Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

[4]

[I'm so pathetic.]

________

Jungkook sudah pun menapak menuju ke lobi. Dia mengerutkan alis keningnya tatkala menyedari Raline masih setia mengekorinya dari belakang. Dengan berpakaian gaun paras peha bertumit tinggi terkedek-kedek gadis itu mengejarnya.

Ugh! Rimas.

"Jeon Jungkook!" jerit Raline apabila dia sudah penat berkejar-kejar dengan langkah laju Jungkook. Lengan lelaki itu lantas disambar.

"Apa dia?" soal Jungkook memusingkan tubuhnya menghadap Raline. Kalau diikutkan mahu sahaja dia menolak gadis itu jatuh.

Tetapi masalahnya mereka sedang berada di lobi pejabat, ramai staf dan juga tetamu yang berada di situ. Tak pasal-pasal masuk berita sebab berkasar dengan wanita.

"Kenapa tak stop bila saya panggil? Jung- auch!" soal Raline namun percakapannya terpotong apabila Jungkook laju merentap lengannya dan mengheret wanita itu ke lorong yang sedikit jauh dari orang lain.

"Shut up!" nada Jungkook naik seoktaf. Pelipisnya diurut sebentar.

"Raline please stop, kita dekat pejabat. Hormat sikit. Kau tak malu ke satu pejabat tengah mengata kita?" Jungkook menyoal geram. Wajah selamba wanita itu ditatap.

Wajah yang pernah membuat dia angau dan jatuh cinta, wajah itu juga yang pernah melukakan hatinya dan sudah menanamkan benih dendam yang semakin bercambah.

"Awak malu ye. Okay kalau macam tu awak pilih nak dekat rumah awak atau rumah saya? Tak pun hotel?" soalnya selamba bagai minta kaki.

Jungkook mengetap rahang geram tatkala wanita itu mula dengan perangai gilanya.

"Kau dah gila ke? Aku takde masa nak layan perempuan gila macam kau ni?!" jerkah Jungkook lagi.

"Yes, I'm crazy. Very very crazy because of you!" ujar Raline penuh semangat.

"Raline, dah berjuta kali aku bagitahu kau yang aku takkan terima kau balik. Cukup-cukuplah ganggu aku, kita hidup haluan sendiri jelah." terang Jungkook mengulangi ayat yang pernah meniti dibibir wanita itu dua tahun lepas.

"Nope! Jungkook awak mesti terima saya juga sebab awak pun masih cintakan saya bukan?" tebak Raline menyoal membuatkan Jungkook terkesima.

"Apa bukti yang aku masih cintakan kau?" soal Jungkook cuba beriak tenang. Tangannya setia bercekak di pinggang.

"Sebab tak kahwin-kahwin sampai sekarang. Geuji?" ujar Raline lagi. Senyuman manis madu dia tayangkan kepada si dingin Jungkook.

Tetapi maaf, Jungkook tak cair. Dia tersengih menahan tawa setelah mendengar jawapan dari Raline.

"Raline Raline, aku tak kahwin baru sebab itu lantak akulah. Kalau aku nak kahwin baru sekalipun aku akan kahwin dengan sesiapa pun dan bukannya dengan kau." terang Jungkook bertegas.

Naik merahang pipi Raline tatkala mendengar kata-kata Jungkook dengan nada sedikit meninggi.

Kaki Jungkook talakan masuk ke dalam lif disebelah mereka. Tak kuasa nak melayan perempuan jenis gila talak ni.

-•-

Thanks sudi baca fanfic sendu ni. 🥰

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro