Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

[1]


[ The nightmare still haunt me. ]

"Jungkook kenapa layan Raline sampai macam tu sekali?" soal Eunwoo kebingungan dengan apa yang berlaku.

"Biarlah, serve her right." jawab Jungkook puas hati. Tangan yang basah dilap menggunakan tisu. Lalu tisu dibuang ke tong sampah tepi lobi.

"Tapi bukan macam ni bro. Malu dia depan tetamu dan staf semua." sambung Eunwoo lagi. Kalini dia menghembuskan keluhan berat.

"Raline malu? Aku kenal Raline tu jenis yang brutal dan aku pasti esok mesti dia buat lagi kerja gila dia tu."

Terang Jungkook sememangnya mengetahui apa yang bakal terjadi esok hari.

"Suka hati kaulah bro, tapi kau kena ingat dia tu pun perempuan dan ada hati." Eunwoo berbicara menasihatkan rakannya.

"Cakap pasal hati an? Aku pun ada hati juga. Dia layak apa terima semua layanan kejam aku ni sebab dia tu lagi kejam dari aku." ujar Jungkook lagi.

Baginya Raline adalah yang paling kejam dan tak berhati perut. Disebabkan gadis itu dia kehilangan orang tersayang.

"Tapi benda tu semua dah lepaskan?" soal Eunwoo. Baginya takkanlah Jungkook menyimpam dendam.

"She my past but she still my nightmare." ujar Jungkook seraya menapak meninggalkan Eunwoo dibelakang.

Lelaki itu hanya berpeluk tubuh memandang pemergian Jungkook di balik pintu pejabat.

---

"Kurang asam punya Jungkook, ada ke dia pergi tumpahkan air dekat baju aku. Ish tak pasal-pasal kena tukar." bebelku. Tuala kecil yang Hyeri berikan aku lapkan dimuka.

Habis solekan over aku pagi tadi.

"Kau pun satu, tergedik-gedik dah kenapa? Ni kan majlis rasmi nanti apa pula tetamu cakap."

"Tapikan... aku mestilah goda Jungkook tu habis-habisan supaya dia datang balik pada aku."

"Raline, bukan macam ni nak pikat lelaki. Terlampau mendesak sampai malukan diri depan semua orang. You and him are over. Ingat tu." Hyeri bebel menasihatkan rakan karibnya.

"Tapi takkan dia dah tak cintakan aku Hyeri?" soal Raline keliru. Wajah polos rakannya ditatap.

"Raline, hati lelaki kalau dah hancur boleh bawa dendam tau. Kau yang mulakan benda ni dulu. Kau tak ingat?" soal Hyeri cuba mengingatkan Raline akan peristiwa buruk yang gadis itu sendiri ciptakan.

"Human can change sis. Dulu aku tak matang." selamba sahaja Raline mengutarakan ayat tersebut.

Make up remover dan kapas setia ditonyoh di muka bagi membersihkan sebelum menacap solekan yang baru.

"It's up to you Raline. Jadi apa-apa aku dah tak nak cover untuk kau. Dahlah pergi tukar baju sana. Aku nak pergi buat kerja ni. Bye." Hyeri berbicara seraya meninggalkan Raline di dalam tandas seorang diri.

Gadis itu mengeluh lemah memandang wajah kuyupnya di pantulan cermin.

"Eh eh! Ish ada member pun tak nak support. Tak kisahlah apa yang jadi akan aku pastikan Jeon Jungkook akan balik pada aku semula." ujar Raline sebelum beredar masuk ke dalam bilik persalinan yang disediakan di dalam tandas tersebut.

-•-



how about chapter one? sya nak buat watak heroin...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro