Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

[14]

[Even for afterlife, I will still wait for you.]

__________

Sedang Raline mahu menuju ke tandas, kegiatannya terbantut tatkala kelibat Eunmi baru sahaja keluar dari bilik Jungkook.

Dengan idea yang tiba-tiba muncul seperti mentol terkeluar, dia dengan lajunya menahan Eunmi.

"Excuse me?"

Soal Raline dengan berdiri di hadapan gadis itu. Dia sempat menahan lengan kecil Eunmi.

Eunmi yang terkejut dengan tindakan drastik Raline hanya terdiam. Sempat juga dia menelan air liur kerana gugup berhadapan dengan wanita yang sedang menjadi bualan hangat syarikat abang sepupunya itu.

"Y-ya saya. Raline unnie?" Terkemut-kemut Eunmi mahu menjawab pertanyaan wanita yang sedikit tinggi darinya itu.

"Yes, I think you know me?" soal Raline dengan senyuman tidak lekang dibibir.

"Kenal. Unnie bekas isteri oppa Jungkook kan?" jawab Eunmi dengan tenang. Dia berasa sedikit selesa dengan kehadiran Raline.

Tidaklah seperti yang dikhabarkan staf-staf pejabat akan diri Raline yang sedikit menjengkelkan itu. Baginya Raline masih boleh dikawal.

"Awak tahu ya? Tapi saya tak pernah tahu pun siapa awak ni?" soal Raline lagi.

Yelah sewaktu majlis perkahwinannya dan Jungkook berlangsung, figura Eunmi langsung tidak kelihatan mahupun keluarga Jungkook tidak pernah memperkenalkan gadis itu kepadanya.

"Oh saya Eunmi, sepupu oppa Jungkook. Dulu saya menetap di Amsterdam dan tahun lepas saya baru pulang ke Korea, mungkin sebab itu unnie tak kenal saya." terang Eunmi memberitahu.

Raline hanya mengangguk tanda faham sebelum bersuara. "Oh macam tu ya, by the way nice to meet you. Kita dah pernah jumpa kan sebelum ni, cuma sekejap je." ujar Raline mahu berjabat tangan dan disambut lembut oleh Eunmi.

"Haah. Em ada apa ya unnie jumpa ni?" Eunmi tersenyum sebelum menyoal akan motif utama wanita itu datang berjumpa dengannya.

"Oh unnie datang sebab nak tanya, betul ke awak dah nak kahwin dengan Jungkook?" soal Raline tanpa berselindung lagi.

Kalau boleh dia mahu mendapatkan kepastian dari Eunmi memandang Jungkook tidak mahu memberikan kerjasama dan juga Raline langsung tidak percaya akan kata-kata Jungkook.

Lelaki itu lebih berdiam dan sememangnya berhati dingin dengannya, mana mungkin Jungkook akan bercakap jujur.

"Saya tahu ini terlalu mendesak tapi... boleh awak tolong saya?" pinta Raline dengan penuh pengharapan.

"Mwo? Tolong apa ya?" soal Eunmi dengan riak keliru namun masih mahu membantu wanita dihadapannya itu.

"Ikut saya."

Raline dengan terujanya meraih lembut tangan Eunmi lalu beredar dari situ untuk berbincang di tempat yang lebih privasi.

-•-

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro