Bab 2 : Kenangan
"Kalau awak buat macam tu lagi, saya tumbuk awak tau!" ugut Takahiro dengan pipinya yang kemerahan. Buku limanya dikepal untuk menakutkan-nakutkan Sachihiro si budak sengal itu. Tapi, sebelum tu minta maaflah Hiro.
Awak tak seram langsung, hahahaha.
"Alacomel..." sindir Sachihiro sambil mengerdipkan matanya berkali-kali.
Melihat kelakuan menjengkelkan Sachihiro itu, Takahiro merengus kasar seraya membuka pintu pagar rumahnya dan masuk. Sebelum Takahiro meninggalkan Sachihiro berseorangan di luar itu, Hiro pun mengangkat kedua belah keningnya.
"Awak nak apa lagi? Baliklah," halau Hiro.
"Amboi.... Main halau! Janganlah garang sangat, abang."
Sachihiro ketawa terbahak-bahak di luar pagar sambil menunjuk ke arah Hiro. Sampai menangis-nangis Sachihiro dibuatnya! Kalau boleh, nak nak saja dia terbaring di atas simen itu. Malas nak melayan punya pasal, Takahiro terus membuka pintu utama rumahnya untuk masuk.
Namun, belum sempat lagi tubuh Hiro masuk sepenuhnya tiba-tiba Sachihiro memanggilnya semula.
"Oi oi Hiro! Kau sini jap," panggilnya sambil tangannya tercari-cari sesuatu dalam beg galasnya. Melihat Takahiro yang tidak tertarik untuk mendekatinya itu membuatkan Sachihiro memanggilnya sekali lagi. "Woi, sinilah! Kejap je. Ishh mana pula benda alah ni," keluhnya.
Takahiro dengan wajah tidak ikhlasnya pun pergi menuju ke arah rakannya itu semula.
"Apa benda tu?"
"Kejaplah. Tengah cari,"
"Ok," ujar Hiro sambil menyilangkan kedua tangannya, menunggu.
Tidak lama kemudian, buku yang dicari akhirnya jumpa juga!
"Haaa... Ni ni!" ujar Sachihiro seraya menghulurkan buku latihan matematik milik Takahiro yang dipinjamnya beberapa hari yang lepas. Maklumlah, kalau tak meniru bukan Sachihirolah jawabnya. Bersyukur dia ada kawan yang pandai dan baik hati macam Hiro.
Fuh, memang nasib baik jugalah Hiro tak ada kelas matematik hari ni tadi!
"Kejap... Satu lagi," kata Sachihiro sambil mencari sesuatu lagi di dalam beg doaremonnya. Hiro mengerutkan dahi.
"Aik banyak betul latihan saya yang awak tiru. Patutlah buku saya banyak yang tak ada dekat laci," tuduh Hiro melulu. Membulat mata Sachihiro dibuatnya.
"Aipp memandai je kau! Ni bukan latihan. Yang ni aku memang bagi kat kau punya. Nah," hulur Sachihiro kepada rakannya itu.
Takahiro pun dengan wajah penuh kehairanannya melihat buku yang diterimanya itu. Komik? Dah buang tebiat ke apa si sewel ni?
"Awak bagi kat saya benda ni? Dah kenapa?" soal Hiro dengan keningnya yang terangkat. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba bagi komik. Komik budak-budak pula tu.
"Haihh ya lah, takkanlah aku nak bagi majalah dewasa kat kau pula! Kang berdarah hidung kau tengok, aku tak nak tanggung. Tapi kalau kau nak juga, aku maybe ada dalam dua tiga buah majalah tu kat rumah. Ambil lah, kita kan lelaki ..."
"Hei awak ingat saya ni gila ke apa tengok benda macam tu!"
"Hmm nak kata aku ni gila lah tu."
Takahiro menggulingkan biji matanya ke atas. Tidak lama kemudian, Sachihiro bersuara lagi.
"Aku bagi tu sebab rumah aku dah banyak sangat komik, manga apa semua tu. Penuh haa satu bilik! Sebab tu lah aku sedekahkan kat kau. And plus komik tu bosan. Untuk orang yang membosankan macam kau ni, memang sesuai kot untuk baca," ujarnya sambil mengzipkan semula begnya.
"Satu je?"
Hiro mempersoalkan. Geram dengan soalan itu, Sachihiro pun terus mengangkat begnya, bersedia untuk memukul Hiro. Orang dah bagi, banyak pula soalan yang ditanya.
Sabar ya, sabar...
"Eee kau ni! Bersyukurlah, bangang."
Tidak lama selepas itu,
"...dahlah! Aku nak balik dulu. Simpan baik-baik tau, komik tu! Jangan bagi kat adik kau pula. Kalau kau bagi nanti, aku pecah rahsia kau pasal aunty tadi."
Sempat lagi Sachihiro mengusiknya sebelum pergi meninggalkan rakan baiknya,
Takahiro Yamamura.
To be continued...
•••••
Foreshadowing alert.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro