[20]
Waiting to make me feel the same impossibility over and over again.
__________
"Kenapa boleh stuck pula? Kan kita dah bincang betul-betul ikut jadual haritu? Raline mana? Dia tak buat kerja ke?"
Soal Jungkook berkali-kali menanyakan keberadaan Raline. Tidak cukup soal malam kelmarin, hari ini pun wanita itu masih lagi berbuat masalah.
"Boss... cik Raline dah dua hari tak datang kerja." jujur Yohan memberitahu hal sebenar.
"Mwo?" berkerut dahi Jungkook.
"Haah encik Jungkook, dia takde bagitahu apa-apa pun pada saya. Saya ingat encik tahu." sambung Jery menyetujui kenyataan Yohan.
"What the hell mana perempuan ni pergi?" soal Jungkook perlahan sebelum dia kembali memandang mereka semula.
KREK-
"Yah Jungkook! Mana Raline?" soal Hyeri setelah menerjah masuk ke ruangan pejabat milik Jungkook.
"Yohan, Jery awak keluar dulu." arah Jungkook lembut. Seusai sahaja mereka berdua keluar Jungkook kembali memandang Hyeri dengan riak keliru.
"Raline? Manalah aku nak tahu."
Jujur Jungkook. Yelah sejak malam kelmarin selepas dia meninggalkan Raline di tepi jalan, kelibat wanita gedik itu langsung tidak kelihatan untuk mengganggunya lagi.
"Dah dua hari dia tak balik rumah tau. Last dia kata dia tumpang kau naik kereta. Mana kau sorokkan kawan aku ha?" jelas Hyeri membuatkan Jungkook tergamam.
"Dia tak balik lagi? Takkanlah..." ujar Jungkook masih tertanya.
"Takkanlah apa? Kau jangan macam-macam eh Jungkook? Aku risau ni." tempik Hyeri dengan sedikit geram.
Drtt... drtt..
Deringan telefon pintar milik Hyeri berbunyi memandangkan ada panggilan masuk. Matanya tertancap ke arah skrin, ianya nombor Raline yang menghubunginya. Dengan cepat dia menggeser butang hijau ke tepi dan telefon dilekapkan di telinga.
"Hello? Yah! Raline kau dekat mana?" soal Hyeri sudah kerisauan.
"Hospital? Kau tunggu aku datang." sambungnya lagi tidak percaya.
"Hospital...?" Jungkook pun ikut menyoal. Jelingan maut Hyeri pamerkan pada Jungkook.
"Raline dekat hospital?" soal Jungkook lagi.
"Kenapa tanya aku? Bukan kau ke yang sepatutnya bawa dia balik malam tu? Aku minta maaflah kalau perbuatan Raline buat kau tak selesa tapi kau tak patut buat dia macam tu.
Kalau jadi apa-apa pada Raline, kau hutang aku nyawa tau. Dah cepat hantar aku pergi sana sekarang." balas Hyeri sebelum meminta Jungkook menghantarnya ke hospital di mana Raline ditempatkan.
"O-Okay." akur Jungkook seraya hanya membuntuti langkah Hyeri tanpa sebarang protes.
---
Cepat sahaja Hyeri berjalan ke arah wad yang menempatkan Raline. Katil yang diduduki Raline segera dituju.
Kelihatan gadis itu baru sahaja selesai menjamu selera dan makan ubat.
"Macam mana boleh jadi macam ni? Raline kau cakap kau tumpang Jungkook balik tapi asal kau dekat sini. Dua hari aku cari kau tau." tanpa menunggu waktu lama cepat sahaja Hyeri menyoal. Risau akan keadaan rakannya itu.
"Aku okaylah." balas Raline ringkas. Sempat juga dia menjeling figura Jungkook yang sedang berdiri di hadapan katilnya.
"Okay apanya sampai siku berdarah ni. Luka kat muka. Kau tengok ni Jungkook." balas Hyeri lagi. Kesan luka yang jelas ternampak itu disentuh lembut oleh Hyeri.
Jungkook seperti sudah rasa bersalah. Wajah Raline yang sedikit pucat itu ditatapnya lama.
"Aku okaylah... em kenapa kau bawak dia?" soal Raline berbaur malas.
"Oh... aku saja je nak suruh dia minta maaf dekat kau. Elak aku bagi penampar je dekat dia tadi, nasib kau baik-baik je." jujur Hyeri dengan sikap tegasnya.
"Raline... kan aku dah cakap kalau orang dah tak suka tu janganlah masih berdegil lagi. Tengok dah jadi macam ni. Buat aku bertambah risau tahu tak?" sambung Hyeri sambil menepuk-nepuk bahu kawannya itu.
"Sorry... em kau suruh jelah dia balik." balas Raline memberi arahan.
"Ha?" soal Hyeri tak percaya.
"Suruh Encik Jungkook kau tu balik." Raline mengulang kembali perkataan yang baru sahaja diucapnya.
"Tanpa perlu minta maaf dekat kau?" soal Hyeri.
"Aku tak kisahlah maaf dari dia. Lagipun aku banyak buat salah dekat dia so inilah balasan pada aku." balas Raline sebelum menyandarkan dirinya di kepala katil.
"Jungkook... baliklah. Sorry sebab menyusahkan awak selama ni." ujar Raline dengan memandang pada Jungkook. Tapi kalini dengan pandangan yang sedikit berbeza.
"Raline..." sapa Jungkook.
"Okay kalau macam tu korang bincanglah dulu, aku nak pergi kafe jap. Nanti aku datang balik. Bye."
Pamit Hyeri memandangkan sekarang ini sepertinya pasangan yang sudah dua tahun berpisah itu memerlukan perbincangan secara privasi.
Seusai kelibat Hyeri sudah tidak kelihatan, Raline memandang semula pada wajah kacak milik Jungkook dengan hati yang tertanya-tanya.
"Raline... A-Aku nak minta maaf."
-•-
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro