[5]
[I know that we can not make like in the past.]
________
Waktu menunjukkan jam 5 petang semua staf-staf sudah mula beransur pulang. Kelihatan tinggal beberapa orang sahaja yang masih mengemas barang dan kerja lebih masa.
Raline pula masih dengan perangainya yang masih mahu menempel dengan Jungkook sepanjang masa.
Kini mereka berdua sedang berjalan menuju ke parkir kereta. Ada juga beberapa orang staf sempat menangkap atau merakam kelakuan Raline seperti terhegeh-hegeh itu.
"Jungkook, awak tak nampak ke yang saya dah berubah? Saya nak tebus kesalahan saya. Saya dah tinggalkan semuanya untuk awak." terang Raline bersungguh.
Langkah kakinya yang bertumit setinggi 5 inci itu diaturkan dengan berhati-hati, silap langkah boleh terjatuh. Tak pasal-pasal viral.
"Yeke? Macam tak percaya je." soal Jungkook tanpa memandang wanita itu. Dia juga mahu bergegas pulang ke rumah kerana ada perjumpaan keluarga. Jika dilayan gadis ini mahu lambat dia sampai ke rumah.
"Awak ni savage lah Jungkook." ujar Raline dengan nada yang mengada-ngada. Saja mahu bermanja, tapi tak pernah dilayan.
"Aku tak tahulah apa motif kau buat semua ni. Dulu lain sekarang lain pula? Setan apa yang merasuk kau ni ha?" Jungkook berbicara dengan memusingkan tubuhnya menghadap gadis itu.
Wanita sedikit terkejut kerana Jungkook tiba-tiba menghadapnya dengan pandangan mata yang tajam dan muka yang bengis. Namun dia cuba beriak tenang.
"Takde setan ke iblis ke jin kapret sekalipun yang rasuk saya. Saya cuma nak kita macam dulu. Happy together forever." terang Raline lagi. Kalini lengan Jungkook diraihnya dengan serta merta pipi Jungkook dicium sekilas.
Membulat mata Jungkook, tidak sempat mengelak dengan perbuatan spontan wanita itu. Cepat-cepat dia mengelap kesan ciuman di pipinya. Bibirnya menguntum senyum sinis.
Maaf Hwang Raline, kalini juga tak berjaya nak memikat Jeon Jungkook.
"Teruskan bermimpi jelah Hwang Raline. Aku bukan boneka yang kau sesuka hati buang dan sesuka hati kutip. Aku masih ada maruah." ujar lelaki itu membuatkan Raline terkesima.
Ada betulnya juga apa yang dikatakan Jungkook tapi... Arghh tak kisahlah. Dia perlu menunjukkan sikap penting dirinya untuk kali ini.
Kalini dia sudah sampai di tempat parkir yang menempat keretanya. Butang kunci ditekan segera lantas pintu pemandu Audi A3 berwarna matte grey itu dibuka.
Tubuh tegapnya laju memasuki ke dalam perut kereta mewah itu. Dengan cepat punat lock ditekan. Berhati-hati betul ya Jungkook.
Enjin dihidupkan lantaran kereta mewah milik Jungkook perlahan-lahan meninggalkan parkir kereta dan juga Raline di belakang dimakan asap ekzos.
"Tapi izinkanlah saya berada di sisi awak untuk kali ini." ujar Raline perlahan. Dia merengus geram lalu melangkah kaki menuju ke keretanya.
-•-
☺️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro