[2]
[Forever want you.]
________
Fail projek yang berada dihadapannya diselak-selak. Pandangannya kini beralih ke Raline yang berada disebelahnya.
Tersengih-sengihlah Raline tatkala tatapan magic seksi bekas suami bertentangan dengan mata bundar wanita itu.
"Cik Raline, macam mana dengan projek merekrut model-model yang kita bincang haritu?" soal Jungkook dengan wajah yang tak berperasaan. Habis terbantut lamunanku.
"Semuanya saya dah aturkan dan Isnin ni kita akan mula dengan sesi yang pertama." jawab Raline sambil menompang dagu membalas tatapan hangat milik lelaki itu.
Satu bilik mesyuarat tengah hangat bergosip akan adegan panas yang Raline sedang bina ini.
Eyyo come on everyone, I nak goda bekas sendiri ni. Why not?
"Baiklah nanti kalau ada apa-apa yang perlu terus maklumkan kepada Cha Eunwoo. Sebab dia yang incharge. Arraso?"
Ujar Jungkook lagi dengan mengalihkan pandangannya yang tadinya ke wanita itu dan sekarang ke arah Eunwoo yang berada di sebelah kirinya.
What?!
"No! Jungkook bukan awak ke yang incharge program tu? Kenapa Eunwoo pulak?" soal Raline menggelabah seraya tangan gatalnya memegang belakang tapak tangan Jungkook.
Naik memerah wajah lelaki itu apabila tindakan drastik tak malu wanita itu di hadapan staf lain.
Makin panaslah topik bergosip untuk hari ini.
"Tak boleh! Aku... I mean saya ada program lain yang perlu dipantau." terang Jungkook seolah mahu mengelak.
Nak kena awak ni Jungkook!
"Baiklah kita tangguhkan mesyuarat kita pada hari ini. Semua boleh bersurai." cepat sahaja Jungkook memberi kata putus untuk tangguhkan mesyuarat.
Dia bingkas bangun dan mengemaskan fail-fail serta dokumen lalu mengangkat kaki keluar.
Heh nak lari dari akulah tu?
Belum sempat dia melangkah lebih jauh tangannya sempat ditarik oleh Raline dan membuatkan dia terpaling.
Terdapat beberapa staf yang masih belum keluar sempat melihat adegan ini. Deg!
"Jungkook! Wait-" jerit Raline tak lepas dari memegang lengan baju milik Jungkook. Lelaki itu menarik nafas dalam dan meraup sebentar mukanya.
"Nak apa lagi Raline? Tak serik pasal semalam. Lepastu harini buat malu lagi." soal Jungkook tak lupa akan kelmarin.
"Ani. Tak serik pun. Saya takkan serik selagi tak dapat awak semula." wanita itu bersuara selamba berpeluk tubuh.
Jari gediknya sempat bermain-main di dada bidang milik Jungkook yang beralaskan kemeja ungu.
Naik kembang kempis hidung Jungkook bila bercakap dengan sejenis wanita macam ni. Tambah-tambah dengan tindakan wanita itu saat ini.
Jungkook membalas tatapan mata dengan wanita dihadapannya itu. Tapi kalini wajah Raline cuba merapat ke arah wajahnya.
"Tch, dalam mimpilah." belum sempat bibir mungil Raline mahu menyapa kulit muka Jungkook. Laju saja jari Jungkook menunjal dahi wanita dihadapannya.
Terus terdorong Raline ke belakang serta tautan pada tubuh Jungkook terlepas.
"Auch! Yahh Jungkook!" dia merengus geram tatkala duda beku tu sudah lari meninggalkan dia terkedek-kedek berjalan.
-•-
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro