[12]
[Now I have to deal with the consequences of your actions.
__________
Halmeoni Jeon Yun yang baru sahaja keluar dari dapur kerana sibuk mengemas pinggan mangkuk didapur mengatur langkah ke ruang tamu kerana perasan akan figura Jungkook.
"Kook." panggil Halmeoni Yun dari arah belakang. Kelihatan Jungkook sedang mengunyah cemilan keropok sambil menonton televisyen.
"Halmeoni.." ujar Jungkook perlahan. Dia memberi sedikit ruangan pada Halmeoni Yun untuk duduk disebelahnya. Pandangan matanya masih fokus menatap skrin kaca tv, rasa kekok masih menyelubungi diri apabila bersama dengan neneknya yang tegas itu.
"Dah makan? Balik tadi terus masuk bilik. Masih merajuk dengan halmeoni ke?" soal wanita tua itu.
Wajah Jungkook yang sedikit tenang itu ditenungnya. Halmeoni Yun dapat membaca pada air muka Jungkook yang seperti masih malas mahu bersemuka dengannya.
"Bukan macam itu halmeoni. Tadi tu Kook penat sikit. Itu yang terus naik bilik." jawab Jungkook rasional sambil meletakkan balang cemilan keropok di atas meja kopi.
"Em sampai bila nak macam ini?" soalnya cuba menarik perhatian Jungkook untuk berbual.
Kalau ada Eunmi sudah pasti wanita tua itu tidak bosan namun Eunmi tidak dapat balik ke rumahnya atas hal kerja. Itu yang Jungkook sahaja menginap semalaman di rumah wanita tua itu. Sambil-sambil itu mahu berbincang akan permintaan neneknya.
"Macam ini macam apa halmeoni?" soal Jungkook sepertinya sudah menebak apa yang ingin dikatakan neneknya. Ugh bosan!
"Macam ini lah, sampai bila nak menduda. Halmeoni ini dah semakin tua tau, nak juga tengok anak-anak kamu." jelas Halmeoni Yun tanpa berkias. Rasanya tak perlu berkias pun kalau berbincang dengan Jungkook ini.
"Tapi Kook tak bersedia lagilah halmeoni." selamba cucu lelakinya itu menjawab. Kali ini perhatiannya bukan lagi pada skrin tv tapi skrin gadget pintarnya.
"Tak bersedia atau ada hal lain yang mengganggu fikiran kamu. Kook masih berharap lagi pada perempuan tak guna itu ke?" ujar Halmeoni Yun sebelum menyoal Jungkook secara menebak.
Jungkook berpaling menghadap neneknya yang sudah berjegil mata mahu marah.
"Bukan, tak halmeoni. Itu bukan apa yang heolmoni fikirkan." jelas Jungkook menenangkan wanita tua itu. Habislah kalau dia tahu bahawa Raline telah muncul semula.
"Habis itu kenapa tak boleh terima Eunmi. Dia cantik dan baik, apa lagi tak cukup?" ujar Halmeoni sempat memuji Eunmi.
Jungkook hanya mengeluh perlahan. Tak habis-habis mahu kenenkan dia dan Eunmi yang merupakan adik sepupunya sendiri.
Dia perlahan-lahan berpusing menghadap wanita tua itu. Tangan yang semakin mengedut itu diraih lembut.
"Halmeoni bagi Kook masa please. Perkara ini terlalu cepat untuk kook. Kook tak bersedia." jelas Jungkook mahu meminta simpati neneknya, kalau boleh dia tak mahu dijodohkan pun dengan mana-mana gadis pun buat masa ini.
Dia masih trauma dan tidak percaya akan kehidupan berumah tangga selepas apa yang dia sendiri alami. Dia seorang suami yang gagal.
-•-
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro