[9]
[I know you're happy, without me. No, you've move on.]
________
Terlalu fokus dengan penuh kenikmatan Jungkook menghirup kuah cool noodle, makanan kegemarannya yang dimasak oleh Eunmi, sepupunya.
"Eumm... sedapnya Nangmyeon yang Eunmi masak." puji Jungkook lalu menyambung menghirup kuah mi.
Tanpa dia sedar Raline yang sibuk menguping di tepi pintu pantry sudah memuncung muka dengan kemesraan yang dibina Jungkook dan Eunmi.
"Apalah oppa ni. Bukan oppa pernah rasa ke sebelum ni?" soal Eunmi kepada abang sepupunya itu. Nampak pelik saja perangai dia kali ini. Bukankah dia selalu beriak dingin dan jarang berbual tetapi hari ini anginnya sudah bertukar.
"Saja je puji lebih. Sedapkan. Buat penat je Eunmi bawa ke sini jadi oppa nak bagi reward lah."
Balas Jungkook memberitahu. Bukan selalu dia boleh memuji orang, disebabkan mood hari ini sedikit baik kerana Eunmi memahami keinginan tekaknya waktu itu. Habis terlupa semua masalah termasuk perempuan gersang tadi.
"Tch. Tak jealous punlah." ujar Raline perlahan sambil mencebik. "Arkh- hmph..." baru sahaja dia mahu beredar tiba-tiba bahagia kiri perutnya menyengat sakit.
Terus membongkok wanita itu namun jeritannya tidak didengari Jungkook. Lelaki itu masih fokus dengan perbualannya bersama Eunmi.
"Oppa hari ini oppa balik rumah halmeoni kan?" soal Eunmi selepas beberapa minit mendiamkan diri.
"Haah, tapi oppa balik rumah oppa dulu sebab nak ambil barang. Halmeoni macam mana?" jawab Jungkook dengan soalan.
"Macam biasalah perangai halmeoni itu. Tak habis-habis minta kita berdua berkahwin." ujar Eunmi tanpa berkias.
"Pasal itu Eunmi jangan risau eh? Nanti pandailah oppa bagitahu yang oppa masih belum bersedia." ujar Jungkook lalu menyambung kunyahannya.
"Oppa tak bersedia sebab bekas isteri oppa ke?" mahu nak tersembur mi yang dikunyahnya keluar tatkala soalan cepumas dari Eunmi dilemparkan.
Mulut dicuci seraya dilap menggunkan tisu, lipmatte bewarna nude dioleskan perlahan pada bibir supaya tidak terlalu jelas kepucatannya dan kemerekahan pada bibirnya. Nanti dah tak vogue.
"Auch... ish kenapa time-time ini kau nak sakit ha? Menyusahkanlah. Arkh!" bebel Raline sempat menjerit tatkala bahunya dilanggar seseorang.
Kalau diikutkan dia pun salah juga kerana sibuk dengan lipmatte dan beg tangannya tanpa memandang ke depan.
"Hey tak nampak ke orang nak jalan ini?" jerkah Raline menatap tajam wanita yang melanggarnya itu.
"Maaf cik, maaf saya tak sengaja terlanggar cik. Cik tak apa-apa?" maaf diucap dan soalan dilontarkan oleh wanita itu.
Raline cuba mengingati kembali rupa itu tapi di mana ya? Oh, baru teringat! Wanita itu yang makan bersama Jungkook tadi.
"Takde. Em wait! Awak ini yang makan dengan Jungkook tadi kan?" soal Raline sempat menahan lengan Eunmi dari berjalan masuk ke tandas.
"Y-ya. Kenapa ya?" soal Eunmi keliru. Raline dipandang dari atas sehingga ke bawah. Sungguh cantik!
"Apa hubungan awak dengan dia ya?" soal Raline tak semena-mena membuatkan Eunmi terdiam.
-•-
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro