[3]
[Stay safe, the virus is everywhere.]
________
Pantry yang didiami dua orang pekerja kepoh sedang gasak menggosip tentang kejadian yang baru sahaja berlaku di bilik mesyuarat sebentar tadi.
Kelihatan masing-masing sudah menyediakan minuman dan sedikit cemilan bagi sesi gosip-menggosip bertambah lebih meriah.
"Ish meluat betullah dengan Cik Raline tu, tak habis-habis dok terhegeh-hegeh dekat bos kita tu." ujar Puan Covyd dengan menayangkan riak menyampahnya sejak kehadiran Hwang Raline beberapa bulan yang lepas.
"Tulah yang aku tak faham. Dia tu tak ada rasa malu ke?" soal Puan Crona lalu sambung mengunyah kerepek pisang didalam balang. Bergerak-gerak mulutnya mengunyah sambil tahi lalat di atas bibir juga terikut.
"Kalau akulah kan dah lama aku hilangkan diri dan takkan muncul depan bekas suami aku macam ni." ujar Puan Covyd, nescafe latte dihirup sedikit demi sedikit.
"Dengar cerita dia tu curang dulu, sebab tu dia tinggalkan Encik Jungkook tu." sambung wanita tiga siri itu. Balang kerepek pisang di hadapan Puan Crona disambarnya pula.
"Yeke Covyd? Sampai macam tu sekali?" bahu Puan Covyd ditepuk kuat tidak percaya pada berita yang baru disampaikan rakan gosipnya itu.
Wanita itu hanya mengangguk meyakinkan, tidak lupa juga kerepek pisang dikunyah sehingga habis.
"Iyalah, lepastu-" tidak sempat mahu menghabiskan kata-katanya sudah terpotong dek seseorang.
Punyalah tekun mereka mengumpat sampai tidak perasan akan kehadiran Nam Hyeri, pembantu pengurus model setia Hwang Raline.
"Ehem ehem dah takde kerja ke sampai buat kerja part-time ngumpat kat sini?" soal Hyeri. Dia sudah tahu dah pasti gosip yang diceritakan dua wanita itu mesti tentang Raline.
Nam Hyeri juga merupakan kenalan rapat dan rakan serumah Hwang Raline sejak gadis itu berpindah ke kota Seoul. Setakat ini hanya Hyeri sahaja didefinisikan sebagai kawan baik kepada Raline.
"Eh Cik Hyeri, mana ada kami ngumpat." ujar Puan Covyd menidakkan kesalahannya. Sempat juga mata elangnya menjeling Hyeri.
"Habistu dok mengata rumah tangga orang apa cerita? Akak-akak sekalian kalau nak hidup tu berkat jangan dok sibuk mengumpat sana sini. Sia-sia je dapat dosa kering." ceramah Hyeri dengan nada naik seoktaf. Mereka ni kalau tidak dibasuh betul-betul nanti makin banyak lagi gosip-gosip yang diceritakan dekat semua staf syarikat ini.
Makin bernanahlah telinga dia nanti.
"Hello Cik Hyeri, daripada cik nasihatkan kami baik Cik Hyeri nasihatkan sikit kawan cik tu. Dia tu perempuan, jagalah sikit maruah depan lelaki. Jomlah Crona panas pula dekat sini." ujar wanita tua itu cuba melawan. Terbeliak juga biji matanya dengan kata-kata yang disampaikan kerana ada betulnya sedikit.
Hyeri memejamkan mata dan melepaskan keluhan berat. Sudah migrainnya datang balik. Raline, Raline.
-•-
Hello, don't forget to vote and comment yang banyak for this fanfic ya. Jangan lupa juga untuk share pada orang lain supaya bertambah meriah lagi ff ini.
Tq and muah laviu 🙆🏻♀️💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro