[23]
When you say you love, then prove it.
_________
"Selamat kembali Cik Raline!" sapa Yohan teruja.
"Rindulah dengan Cik Raline." ujar Nadine memuncungkan bibirnya manja. Sempat juga Yohan menepuk lembut lengan Nadine.
"Alolololo sweetnya dua orang ni, saya okay je cuma itulah penat sikit. Saya minta maaf ya, sebab saya awak semua kena marah dengan bos." terang Raline tenang.
"Takpelah cik Raline, saya dah biasa." ujar Yohan tersengih menunduk.
"Eh macam pasrah sangat bunyinya tu." ucap Raline sebelum mereka bertiga tergelak.
"Ehem ehem ehem... ni datang kerja nak bekerja atau membawang? Pergi buat kerja sana!" tempik Jimin yang entah muncul dari mana berdiri tegak di belakang mereka.
Para staf lain sudah memandang ke arah mereka, ada juga yang sudah mula memotong bawang.
"Eleh bukan kau yang bos pun, acah." omel Yohan perlahan tanpa didengari oleh Jimin, Nadine hanya menjeling ke arah lelaki itu. Raline sepertinya tidak selesa akan situasi ini lantas berpaling menghadap dua orang stafnya.
"Awak berdua pergi buat kerja dulu ya." arah Raline dengan perlahan.
"Baiklah, jom Nadine, rasa panas pulak dekat sini." sempat Yohan menyindir kuat lantas berlari anak ke stesen kerja masing-masing.
"Amboi... aku suruh bos potong gaji kau baru tahu." bebel Jimin sambil menjeling kedua orang itu. Raline hanya menghembuskan nafas perlahan, merasakan tidak selesa dengan kehadiran lelaki itu. Pasti ada saja yang ingin disindirnya.
Jimin memandang semula ke arah Raline dengan riak menyampah. Raline pula hanya berdiri di hadapan lelaki itu tanpa membuka suara.
"Haih, ingat masih terlantar sakit lagi. Tup tup dah muncul dekat sini?" soal Jimin berpeluk tubuh sambil tersenyum sinis.
"Kau nak apa ya Jimin? Aku busy nak kerja ni."
Baru sahaja Raline mahu meneruskan perjalan namun perbuatannya terbantut kerana mendengar ayat dari lelaki itu.
"Eleh kau nak mengelak pula. Jangan kau nak beranganlah ya raih balik hati Jungkook tu. Dia sendiri bagitahu yang dia tak nak dah dekat kau." Jelas Jimin membuatkan Raline naik geram.
"Excuse me? Benda apa yang kau merepek ni ha? Yang kau nak menyibuk sangat urusan aku buat apa." ujar Raline berpeluk tubuh.
"Jangan nak mengelaklah Raline. Kau ingat aku tak tahu ke kau nak kahwin balik dengan Jungkook tu mesti ada something yang kau sorokkan kan? Kau nak harta dia kan? Takkanlah nak jilat ludah balik. Dasar perempuan tak tahu malu." hambur Jimin ketawa secara sinis.
"Eh mulut kau ni kan-" baru sahaja Raline mahu melibaskan tapak tangannya ke arah pipi Jimin kerana sudah geram.
"Berhenti!" jerit seseorang membuatkan Raline menghentikan perbuatannya. Sepasang mata elang sudah menatap tajam wajah wanita itu.
"Kalau kau datang sini nak buat kecoh berbanding nak buat kerja, teruskanlah. Tak malu ke semua pekerja tengok?" soal Jungkook merapati ke arah kedudukan Raline.
"Jungkook, bukan saya yang mulakan dulu tapi dia! Dia yang mulakan dulu." Raline mahu mempertahankan diri.
"Shh! Masuk pejabat aku sekarang." arah Jungkook tanpa mendengar penjelasan Raline lantas terus beredar. Raline hanya menghembuskan keluhan berat lantas membuntuti Jungkook yang sudah menjauh.
Sempat juga wanita itu menjeling kearah Jimin yang sudah tersengih kemenangan melihat wanita itu makin dibenci Jungkook.
"Tch! Padan muka. yang korang ni tengok apa? Pergilah buat kerja!" tempik Jimin lantas beredar meninggalkan staf-staf yang sedang sibuk membawang.
"Erghh!!! Bodoh punya Jimin. Ish!" Raline menghentakkan kakinya geram sebelum memasuki ruangan pejabat Jungkook.
"Ehem" deheman Jungkook menyentakkan Raline, dengan segera wanita itu menoleh ke arah Jungkook yang sudah berdiri tidak jauh dari kedudukannya.
"Kau ni memang jenis suka malukan diri depan orang eh?" soal Jungkook secara jujur.
"Bukan malukan diri tapi saya nak pertahankan diri saya dari dihina Jimin tu!" balas Raline menegakkan kebenaran. Jungkook sepertinya hanya nampak kesalahan pada dirinya sahaja berbanding rakan baiknya itu.
"Apa yang dia cakap semua tu betulkan? Takde satu pun yang dikira menghina. Betul tak?"
Tergamam Raline saat mendengar apa yang dikatakan Jungkook. Seolah-olah lelaki itu langsung tiada belas kasihan terhadapnya.
"Aku tak tahulah apa motif kau sampai terdesak sangat ni. Kau ni memang jenis pentingkan diri, dah ludah nak jilat balik. Perempuan jenis apa kau ni. Takde maru-"
"Cukup!" jerit Raline membuatkan Jungkook tergamam.
Cecair mata yang mengalir membuatkan Raline semakin menunduk dan tidak mampu memandang tepat ke arah wajah lelaki dihadapannya saat ini.
"Cukup hina dan caci-maki saya. Saya faham maksud awak. Betul cakap awak dan Jimin, saya ni perempuan tak tahu malu dan takde maruah. Tapi... itu tak bermakna awak boleh hukum saya sampai macam ni. Ini terlalu hina buat saya!" sambung Raline mengatur nafas perlahan supaya tidak tersedu-sedu menangis.
"Awak kejam Jungkook." tutur Raline perlahan namun masih mampu didengari oleh Jungkook. Lelaki itu sudah tersenyum sinis memandang ke arah wanita yang mungkin sedang berdrama di hadapannya. Dia menggepal penumbuk geram dan masih menahan rasa marah apabila menatap wajah merah wanita itu saat ini.
"Kau nak tahu tak di antara kita kaulah yang paling kejam." ujar Jungkook sebelum keluar dari pejabatnya meninggalkan Raline yang sudah menangis teresak-esak.
"S-Saya minta maaf atas kesilapan saya sebelum ni. Tapi itu tak bermakna awak boleh hukum saya macam ni Jungkook!" balas Raline bersama tangisan yang semakin sukar dikawal.
Sementara di luar pintu Jungkook sudah hampir memaki diri sendiri kerana egonya yang sedang menggunung. Dia tidak pasti sama ada untuk berasa puas hati ataupun kasihan terhadap Raline.
Kalau ikutkan hati dia masih lagi menyayangi wanita itu, tapi pada masa yang sama dendam dan ego mendahului segalanya.
-•-
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro