Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

[24]


God hear me.

______________

"Raline oh Raline..." laung Hyeri mencari kelibat Raline yang tidak kelihatan sejak pulang dari kerja petang tadi. Kebelakangan ini, wanita itu sering meluangkan masa sendiri tanpa bergaul dengannya seperti dulu. Timbul rasa musykil dalam diri Hyeri terhadap perangai Raline yang sudah berubah.

"Raline! Kau kat mana?" laung Hyeri memanggil lagi.

"Aku kat bilik ni Hyeri." kedengaran suara Raline di dalam biliknya. Dengan pantas Hyeri berjalan ke arah bilik wanita itu.

"Kau tengah buat apa tu?" soal Hyeri menolak pintu dan terus menjengah masuk bilik wanita itu. Pelik dia melihat Raline seperti sibuk melakukan sesuatu waktu malam begini.

"Tengah kemas barang-barang yang aku rasa macam tak berguna." jelas Raline bercekak pinggang melihat Hyeri yang sedang pelik dengan perangainya.

"Baju-baju kau ni kan elok lagi?" soal Hyeri melihat baju-baju Raline yang sepertinya baju dua tahun lepas hasil pemberian Jungkook sewaktu mereka bergelar suami isteri sudah pun dilipat masuk ke dalam kotak dengan kemas.

"Aku tak nak pakai dah, lagipun inikan baju dua tahun lepas. Kau rasa aku patut jual ke?" soal Raline diakhir katanya membuatkan Hyeri lagi berkerut.

"Kau ni dah kenapa? Kau okay tak ni? Nampak macam tak sihat." laju saja telapak tangan Hyeri hinggap di dahi wanita dihadapannya itu. Bukan sebelum ni dia yang beria ke keluarkan semua baju-baju dua tahun lepas tu?

"Hm... aku okay jelah. Aku just nak kemas dan buang barang-barang yang aku rasa dah tak nak guna dah." Jelas Raline tersenyum kekok ke Hyeri.

"Raline, kenapa ni? Kau okay tak?" soal Hyeri lagi kerana tidak puas dengan perangai wanita itu sejak akhir-akhir ini. Raline mula menghentikan perbuatannya lantas menarik lengan Hyeri untuk ikut duduk disebelahnya.

"Hm... Hyeri, kalaulah aku dengar kata-kata kau dari dulu lagi. Mungkin sekarang ni aku tak tersakiti." ujar Raline melihat dalam wajah Hyeri.

"Raline, bukan salah kau pun. Dah memang macam tu kan perangai kau. Aku tahu kau ada niat baik. Em... aku nak tanya ni." ujar Hyeri merapati wanita itu.

"Tanyalah."

"Kau... kau ada simpan apa-apa ke dari aku?" Ada apa yang aku perlu tahu?" soal Hyeri menbuatkan Raline sedikit tersentak.

"M-Maksud kau?" gagap Raline menyoal.

"Raline, aku dapat rasa mungkin ada sesuatu yang buat kau bertindak berubah dan jadi macam ni. Dulu kau cakap kau cintakan Jungkook kan, takkan senang-senang kau minta cerai. Raline, cer kau jujur dengan aku."

Ujar Hyeri membuatkan Raline menunduk dan melepaskan keluhan berat. Sudah sampai masanya untuk Raline meluahkan segalanya tanpa menyimpan lagi perkara itu.

"Em... huh... Hyeri, s-sebenarnya..."

Flashback

Dua tahun lepas,

"Awak menghidap sakit buah pinggang tahap 2."

"Betul ke doktor?"

"Mengikut dari pemeriksaan saya awak menghidap sakit buah pinggang dan juga ada simptom bagi penyakit lain yang belum saya ketahui. Jika awak bersetuju untuk menjalankan rawatan dan juga kimoterapi mengikut jadual yang sudah ditetapkan mungkin awak ada masa untuk pulih."

"Tapi doktor, baru tahap dua kan? Dah teruk sangat ke? Kalau saya tak nak buat rawatan dan kimoterapi tu, adakah ia boleh memudaratkan saya? Saya tak nak tinggalkan kerjaya saya demi benda-benda macam ni."

"Puan Raline, pihak kami bukan paksa awak untuk tinggalkan kerjaya awak, cuma pihak kami minta awak untuk korbankan sedikit masa demi kesihatan awak. Kalau awak berdegil, penyakit ini akan merebak dan memudaratkan awak. Awak tak nak sihat ke?"

End of flashback

"Ya tuhan, betul ke ni Raline?! Aku tak salah dengar ke? Aku tak percaya kau boleh rahsiakan perkara ni dari aku?" soal Hyeri sungguh tak percaya dengan apa yang diberitahu Raline kepadanya saat ini.

"Aku minta maaf... aku cuma tak nak menyusahkan sesiapa." terang Raline menundukkan pandangannya.

"Jadi... kalau selama ni kau tahu yang kau tu sakit, kenapa kau perlu minta cerai dengan Jungkook dua tahun lepas. Bukankah dia sepatutnya bantu kau untuk pulih ke? Atau dia memang tak pernah tahu akan sakit kau ni?" soal Hyeri masih kebingungan dengan tindakan sahabatnya itu.

"Aku... aku tak pernah bagitahu Jungkook pasal panyakit ni sebenarnya." jelas Hyeri lagi membuatkan Hyeri tergamam.

"Raline! Apa kau dah buat ni? Dia ada hak untuk tahu tau." marah Hyeri sambil memukul lengan Raline geram.

"Sebab tu aku minta dia cerai dengan aku dan buat dia bencikan aku. Aku tak mahu jadi beban dia." ujar Raline lagi. Dia cuba untuk tidak menyesal dengan perbuatannya dua tahun lepas.

"Habistu kenapa kau nak kahwin balik dengan dia tiba-tiba?" soal Hyeri menebak.

"Penyakit aku dah sampai stage yang terakhir, dah teruk Hyeri. Selama ni aku cuma kuatkan diri aku untuk sihat dengan satu sebab saja, iaitu Jungkook. Jungkook lah semangat aku untuk teruskan hidup. Lepas beberapa bulan aku bercerai dengan dia, aku mula sedar yang sememangnya dia adalah semangat aku untuk terus hidup aku ni. Tapi aku tak pasti sama ada dia boleh terima aku lagi atau tak bila aku tahu, aku lah punca parents mertua aku mati. Aku buntu Hyeri."

Jelas Raline meluahkan segala yang terbuku selama ini. Dia bukan apa, dia cuma tidak mahu Jungkook menghabiskan waktu semata-mata untuk hidup dengan wanita yang sudah tidak sempurna seperti dia. Daripada dia menyiksa Jungkook sebegitu, lebih baik dia berpisah dengan Jungkook. Walaupun dia yang perlu dibenci.

"Raline.... aku rasa dia patut tahu hal sebenar." ujar Hyeri masih buntu.

"Jangan..."

"Tolong jangan beritahu dia, cukuplah aku teruk di mata dia. Aku tahu dia bencikan aku sangat-sangat. Takpelah, anggap perjuangan aku sampai sini saja. Aku dah buat dia menderita selama ni. Biar kalau aku mati pun, aku tak nak ada hutang perasaan pada dia. Semua ni berpunca dari diri aku sendiri. Aku sangat pentingkan diri."

Jelas Raline sudah penat untuk mengejar cinta dari Jungkook. Kalau perlu jelaskan pada Jungkook tentang perkara sebenar sememangnya lelaki itu tidak mahu bekerjasama. Dah alang-alang Jungkook membencinya lebih baik dia hentikan saja.

"Tapi masalahnya... kau pasti ke kalau Jungkook dah betul-betul bencikan kau?"

-•-

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro