[13]
[Tell me is a lie.]
__________
Tubuh tegap Jungkook menghiasi pemandangan Raline yang baru tiba di pejabat. Berlari anak wanita itu mendapatkannya.
"Good morning sayang!" sapa Raline sambil memeluk lengan kekar lelaki itu. Tersentak Jungkook yang sedang berbincang dengan beberapa orang staf tentang projek 32th Seoul Fashion Week yang bakal berlangsung nanti.
Staf-staf yang sudah tahu akan kehadiran Raline dan situasi yang bakal tercetus segera pamit meninggalkan mereka berdua. Jungkook mengetap rahang geram namun amarahnya masih lagi terkawal.
"Apa ni Raline? Kita dekat pejabat kan." soal Jungkook lantas menepis tangan Raline dari terus memegangnya. Dia juga berasa sangat tidak selesa dengan perangai wanita yang terlalu mendesak ini.
"I don't care. I miss you so much." jawab Raline selamba. Wajah kacak Jungkook ditatapnya khusyuk.
"Aku dah nak kahwin kau tahu kan?" tebak Jungkook menyoal, mengingatkan kembali isu perkahwinan palsunya.
Dia harap sangat supaya Raline boleh berubah untuk tidak terhegeh-hegeh akan dirinya lagi. Rimas.
"Tahu tapi I think you're just lying sebab nak avoid diri dari saya. Am I right?" ujar Raline dengan menyoal akan apa yang dia rasa. Dia rasa seperti Jungkook sedang menipunya.
"Raline, Raline. Aku pilih untuk berkahwin bukan ada kena mengena dengan kaulah." terang Jungkook.
"No, Jungkook. Ada kena mengena dengan saya. Awak tahu saya sayang awak kan? Tapi awak tetap pilih untuk berkahwin dengan Eunmi. Are you provoking me?" ujar Hyurin sebelum menyoal. Nama Eunmi disebut membuatkan Jungkook memandang matanya.
Dia mula rasa bersalah kerana melibatkan Eunmi walaupun dia tahu sememangnya dia belum bersedia untuk menunaikan permintaan neneknya.
"Raline, cukup-cukuplah mengganggu hidup aku. Aku tak perlukan kau lagi." ujar Jungkook ringkas, padat dan menharapkan Raline untuk menghadam kata-katanya itu.
Sesekali matanya sudah melihat kelibat Eunmi yang baru tiba dengan beberapa bekas makanan untuk dijamu pada tengahari nanti.
Raline hanya memerhati sahaja arah mata Jungkook itu namun dia hanya berdiam diri beberapa minit sebelum berbicara lagi.
"Jungkook listen here. I still need you and I still love you. Saya nak kahwin dengan awak balik. Awak faham tak?" ujar Raline bersungguh sebelum meraih lengan Jungkook semula.
"Masalahnya aku dah tak nak dekat kau, kau ni faham ke tak?!" bentak Jungkook menemplak geram.
Sempat tangannya menepis kembali tangan Hyurin dari memegangnya. Dia betul-betul tidak menyukai perangai Raline yang begitu menjengkelkan.
"I know you still waiting for me and I want to fix our time. Bagi saya peluang, hm?" Raline berbicara secara lembut dan jujur. Hampir sahaja menyerah kalah namun dia terpaksa mementingkan dirinya juga.
"Jangan jadi bodoh dan murahlah Raline, aku kesian tengok kau. Terlalu terdesak." terang Jungkook sebelum beredar dari situ meninggalkan Raline.
Walaupun perbualan mereka tidak begitu kuat tapi cukup buat staf-staf yang menyaksikan itu mula bercerita.
"Awak tak faham saya Jungkook." kata Raline perlahan tidak didengari sesiapa. Dia menunduk sebelum beredar dari situ.
-•-
Annyeong✌🏻
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro