[18]
[I can't believe you would even think to leave me like this.]
___________
"Jungkook." panggil Raline seraya berhenti dihadapan Jungkook. Jungkook yang perasan akan dirinya dipanggil pun berhenti.
"Kenapa awak tak datang semalam?" soal Raline sempat menahan tubuh Jungkook dari membuat sebarang pergerakan.
Jungkook mengeluh kecil, mengerutkan kening seraya memandang tepat pada mata gadis itu.
"Kenapa? Ada aku cakap aku nak pergi ke?" selamba Jungkook menjawab dengan sinisnya.
"Memanglah takde, tapi kan saya suruh awak datang. Susah sangat ke nak ajak makan?" soal Raline lagi sambil mencebik geram.
Kalau nak menang perhatian Jungkook ni memang kena banyak bersabar.
"Aku dah cakap aku busy, kau ni memang tak faham bahasa eh? Dah pergi buat kerja sana. Sibuk je." ucap Jungkook meneruskan langkah, sempat dia melanggar bahu wanita itu.
"Ish... menyakitkan hati betul. Susah sangat ke nak ajak makan? Erghhh!!!" geram Raline dengan kerenah Jungkook yang sememangnya susah untuk dibawa bincang.
Dia menghentakkan kaki lalu beredar dari situ.
Hampir beberapa kali Raline menghidupkan keretanya namun hasilnya tetap sama. Setahu dia tidak pernah pula dia terlupa untuk servis setiap bulan.
"Alamak kereta rosaklah pulak. Ishh! Time macam ni lah kau nak buat hal." bengang Raline sambil mengetuk stereng keretanya.
Beberapa minit kemudian kereta mewah milik Jungkook sedang melintasi di hadapan tempat Raline memarkirkan keretanya.
Ting!
"Aha!"
Satu idea laju terlintas di dalam benak fikirannya.
"Jungkook, jungkook jungkook. Stop!" gigih Raline mendepakan tangannya dan berdiri betul-betul dihadapan kereta mewah milik Jungkook. Nasib lelaki itu sempat berhenti.
"Apa lagi minah ni." omel Jungkook dari dalam kereta.
Raline dengan selamba mengetuk tingkap kereta menyuruh lelaki itu menurunkan sedikit. Jungkook hanya melayan.
"Hm?"
"Jungkook... harini ni I nak tumpang kereta you boleh?" soal Raline sambil membuat reaksi manja.
"Hah, where is your car?" Jungkook tidak menjawab.
"Kebetulan kereta saya tu memahami betul ehe dia rosak." jawab Raline dengan tersengih kambing.
Bagus juga keretanya rosak, dapatlah dia menggunakan kesempatan yang ada.
"Naik teksi." ucap Jungkook ringkas.
"No Jungkook!"
"Bahayalah wanita macam saya nak balik naik teksi malam-malam." sambung Raline lagi sambil mencebik.
"So?"
"Ehe boleh eh thank you." dengan selamba badaknyalah seorang Raline membuka pintu dan masuk ke dalam perut kereta Jungkook.
Senyuman masih tidak lekang dilemparkan, Jungkook hanya menjeling lalu meneruskan pemanduan.
"Rumah kau kat mana?" selepas beberapa minit mereka berdiam diri memandangkan Raline hanya fokus pada telefon pintarnya.
"Rumah saya jauh... jauh tersudut dalam hati awak. Ciehhh..." Raline tergelak memandang Jungkook yang sudah berkerut.
Bengang lelaki itu dengan 'pickupline' tidak menjadi dari Raline. Lawak bodoh!
"Wekkk! Nak muntah aku dengar." balas Jungkook sambil membuat gaya loya.
"Jungkook... awak ni savagelah. Takpe awak drive je sampai mana-mana." ucap Raline lagi masih tidak serius.
"Jangan main-main boleh? Aku nak balik rumah aku ni." tegas Jungkook sekilas memandang Raline yang sudah tersenyum menatap wajahnya tanpa berkelip.
"Kalau macam tu saya tumpang rumah awak jelah. Senang cerita- arkhh!"
Ucap Raline sambil bermain dengan lengan Jungkook sebelum wanita itu tertolak ke depan kerana Jungkook memberhentikan keretanya secara tiba-tiba.
Perempuan ni memang dah melampau.
"Bwoya?" soal Raline membetulkan kedudukannya. Wajah bengis Jungkook dipandang.
"Get out." pinta Jungkook sebelum keluar ke tempat Raline.
"Eh agak-agaklah stop kat sini. Dah malam Jung-" bicara Raline terpotong tatkala Jungkook menarik kasar tangannya membuatkan Raline keluar dari kereta tersebut.
"I said get out!" jerkah Jungkook dengan marah. Jelas kelihatan wajahnya memerah menahan geram. Elak kena lempang sahaja wanita ini.
"Tak nak! Dah malam." jerit Raline memprotes. Bengang juga perangai Jungkook yang tidak boleh di ajak bergurau.
BUKK!
Dengan kasar Jungkook menolak tubuh wanita itu sehingga terjatuh di atas jalan raya.
"Arkh- apa ni Jungkook?" soal Raline yang sudah memegang perutnya.
"Ini balasan untuk perempuan macam kau." ucap Jungkook melepaskan geramnya.
"Jungkook jangan tinggal saya..." rayu Raline namun tidak diendahkan Jungkook malah lelaki itu terus memasuki perut kereta.
"Serve your right." ucap Jungkook sebelum menekan minyak meninggalkan Raline berseorangan di tepi jalan.
-•-
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro