Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 8 : Pertemuan

Lima tahun yang lepas...

YUMIKO perlahan-lahan membuka mata yang terasa sangat berat itu. Entah apa yang menyebabkan badannya itu berasa sangat sakit dan lenguh, namun tetap digagahkan jua untuk bangun dari baringnya. Walaupun agak payah, dia cuba mencari tempat untuknya bersandar.

Setelah badannya disandarkan ke sebuah pokok, matanya pun bergerak, melilau ke sekeliling.

Gelap.

Hanya pokok-pokok sahaja yang kelihatan ditemani dengan bunyi-bunyi cengkerik. Seram sejuk pula dia rasa! Tidak lama kemudian, baru Yumiko teringat semula apa sebenarnya yang telah berlaku tadi. Automatik, dia pun terus melihat perutnya sendiri seraya meraba-raba.

"Perut... aku," katanya dengan mata yang terbeliak.

Alangkah terkejutnya Yumiko melihat keadaan perutnya saat itu. Dia seakan-akan tidak percaya! Kenapa? Kerana perutnya itu tidak meninggalkan sebarang luka! Ia mustahil!

Sedangkan yang dia ingat, baru sahaja tadi dia melihat perutnya itu telah hancur lebur semasa melahirkan 'sesuatu'. Bukankah sepatutnya dia sekarang sudah mati?

Dan di manakah tempat dia duduk sekarang ini? Apa yang berlaku sebenarnya? Berbakul-bakul soalan yang berlegar di kotak minda Yumiko.

Tiba-tiba...

"Ibu," panggil seseorang. Mata Yumiko membuntang.

Ibu?

Suaranya yang kedengaran agak menyeramkan itu menyebabkan Yumiko ragu-ragu untuk berpaling ke belakang. Bibirnya diketap kerana menahan ketakutan.

Tidak lama kemudian, muncul seekor monster bersayap dari arah sisinya. Monster itu tiba-tiba menghulurkan kedua tapak tangannya yang berbulu dan berkuku tajam itu kepada Yumiko. Ya, dia sedang menakungkan air untuk Yumiko minum.

Dek kerana terkejut dan takut, dengan spontan Yumiko pun menjerit seraya menendang tangan yang menjijikkan itu sehingga menyebabkan air tersebut tumpah ke tanah. Yumiko menutup wajahnya sambil mengengsot ke belakang.

"Pergi! Jangan ganggu aku!" halaunya sambil menangis ketakutan. Tangannya menggigil.

Melihat reaksi daripada ibunya itu, monster tersebut hanya mampu tersenyum pahit. Dia tahu, dengan keadaan fizikalnya yang menyeramkan itu sudah pasti akan menakutkan siapa saja yang melihatnya. Memang tidak hairanlah kalau ibunya menjerit begitu.

Monster itu pun tidak banyak bicara, lalu pergi ke sungai untuk menakung air semula.
Kemudian, air itu dihulurkan lagi kepada ibunya untuk diminum. Jika diamati dengan lebih mendalam, monster itu kelihatannya seperti tidak berbahaya. Just look how he treats his mother.

Dia sangat baik!

"Minum," ujar monster itu. Dia tahu, ibunya pasti kehausan.

Diam. Tiada respon.

Walaupun takut, sebenarnya hati Yumiko juga dipaut dengan rasa tertanya-tanya. Yumiko yakin, dia pasti tidak salah dengar! Memang jelas bahawa makhluk itu tadi telah memanggilnya dengan panggilan itu.

'Kenapa dia panggil aku ibu? Adakah dia ni... yang aku lahirkan tadi? Jadi...' monolognya seraya perlahan-lahan memusingkan wajah, menghadap anaknya yang setia menanti di sisi.

"Ib--ibu?" soal Yumiko dengan nada yang tersekat. Sebagai jawapan, monster itu pun sekadar mengangguk seraya tersenyum. Entah kenapa, mata Yumiko tiba-tiba berkaca setelah mendengar jawapan itu. Anaknya itu dipandang dari atas sampai ke bawah.

"Kenapa..."

Yumiko tidak dapat menghabiskan soalannya. Wajah serta tubuh anaknya itu disentuh, seakan-akan tidak percaya. Kenapa fizikal anaknya seperti ini?

Sekali pandang, anaknya itu kelihatan seperti makhluk mitos bernama Harpy. Bentuk wajah dan badannya sama saja seperti manusia, namun disebabkan bulu-bulu, sayap, serta kuku tangan dan kakinya yang tajam itu membuatkannya seolah-olah seperti burung.

Tidak lupa juga dengan matanya yang sepenuhnya berwarna hitam.

"Ibu tak takut?" tanya monster itu, sayu saja kedengarannya.

Yumiko cepat-cepat menggeleng. Dek kerana terharu, monster itu terus menitiskan air mata tanpa dia sedar. Dia pun menumpahkan air yang ditakungnya tadi ke tanah seraya memeluk ibunya, erat.

Dialah anak, yang diharapkan.

"Apa yang dah jadi? Kenapa ibu masih hidup, nak? Bukan ke sepatutnya ibu dah mati? Ceritakan kat ibu," tanya Yumiko setelah mereka meleraikan pelukan.

Tanpa melengahkan masa, monster itu pun menceritakan apa sebenarnya yang terjadi kepada ibunya dari A sampai Z.

To be continued...

•••

By the way kalau korang tak faham, bab ni sebenarnya kira macam flashback lah. Dia sambungan kepada prolog. Kalau korang perasan kan prolog tu nampak tergantung, betul tak? Ha ni lah sambungan dia. ^ω^

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro