Bab 11 : Risau
“Saya dah balik!”
Takahiro masuk seraya melepaskan kasutnya dengan kemas. Dengan langkah yang lemah gemalai, Takahiro pergi ke ruang tamu sebelum dia melangkahkan kaki ke bilik. Wajahnya kelihatan muram saja selepas ia pulang dari rumah Yumiko a.k.a jirannya itu. Mana tidaknya?
Cuba kau bayangkan...
Kawan kau tiba-tiba hilang. Cari punya cari, rupanya-rupanya dia dah bunuh diri dan kau pun tak tahu kenapa.
Lepas itu kau pun baru tahu rupa-rupanya crush kau itu bukan manusia biasa. Dia adalah monster, yang dah makan mayat kawan kau!
Ditambah lagi dengan syak ke atas kakak kandung kau sendiri yang mengatakan bahawa dia juga merupakan monster. Cuba bagitahu...
Siapa yang rasa tak gila, bila kau tahu perkara-perkara tak masuk dek akal ni dalam masa yang sama? Mestilah kepala rasa macam nak pecah kan?
Begitulah apa yang dirasakan oleh Takahiro sekarang ini!
Tiba-tiba...
“Haa kenapa lambat?” tanya si ibu yang sedang melipat baju di ruang tamu itu. Automatik si ayah pun menumpukan mata ke arah Takahiro yang masih tercegat di bahagian tangga.
“Err...”
Takahiro kehilangan kata-kata sejenak. Dalam kepalanya dia berfikir, adakah dia perlu memberitahu keluarganya berkenaan dengan 'kehilangan' temannya, Sachihiro? Patutkah? Dahi Takahiro berkerut memikirkannya. Akhirnya dia pun menetapkan keputusan.
Takahiro pergi ke sofa lalu duduk bersebelahan dengan ayahnya. Beg galasnya diletakkan ke tepi. Helaan nafas dihembuskan sebelum berkata.
“Hiro pergi ke balai polis.”
Kedua ibu bapanya memberikan reaksi terkejut, terutama sekali ibunya! Tangannya yang sedari tadi melipat baju itu pun tiba-tiba berhenti seraya menjegil ke arah anak lelakinya itu.
“Balai polis? Apa yang Hiro dah buat? Sejak bila anak mama ni dah pandai buat perangai? Cakap!”
Suara si ibu tiba-tiba meninggi seoktaf. Nampaknya Puan Himari sudah salah faham dengan pernyataan anaknya itu.
“Bukan, ma!”
Dek kerana tangan Puan Himari itu sudah bersedia dengan sebatang hanger, Encik Yamamura pun cepat-cepat menghalang tindakan isterinya. Haishh tak sabar menyabar betullah bini aku ni!
“Hey, Hiro belum habis cerita lagilah,” tegurnya seraya cepat-cepat mengambil hanger itu dari tangan isterinya. Puan Himari pun tidak membalas apa-apa memandangkan dia sendiri pun baru sedar dengan silapnya.
Tidak mungkinlah anak sebaik Takahiro itu melakukan perkara yang bukan-bukan. Betul tak?
“Haa apa lagi? Ceritalah apa yang jadi,” ujar si ayah memandangkan anaknya itu masih diam membatu.
“Er... Kawan Hiro, yang Sachihiro itu. Dia hilang,”
“Hah?"
Kedua ibu bapanya membuntangkan mata.
“Macam mana boleh hilang?" soal si ayah.
“Itulah sebab Hiro teman ayah Sachihiro buat report dekat polis tadi. Dia tiba-tiba hilang, tak tahu pergi mana.”
“Jangan-jangan...”
Ayat Puan Himari tergantung di situ. Kedua ibu bapanya saling berpandangan antara satu sama lain. Mereka berdua membuat andaian bahawa kemungkinan Sachihiro itu telah menjadi mangsa kehilangan misteri itu!
"Kasihannya,” ujar mereka yang bersimpati atas kehilangan tersebut. Tiba-tiba...
“Hiro,” panggil si ayah seraya memegang tangan anaknya itu. Hanya dengan tatapan mata ayahnya itu, ia telah cukup membuktikan bahawa dia sangat risau dengan keselamatan anaknya sendiri.
Ibu bapa mana yang tidak risau?
“Janji dengan papa, Hiro jaga diri baik-baik ya. Papa dengan mama dah mula betul-betul risau ni. Kalau boleh lepas ni, Hiro jangan selalu keluar rumah,” nasihatnya.
“Betul tu, nak. Sedangkan papa kamu pun dah risau apatah lagi mama ni!” sambung ibunya pula. Melihat kegundahan yang terlukis di wajah mereka berdua, Takahiro tidak dapat mengatakan apa-apa.
Takahiro hanya mampu sekadar mengangguk.
Tidak lama selepas itu, kedua ibu bapanya ada bertanyakan mengenai nombor telefon ayah Sachihiro untuk menghubunginya sebagai tanda prihatin. Namun sayang saja, Takahiro tidak mempunyainya.
Tiba-tiba...
“Eh, mana adik?” tanya Takahiro tiba-tiba memandangkan sedari tadi sudah kelibat adiknya yang comel lagikan gemuk itu tidak kelihatan. Tiba-tiba pula si abang itu rindu hendak bermain dengan adiknya.
“Ada je dekat dapur tu. Tengah makan dengan kakak kamu,” jawab ibunya. Tak semena-mena mata Takahiro terbeliak, sedikit.
Kakak?
Tiba-tiba, Takahiro teringat semula kata-kata Yumiko tadi. Kenyataan itu seakan-akan menghantui fikirannya!
'This girl... She's a bad monster. She eats human!'
Takahiro pun cepat-cepat pergi ke dapur untuk memastikan bagaimana keadaan adiknya itu. Walaupun syaknya belum mencapai seratus peratus, tetapi Takahiro masih tetap risau.
Jadi sebelum apa-apa berlaku, dia harus bertindak awal!
Apabila Takahiro semakin dekat dengan dapur, dia tiba-tiba terdengar rengekan adiknya yang hanya dapat didengari di kawasan itu. Tanpa berlengah lagi, Takahiro pun berlari anak menuju ke situ.
Berdebar Takahiro dibuatnya!
“Adik!”
Takahiro pun terus mengangkat tubuh adiknya itu dari kerusi, menjauhi kakaknya.
Aimi memandang Takahiro itu dengan pandangan yang hairan. Belum sempat lagi Aimi itu hendak menyuap adiknya, tiba-tiba pula si Hiro ini gelabah tak tentu pasal.
“Kau dah kenapa?” tanya Aimi dengan sebelah keningnya yang terangkat.
“Kenapa adik menangis? Apa yang kakak buat dekat adik?” tanya Takahiro sambil menenangkan adik bongsunya yang masih menangis. Matanya dijegilkan.
“Aik? Macam tak biasa je. Adik kan memang tak suka makan makanan yang bersayur, tak hairanlah kalau dia menangis macam ni. Tak, apahal dengan kau ni?”
Mendengar kata-kata dari kakaknya itu, Takahiro pun jadi terdiam seketika. Betul juga apa yang kakak dia cakap itu. Adik mereka memang tak berapa suka makan sayur. Kenapa Takahiro tiba-tiba terlupa akan hal itu?
'Aaargh! Aku tak sengaja!' Takahiro memarahi dirinya sendiri dalam hati.
“Letak adik kat kerusi balik sekarang!” arah Aimi dengan tegas.
Takahiro pun dengan kalut meletakkan adiknya semula ke kerusi seraya meminta maaf kepada kakaknya. Sumpah, dia memang betul-betul tak sengaja!
“Ish peliklah kau ni. Dah pergi balik sana. Sudahlah balik pun lambat!” bebel Aimi lagi apabila adik bongsunya sudah kembali ke kerusi semula. Si adik itu pula tak henti-henti menangis. Bukannya nak reda, makin menjadi-jadi adalah!
'Ni semua Hiro punya pasallah ni!' detusnya.
“Sorrylah, kak... Alaa,”
Berkali-kali Takahiro cuba memujuk kakaknya. Tidak cukup dengan ucapan maaf, bahu kakaknya pula disentuh untuk membodek. Tak selalu tengok Takahiro jadi manja macam ni!
Dek kerana terlampau rimas, Aimi pun memukul tangan Takahiro yang asyik-asyik mencuit bahunya itu.
“Iya iya! Kau ni kan... Kalau aku tak cakap ya, selagi tu lah kau ter- sorry sorry sampai kiamat,” ujar Aimi sambil memandang Takahiro tajam.
“Yeay,” sorak Takahiro. Nampak sangat dibuat-buat kat situ. Kemudian dia pun cepat-cepat beredar pergi untuk tidak mengganggu mood kakaknya lagi. Apabila kelibat Takahiro sudah tidak kelihatan di situ, Aimi merengus geram.
Geram kerana merasakan dirinya terancam. Kenapa pula dia merasakan begitu?
Hanya dia sahaja yang tahu.
To be continued...
•••••
Mari kita ber...
HAAAAAAAAA : D ayoo tak tau tak tau
¯\_(ツ)_/¯
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro