Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 3 : Misteri tiga tahun

Keesokan paginya...

"Selamat pagi!" ucap Takahiro sambil menuruni anak tangga. Kelihatan ibu, ayah, kakak dan juga adiknya sudah berada di meja makan sambil menikmati sarapan masing-masing. Memang begitulah rutian setiap keluarga di pagi hari.

"Selamat pagi," sahut mereka.

Setelah berada di meja makan, si ibu pun menghulurkan bubur ayam yang disediakannya. Pada pagi itu, sarapan mereka ditemani suara radio yang sengaja dipasang di ruang dapur.

"Awak memang dari dulu lagi suka dengar radio kat dapur, ya?"

Sempat lagi Encik Yamamura mengusik isterinya. Si isteri pula hanya mampu tergelak mendengar kata-kata suaminya itu. Manakala anak-anaknya pula hanya tersenyum sambil memandang ke arah ibu bapa mereka silih berganti.

"Biasalah. Saya kan banyak luangkan masa kat dapur. Jadi saya pasanglah radio kat sini, dengar lagu sambil masak. Kan best tu!"

Tidak lama selepas lagu habis dimainkan, segmen radio pun berubah kepada berita pagi. Tepat pada pukul tujuh pagi.

"Selamat pagi. Bersama saya, Satou Ichiro, melaporkan untuk Berita Pagi. Tiga tahun sudah berlalu sejak Jepun dilanda dengan kehilangan misteri penduduk. Dengan ini, statistik menunjukkan kadar kehilangan telah meningkat dari tahun ke tahun. Pada tahun ini, seramai 30 orang penduduk yang hilang dilaporkan. Menurut Ketua Polis Negara, Fujin Akio, 38 tahun, pihak polis telah..."

"Aahh... Bosanlah dengar berita pasal ni tiap hari. Polis macam tak buat kerja je," sampuk Aimi tiba-tiba. Lantas mata mereka semua pun tertumpu ke arah gadis itu.

"Aimi..." panggil Puan Himari dengan meleret. Kedua kening Aimi pun terangkat kerana hairan dengan panggilan ibunya itu.

"Kenapa? Betullah apa Aimi cakap. Benda ni tiga tahun dah berterusan, tapi sikit pun tak ada enhancement. Kan nampak sangat kat situ," tegas Aimi tanpa segan-silu. Sesudu bubur kemudian disuapkan ke dalam mulutnya.

Mendengar hujah daripada anak sulungnya itu membuatkan Encik Yamamura menghela nafas seketika. Spekulasi yang diutarakannya itu mungkin ada benarnya, tetapi bagi Encik Yamamura, mereka sebagai pihak yang dilindungi tidak sepatutnya berkata begitu sesuka hati.

Itu terlalu kasar dan biadap.

"Aimi... Kita tak tahu setakat mana usaha polis untuk selesaikan masalah ni. Mungkin mereka dah betul-betul usaha, tapi penjahat tu licik. Jadi kita tak ada pilihan lain selain meringankan sedikit beban mereka. Macam mana? Dengan jaga keselamatan diri. Faham?"

Encik Yamamura menasihati anak perempuannya itu dengan lembut sekali. Sebagai ayah yang bertanggungjawab, menasihati memang salah satu amanah buat mereka. Bak kata pepatah, bagaimana acuan begitulah kuihnya.

"Hmm ya lah."

Akhirnya, Aimi hanya menurut saja kata-kata ayahnya.

"Ish dengar berita macam ni buat mama risau pula tau. Kalau boleh mama tak nak pun anak-anak mama ni keluar rumah tapi tu lah nak buat macam mana," luah Puan Himari kerisauan sambil mengelus pipi Takahiro yang duduk di sebelahnya.

Melihatan kebimbangan yang terpancar di wajah lembut ibunya itu, Takahiro pun tersenyum seraya memegang tangan ibunya yang masih melekap di pipinya itu.

"Mama, janganlah risau. Kita orang pandai jaga diri. Mama pun kenalah jaga diri juga kat rumah. Jaga si kecik ni baik-baik tau," kata Hiro agar dapat menenangkan hati ibunya.

"Kat sekolah Hiro belum pernah ada budak yang hilang kan?"

"Setakat ni belum, mama."

Tidak lama kemudian...

Muahh

Takahiro mencium pipi ibunya. Akibat terharu, Puan Himari pun terus memeluk dan mencium pipi anaknya semula.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa anak Yamamura yang satu ini sangatlah lembut, sopan, pandai dan manis orangnya. Kalaulah anaknya itu jenis yang agak terbuka di sekolahnya, sudah pasti dia ini menjadi kegilaan para gadis. Ini baru anak emak.

"Eee dengan anak dia kemain... Saya pun nak juga, kat sini."

Kemudian Encik Yamamura tanpa rasa malu menunjukkan bibirnya. Mereka pun tertawa melihat tingkah si ayah tersebut. Lebih kepada ketawa geli, sebenarnya. Hahaha

Aimi hanya mampu menggelengkan kepala melihat mereka.

"Klishe betul family aku pagi ni. Tibe," monolognya.

To be continued...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro