[17]
[For you, I'm nothing at all.]
__________
Seusai Jungkook memantau semua pergerakan staf-stafnya, dia mengambil peluang untuk ke pantri bagi membasahkan tekak kerana seharian sibuk.
Jimin yang baru sahaja keluar dari pejabatnya, laju sahaja mendapatkan Jungkook yang tidak jauh darinya.
"Jungkook, kita lunch lambat sikit boleh?" soal Jimin dengan riak kerisauan.
"Kenapa?" soal Jungkook tanpa menjawab pertanyaan kawannya.
"Baru tadi klien kita dari Busan sampai, aku lupa dia tukar tarikh meeting. Nak tak nak kita kena pergi meeting dengan diorang. Masa lunch ni." terang Jimin.
"Okaylah kalau macam tu proceed je. Kejap aku ambil fail kat bilik aku." tanpa berfikir Jungkook dengan laju menyetujui.
Kalau hal berkaitan kerja memang tidak pernahlah menerima sisi negatif dari Jungkook. Lelaki itu sememangnya workaholic."
"Okay bro, thank you." senyum Jimin sambil menepuk lembut bahu lelaki itu.
Tanpa membuang masa Jungkook dengan segera memasuki ruang pejabatnya untuk mengambil beberapa fail yang diperlukan.
"Mana pula phone aku ni?" soalnya sambil mencari-cari telefon pintarnya di bawah timbunan fail.
Gagal menjumpai, dia beralih mencari telefon pintarnya di kocek blazernya, namun sesuatu lain yang dijumpai.
Balwyo Restaurant, 12.30pm - Table 7
Sehelai nota yang tertulis nama restoran yang diberitahu Raline untuk makan tengahari bersamanya.
"Ah biarlah. Aku tak cakap pun aku nak join dia lunch." selamba Jungkook sebelum merenyukkan nota tersebut dan membalingnya tepat masuk ke dalam bakul sampah.
Sudah hampir 1 jam Raline menunggu kehadiran Jungkook namun kelibat lelaki itu langsung tidak kelihatan.
Dari awal lagi gerak hatinya mengatakan yang Jungkook akan datang. Ternyata ia tepat. Jungkook masih tidak menerima Raline dalam hidupnya bahkan menganggap wanita itu seperti tiada.
Keluhan berat sesekali dilepaskan Raline sambil melirik ke arah jam ditangannya.
"Cik dah lebih tiga puluh minit ni? Cik masih tak nak order." soal salah seorang pekerja restoran tersebut.
Raline hanya memandang ke arah pekerja tersebut sebelum membuka menu.
"Takpelah, kalau macam tu bagi saya Extra Spicy Chicken Noodles and Cola." pesan Ralien lalu menghulurkan menu.
"Okay baiklah."
Keluhan berat sesekali Raline lepaskan sebelum membuang pandangannya melihat salji yang sudah mula turun.
Cuaca hangat mula bertukar dingin memandangkan kota Korea sedang mengalami musim sejuk. Tapi kedinginan itu tidak mampu menandingi sedingin sekerasnya hati Jungkook.
"Saya ni tak berhak ke dapat perhatian awak Jungkook? Kemaafan awak?" ucap Raline menahan perasaannya.
"Raline you can do it!"
Ucap Raline lagi dengan memberikan sedikit semangat pada dirinya.
-•-
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro