[25]
I never regret for what I did before.
__________
Fail yang menimbun diatas meja dipandang malas oleh Jungkook, sesekali dia melirik ke arah Jimin yang sibuk bermundar-mandir di dalam pejabatnya dengan riak muka yang bahagia.
Bahagia dapat membuat Jungkook bencikan Raline.
"Memang padan pun dengan muka tak malu perempuan tu." omel Jimin sambil tersenyum puas.
"Jimin." panggil Jungkook perlahan.
"Hm?" Jimin mengangkat mukanya, memandang tepat ke wajah lelaki kacak dihadapannya itu.
"Asal kau benci sangat dengan Raline eh?" soal Jungkook tak semena-mena membuatkan Jimin tersedak air liur perit.
"Aku? Aku benci sebab... sebab dia kan dah sakitkan hati kau. Kau kawan aku bro, jadi aku rasa sakit hati bila tengok dia hancurkan hati kau." pusing belit dia mencari jawapan.
"Ke Raline pernah buat apa-apa dekat kau?" soal Jungkook cuba mengorek rahsia.
"Jungkook, kalau aku bagitahu kau, kau jangan terkejut pulak eh?" kata Jimin perlahan-lahan mendekati meja kerja Jungkook.
"Bagitahulah apa dia." jawab Jungkook penasaran.
"Sebenarnya Raline tu pernah goda aku masa dia masih bergelar isteri kau. Dia suruh aku kahwin dengan dia dan dia akan tinggalkan kau. Aku tak nak jadi kawan makan kawan. Jadi aku tolak dia, bila dia marah dia minta cerai dengan kau." fitnah Jimin membuatkan Jungkook membulat mata.
"Apa?!"
"Aku tak sangka dia buat macam tu. Sorry bro aku baru bagitahu kau sekarang." maaf tipu dari Jimin bersama selitan senyuman sindir dibibir mungilnya. Baru puas hati dia dapat masuk jarum lagi.
---
"Cik Raline, terima kasih tau belanja kitorang harini. Sedap sangat!" kata Lisa memegang perut buncitnya.
"Haah, cik Raline. Lain kali belanja kitorang lagi eh?" sampuk Yohan sambil menyilang tangannya di lengan Lisa seperti belangkas.
"Ish apa kau ni? Tak baik la." sempat Lisa memukul lengan Yohan kerana tidak habis mengusik Raline.
"Oh laju je eh kau Yohan kalau bab-bab makan." pintas Hyeri sambil mencuit lengan lelaki itu.
"Yelah cik Hyeri. Rezeki tu." kata Yohan tersenyum.
"Eee dahlah korang ni. Jomlah cepat, kita dah lewat lima minit nak masuk pejabat ni. Kang bos marah pulak." pintas Raline menukar topik. kalau di layan mana tidaknya bentang meja lah diorang dekat lobi itu nanti. Sambung berborak.
"Raline."
Baru sahaja Raline hendak mengorak langkah, seseorang jelas memanggil namanya membuatkan dia beralih memandang ke suara itu.
Jungkook.
Hyeri yang perasan akan situasi tersebut, segera mendekati Raline.
"Raline, kau nak aku teman ke?" soalnya.
"Takpelah, aku boleh handle sendiri. Kau jangan risau eh?" jawab Raline cuba beriak tenang.
"Kalau boleh selesaikan dengan cara baik okay." kata Hyeri sambil mengusap dada belakang sahabatnya itu.
"Okay." Raline mengangguk lantas menghampiri bekas suaminya.
"Em awak nak ap- auch!" belum sempat dia menghabiskan kata-kata, laju sahaja Jungkook menariknya jauh dari orang ramai.
"Auch sakitlah! Awak nak ap-"
Pang! Satu tamparan terlekat di pipi Raline membuatkan wanita itu tergamam. Macam tak percaya Jungkook naik tangan kepadanya?
"Kau ni memang perempuan murah kan? Aku betul-betul tak percaya dengan kau. Sanggup kau buat aku macam tu dulu."
"Apa awak cakap ni Jungkook?! Saya tahu awak tak suka saya tapi-"
"Kau cuba goda Jimin untuk curang dengan aku masa kau masih lagi bergelar isteri aku dua tahun lepas betul ke? Ani... aku rasa benda tu memang betul. Tch! Patutlah minta cerai!"
"Ha? Apa awak cakap ni Jungkook. Itu semua bohonglah."
"Berhenti jadi hipokrit. Aku menyesal kahwin dengan kau dulu. Kau buat aku sakit hati dan terus berdendam dengan kau, kau tahu tak?!" gertak Jungkook memegang bahu Raline dengan kuat sementara Raline cuba mengawal pinggangnya yang terasa sangat sakit saat itu.
Dia cuba mengawal riak tenang tanpa merungut sakit kerana dia tidak mahu Jungkook mengetahui keadaan sebenarnya.
"Jungkook, awak tak tahu apa-apa pun. Hidup-hidup awak boleh percayakan Jimin tu." perlahan Raline menjelaskan dengan cuba meraih tangan Jungkook namun lelaki itu lebih laju menepis.
"Ya. Aku lebih percaya kawan aku berbanding dengan betina murah macam kau ni." secara drastik kata-kata itu membuatkan Raline menampar pipi lelaki dihadapannya.
Pang!
"Saya tak pernah goda dia tau. Kalau awak nak tahu dia tu pembohong Jungkook. Dia yang ganggu saya, cuba suruh saya tinggalkan awak dan kahwin dengan dia. Itupun awak tak tahu ke?! Dia yang tergila-gilakan saya selama ni. Bila dia tahu saya tolak dia, dia marah dan macam-macam dia cuba untuk buat saya nampak buruk depan mata awak!"
Raline cuba mengawal air mata yang hampir mengalir membasahi pipi. Sungguh dia tidak mahu nampak lemah. Jungkook sudah termati kata, dia tidak tahu mahu memberi respon seperti apa. Dia juga tidak tahu mahu percayakan sahabat atau wanita yang pernah berkongsi hidup dengannya.
"It's okay. Saya faham, awak memang marahkan saya. Tapi jangan jadi bodoh untuk kawan yang makan kawan macam Jimin tu. Maaflah andai selama ni saya menyusahkan awak. Awak nampak bodoh saya sebab terhegeh-hegehkan awak. Saya rasa saya perlu hentikan semua tu sebab saya tahu awak dah betul-betul bencikan saya. Maaf sekali lagi dan terima kasih." sambung Raline sebelum dia memalingkan tubuh dari menghadap Jungkook.
"Aishh!" rengus Jungkook geram.
Baru sahaja Raline hendak beredar dari situ, dia dikejutkan dengan figura Halmeoni Yun dan juga Eunmi yang sepertinya berjalan ke arah mereka.
Kelihatan para pekerja sudah menunduk hormat, memandangkan Halmeoni Yun adalah bekas pengarah syarikat JTaylor ini.
Raline menelan liur perit tatkala matanya selamat bertentangan dengan Halmeoni Yun, bekas nenek mentuanya. Dia tidak sangka akhirnya dia perlu bersemuka dengan wanita itu lagi.
"Tak sangka kita berjumpa lagi... Hwang Raline." ujar Halmeoni Yun dengan sinis sambil memerhatikan wajah pucat milik Hwang Raline.
-•-
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro