[21]
Easy for you but so hard for me.
__________
Raline membetulkan kedudukannya dengan berdehem perlahan. Wajah tampan Jungkook ditatapnya lama sebelum wanita itu mula bersuara.
"Kenapa nak minta maaf?"
Raline menyoal berpura-pura bingung sementara Jungkook sudah berdiri berpeluk tubuh memandang Raline dengan tatapan yang serius.
"Yelah sebab aku... sebab aku tinggalkan kau dekat tepi jalan." balas Jungkook selamba. Raline mula mencebik masih merajuk dengan tindakan lelaki itu.
"Em kalau macam tu tak naklah maafkan." ucap Raline memalingkan pandangannya ke luar tingkap. Bangunan dan langit lebih menarik perhatiannya.
"Kenapa pula? Ke kau sengaja nak play victim, sebab nak perangkap aku." tebak Jungkook langsung tidak rasa bersalah.
"Apa yang awak cuba cakap ya? Kalau saya play victim takdenya luka-luka ni tahu tak? Dah buat salah tak nak mengaku pula." balas Raline dengan bengang.
"Aku dah minta maaf kan? Kau nak apa lagi?" soal Jungkook sepertinya wanita itu sudah mula mencabar kesabarannya.
"Maaf awak tu tak cukup ikhlas." balas Raline tanpa berkias.
Jungkook meraup mukanya sebelum dia menunduk separas dengan gadis itu. Mata tajamnya cuba menatap setiap inci wajah Raline.
"Kau tahu ke aku ikhlas ke tak? Memandai je." ujar Jungkook sebelum berdiri tegak semula.
"Kalau awak nak saya maafkan awak kan... bagi saya kahwin dengan awak." ujar Raline tanpa malu. Kali ini dia membetulkan kedudukan betul-betul menghadap Jungkook yang berada dihadapannya.
Terlihat kerutan diwajah Jungkook selepas mendengar apa yang disampaikan Raline. Memang betul tak masuk akal.
"Benda apa yang kau cuba buat ni? Kalau tak nak maafkan tak payah maafkan. Dosa kau lagi banyaklah dari aku." ucap lelaki itu tak lupa menjeling.
"Kalau macam tu kita sama-samalah merangkak minta maaf masa lepas mati nanti. Saya okay je." Raline menjawab dengan mempamerkan sengihan kerang busuk.
"Ish kenapa terdesak sangat kau ni ha? Dalam keadaan macam ni pun masih nak minta macam-macam." soal Jungkook masih marah.
"Tolonglah Jungkook... kalini je saya minta. Saya nak tebus semua kesalahan saya pada awak." kali ini Raline seperti sedikit serius memandang kearah lelaki itu.
"Kenapa terlalu terdesak Raline? Aku langsung tak pernah berharap untuk balik dekat kau pun. Jadi cukuplah, aku rimas." balas Jungkook sebelum berpaling.
Raline sudah termati kata.
"Hm..."
"Dah lah, kau nak maafkan ke tak nak ke aku tak kisah. Lebih baik aku balik pejabat, ada banyak lagi kerja aku nak kena buat." ujar Jungkook lagi sebelum berura mahu keluar.
"Stop!" Jerit Raline membuatkan perbuatan Jungkook terhenti. Lelaki itu berpaling menghadap Raline dengan pandangan berkerut.
"Jungkook, saya cuma nak jadi isteri awak balik je. Saya janji kalau saya tak berjaya curi hati awak, saya sendiri yang undur diri. Hm?" entah apa yang difikirkan Raline langsung tak masuk akal bagi Jungkook.
"What? Kau tak pernah fikir ke tentang hati aku, perasaan aku? Kau dah buang aku, senang-senang kau nak kutip balik. Kau ingat aku apa?!" kalini Jungkook sudah naik menggila.
Kalau dia tahu akan jadi seperti ini dia takkan beria untuk turunkan ego semata mahu menghadap wanita itu. Dia melepaskan keluhan berat tanpa merespon apa-apa.
"Saya tahu saya terlalu terdesak tapi... okay saya janji kalau saya masih tak mampu juga untuk curi hati awak, kita cerai." terang Raline lagi.
"Benda-benda macam ni memang nampak remeh eh bagi kau?" soal Jungkook lagi dengan perasaan bercampur baur lantas lelaki itu terus melangkah keluar tanpa menjawab ataupun mendengar penjelasan dari wanita itu.
"Yah! Jungkook!! Saya tak habis cakap lagi."
-•-
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro