[11]
[I have to kept my mouth shut and literally give up. Another word, move on.]
__________
Hyeri menyelinap masuk ke dalam bilik Raline untuk melihat keadaan wanita itu setelah meroyan tanpa henti.
Figura Raline yang sedang nangis teresak-esak di hadapan balkoni dihampirinya. Timbul rasa simpati dihati tapi dia sendiri pun buntu untuk memberi bantuan.
"Raline dah lah tu, dari dekat office tadi kau jadi macam ni. Ada apa sebenarnya?" soal Hyeri menanyakan hal yang sebenar.
"Hyeri... Jungkook nak kahwin." jawab Raline sambil mengesat air mata yang tak henti-henti mengalir.
"Kau biar betul? Serius?" soal Hyeri seakan tidak percaya. Lelaki itu sudah move on?
"Dia sendiri mengaku. Eunmi nama perempuan tu." ujar Raline. Hingus yang hampir mengalir disedut semula.
"Em mungkin dia dah move on. It's okaylah." Hyeri berbicara selamba tanpa memandang ke arah Raline. Bangunan tinggi dan langit malam lebih menarik perhatiannya.
"It's okay kau cakap? Habis aku ni yang tak boleh move on tau." jawab Raline memandang wajah Hyeri dengan riak ingin menangis semula.
Laju sahaja dia melabuhkan punggung di kerusi, secawan jus oren diambil dan disedut dengan rakus.
"Raline, aku tak tahu apa motif kau untuk buat semua ni. Tapi aku harap kau boleh batalkan niat kau ini. Cukuplah seksa diri kau sendiri." nasihat Hyeri kepada Raline.
Dia tahu bahawa nasihat yang diberi sememangnya bagai mencurah air ke daun keladi tapi cukuplah dia sudah mengingati wanita itu. Selebihnya Raline sendiri yang perlu berfikir.
"No, aku akan tetap dapatkan Jungkook semula. Aku nak dia sayang aku balik." bentak Raline menghempaskan cawan jus itu. Segera dia beredar masuk ke dalam, katil ditujunya.
"Terserah." ujar Hyeri perlahan sebelum keluar dari bilik wanita itu. Bila perhatikan balik perangai Raline ini sudah tidak boleh dikawal. Makin menjadi-jadi royannya.
Kalau dulu dia sangat degil tapi kali ini berlipat ganda degilnya. Sanggup dipandang hina oleh orang lain semata-mata untuk mengembalikan kepercayaan dan kasih sayang Jungkook kepadanya.
"Tak kira, aku nak juga Jungkook jadi milik aku semula. Aku tak nak menyesal selama-lamanya." ujar Raline perlahan sebelum kembali menatap pemergian Hyeri yang sudah menghilang dibalik pintu. Keluhan berat dilepaskan.
-•-
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro