tidak muncul jua.

Hati kecilnya mula risau. Ego menguasai segalanya. Lelaki kan?

Taehyung abaikan persoalan yang bermain dalam mindanya.

Dia segera mengeluarkan buku teks bila guru subjeknya sudah tiba untuk memulakan pembelajaran yang pertama pada hari ini.

                        ———————

Saera POV

Kring! Kring!

Loceng berbunyi menandakan waktu sekolah sudah tamat. Hati aku gelisah dari pagi tadi.

Persoalannya, mana Hayeon?

Kalau dia tak datang mesti dia sampaikan pada Taehyung ataupun dia chat aku.

Masalahnya, Hayeon tak chat aku langsung!

Apatah lagi si alien tu nak bagitahu aku. Ha! Cakap pasal alien tu, dia macam senyap je tak nampak pun dia berborak dengan kawan yang lain. Selalunya dia akan sibuk berborak dengan sengkuang and the gang.

Dia jadi pendiam.

Aku melihat Taehyung menggalas beg sekolah di bahu kanannya. Tanpa membuang masa, aku segera menahan lengan kekar milik Taehyung.

"Yah! Taehyung!"

Dia menepis tangan aku.

Wuish terkejut aku. Ey dia ingat aku hamak sangat ke pegang lengan dia tu. Baik aku pergi pegang lengan Jimin.

Eh?

"Tch apa dia?"

Uish bukan main kasar lagi mamat alien ni.

Dulu bukan main peramah lagi sekarang?

"Err kenapa Hayeon tak datang? Dia sakit ke?"

Dia menatap aku dengan pandangan dingin.

"Entah. Kenapa tanya aku? Tanya lah abang dia." Mak aih sombong benar ye kamu.

Taehyung melangkah pergi. Aku menghentak kaki tanda protes. "Aku tanya kau sebab kau kawan dia lah bodoh!" Aku merengus geram.

Sabar Saera fuh

Mencabar kesabaran sungguh!

"Tapi... abang? Hayeon ada abang?"

Hayeon tak bagitahu pun yang dia ada abang. Hm

TBC
                       ———————

Sejak pkp makin murung tengok online class T_T aaaaa rindu sekolahhhhhh hiks doakan supaya corona cepat hilang ye teman teman

Spm ditangguhkan tahun depan hm') btw doakan yeon cepat habiskn cerita ni

Haaa yeon rasa kan nak bukukan fanfic ni lah wkwkwk lepas spm kot tgoklah dulu sbb just rancang je dulu. Tak tahu lagi🤷🏻‍♀️

Mungkin akan ada banyak scene taehyung dgn Hayeon serta Kook. Dannn scene Jimin dan Saera mungkin banyak ditambahkan uwu. Kalau fanfic ni dibukukan lah. Kalau.

Entah lah kenapa part pling best nk tulis Saera dgn Jimin😂

So doakan seiya nk bukukan ff Heartbeat ni hehehe ❤️

Macam biasalah please vote and comment ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro