[7]
[The gift always being memories.]
________
Paip air sinki dipusingkan supaya tidak lagi mengeluarkan air. Wajah basahnya di pandang sekilas dihadapan cermin bilik air. Dia mengeluh lantas mencapai tuala kecil di penyangkut dengan perlahan menapak kaki ke luar.
"Eughh..." Raline mengelap muka dan peluh penat kerana sudah beberapa kali berulang-alik ke bilik air. Dia berbaring sebentar untuk mengumpul kembali tenaganya yang hilang.
Baru sahaja dia mahu terlelap terus terbantut apabila terdengar ketukan dari luar pintu.
Tok tok tok-
"Raline boleh aku masuk?" soal Hyeri dari luar. Terus Raline terbangun dan mencapai plastik putih di atas meja lalu disumbatkan ke dalam laci.
"Masuklah." jawab Raline. Senyuman manis madu diukirkan apabila gerangan Hyeri sudah masuk ke dalam biliknya.
Pelik dengan kelakuan Raline, masa pulang ke rumah tadi bukan main masam mencuka mukanya tetapi sekarang tersengih seperti kerang busuk pula.
Dengan longgokan beberapa sangkutan baju-baju milik wanita itu di atas tilam katil. Habis beg-beg dan kotak diselongkarnya. Hyeri segera menghampiri Raline.
"Banyaknya baju, ni bukan baju-baju dua tahun lepas ke?" soal Hyeri sambil mengangkat sangkutan baju gaun bewarna ungu dengan hiasan pearl dari atas katil.
Yelah, sejak Raline pulang ke Seoul jarang sekali Hyeri dapat melihat Raline memperagakan semua pakaian eksklusifnya. Eksklusif kerana semua baju-baju tersebut merupakan baju yang pernah dipakainya sewaktu bergelar isteri Jeon Jungkook.
Tapi Hyeri tidak hairanlah kerana memang sekarang ini perancangannya Raline adalah mahu memikat semula hati dingin bekas suaminya itu.
"Haah, ini semua baju yang aku pakai masa aku masih bergelar isteri Jungkook. Ini baju yang dia hadiahkan, ini baju yang masa kitorang dating, ini baju masa candle light dinner an-" terang Raline bersungguh tetapi sudah dipotong Hyeri.
"So jangan kau cakap kau nak guna semua baju ni untuk dia teringat balik zaman-zaman you all was being together at the back then?" soal Hyeri sepertinya sudah tahu apa yang mahu dilakukan wanita itu. Timbul perasaan kurang yakin dengan rancangan Raline kali ini.
Bukannya sekali dua sudah berapa banyak rancangan yang sememangnya tidak menjadi.
Tak serik-serik.
"Absolutely correct my dear Hyeri. Tak sia-sia aku belanja kau kismis setiap pagi." ujar Raline tersenyum lebar. Wajah rakannya dipandang nakal.
"Okay whatever, tapi kau sure kalini berjaya?" soal Hyeri mahu menguji wanita itu. Nampak macam tersangatlah confident ya.
"I'm super duper sure! Aku nak dia pandang aku untuk kalini juga." jelas Raline sesekali bangun dan mencuba blouse merah jambu pemberian Jungkook sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama.
Hyeri hanya menggelengkan kepala tanpa membantah. Bukannya tidak kenal dengan sikap keras kepala rakan baiknya itu.
-•-
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro