chap 6
Han's family house
"Sungjoon!", panggil Pn.Han dari dapur. Sungjoon yang tengah tengok tv tu pun bangun lalu pergi ke dapur.
"Ye omma, kenapa?"
"Jom makan tengahari, omma dah siap masak dah ni"
"Ok", baru je sungjoon nak duduk.
"Ehhh kamu pegi panggil oppa dengan appa kamu tu, dari pagi duk terperuk je dalam bilik tu. Udah macam anak dara! Pegi panggil jantan2 tu", marah Pn.Han.
"Uish omma, salah satu jantan tu suami omma tau"
"Tak kesah lah suami tak suami pi lah panggil diorang. Anak ngan bapak sama je, tulah bapaknya tu pun dulu macam tu turun dekat anak haih sabo je lah", bebel Pn.Han.
Sungjoon pun pergilah panggil dua lelaki yang berada di dalam rumah itu dan mereka makan bersama-sama.
"Woo, joon"
"Nae appa?", jawab mereka serentak.
"Hujung minggu ni appa kena outstation and omma akan ikut appa. Jadi appa nak kamu berdua jaga rumah dan kamu seungwoo, jaga adik kamu baik2 ya"
"Kenapa omma ikut? Bukan selalunya omma tak ikut ke?", tanya seungwoo.
"Honeymoon", jawan En.Han dan Pn.Han hanya menjeling. Garang nau.
"Ehem jangan nanti balik tetiba ada adik baru pulak eh", kata seungwoo dan dengan kata2 itu, dia menerima pukulan dari ommanya dengan sudu.
"Sakitlah omma", seungwoo menggosok gosok kepalanya.
"Merepek lah lagi, omma pukul pakai sudip pulak nanti", dan seungwoo insaf tidak akan berkata sebegitu lagi.
"Lama ke omma ngan appa honeymoon?", tanya sungjoon dan menekankan sikit perkataan honeymoon.
"Dalam 2minggu jugak", jawab En.Han.
"Lamanyaaa", rungut sungjoon.
"Ntahlah, omma tak tahu lah apa yang appa kamu ni nak buat lama lama kat sana. Sebab tu lah omma ikut, mana tahu dia duk menggatei ngan yeoja lain ke", dan En.Han menerima jelingan dari Pn.Han.
.
.
.
.
Ruang Tamu
Sungjoon dan seungwoo duduk bersama di hadapan tv. Omma appa diorang? Dua2 masuk bilik, nak berehat katanya. Aip jangan pikir lain eh HAHHAHAHA
"Joon"
"Pe oppa nak?"
"Omma ngan appa outstation hujung minggu ni and 2minggu an dorang pergi sana?"
"Yelah, kenapa?"
"Minggu depan kan sekolah lepastu minggu lagi satu tu kan cuti sekolah"
"Ha pastu?"
"Kan omma ngan appa takde kat rumah"
"Lepastu?"
"Lepastu, oppa ingat kan. Oppa nak ajak kawan2 oppa tidur kat sini lah. Best kit boleh kitorang overnight", terkejut si sungjoon tu.
"Oppa! Eihhhh tak yah lah! Nanti joon kena duduk je dalam bilik. Tak best lah", sungjoon pout.
"Alah duduk je lah dalam bilik tu, apa masalah"
"Eii taknakk! Tak yah lah oppa pleaseeeee", sungjoon merayu.
"Alahhh kau ni, apa susah. Kau ajak lah kawan2 kau jugak tidur sini ha settle", makin terkejut sungjoon dibuatnya.
"Oppa gila ke?"
"Oppa masih normal"
"Oppa, takkanlah oppa nak letak kawan2 joon dengan kawan2 oppa dalam satu rumah yang sama? Oppa tahu kan diorang tu selalu bergaduh?"
"Ha biarlah"
"Eii oppa takleh, ok oppa bayangkan eh kalau kita duk sekali ramai2. Hangyul tu dah lah byuntae ha kalau dia apa apa kan haerin macam mana? Ha minhee pulak, dia dah lah suka tarik rambut aisha. Kalau botak budak tu nanti macam mana? Dongpyo pulak ha dia tak habis lagi sakit hati ngan yihyeon pasal kes rice ball haritu, joon risau ada yang balas dendam je nanti. Ha chaemin unnie lak, oppa ingat dia nak hadap ke muka oppa lama2? Kalau handsome takpe lah jugak. Ha yang 2 youn tu pulak lagi lah asyik bergaduh je kejanya. Ha oppa riuh tau rumah ni nanti"
Bebel sungjoon panjang lebar. Dia baru imagine dah seriau, apa lagi kalau jadi bebetul.
"Eh joon, hangyul tu tak bodoh lagi lah nak rosakkan anak dara orang. Lagipun korang pun ramai jugak kan apa yang nak ditakutnya, ha lepastu minhee ngan aisha tu. Kalau korang duk je dalam bilik takde nya diorang gaduh. Dongpyo ngan yihyeon tu, ha tu oppa tak tahulah kes rice ball tu kan. Chaemin tu eh helloooo oppa ni handsome tauu kau jangan ehh, ha yang 2 youn tu jangan lah bagi dorang bertembung pe susah", balas seungwoo panjang lebar jugak.
"Oppa, macam mana nak bagi diorang tak bertembung? Rumah kita ni bukannya istana banyak tempat boleh lalu. Kondo je oppa oi"
"Alah takpelahhh"
"Ei oppa ni, tengok lah nanti cemana", dan sungjoon pun redha sebab kawan2 oppa dia confirm semua boleh punyaaa.
.
.
.
.
.
.
Xster High School
Rehat
Rooftop [ya, budak2 yini suka lepak situ]
"Kau ni pahal joon? Monyok je?", tanya chaemin yang sedang makan kimbapnya yang dibeli di snack bar sekolah tadi.
"Haih, hujung minggu ni omma ngan appa gi outstation 2 minggu", jawab sungjoon dan mengeluh.
"Ouhh, pastu? Selama ni takde lak kau nak mengeluh, asal tetiba harini nampak kecewa sangat ni?", tanya chaemin lagi.
"Haih kan omma ngan appa pergi sana hujung minggu ni and diorang pergi 2minggu. Lepastu minggu depan kan sekolah, yang tu okaylah. Lepastu minggu lagi satu tu pulak kan cuti"
"Lepastu, apa masalahnya?", tanya haerin.
"Masalahnya, time yang cuti seminggu tu oppa aku nak ajak kawan2 dia semua tidur rumah"
"WHATTTTT?!!", tersedak semua disitu lagi2 aisha sebab dia tengah minum air oren.
"Pastu? Kau okay je lah? Wehhh wooseok nanti uish", kata hayoun lalu menyumbat roti ke dalam mulutnya.
"Haih, mula2 aku bantah pastu oppa aku suruh aku ajak korang sekali"
"Oppa kau gila ke? Aku taknak hadap muka seungyoun kat rumah kau"
"Rin pun taknak hadap hangyul kat rumah unnie"
"Gue juga nggak mahu sih, nanti yitu anak kang cari masalah sama gue nanti habis rambut gue ditarik tarik oleh yitu anak kang", dah tetiba loghat indon keluar ni apahal.
"Yeon pun taknak hadap si dongpyo tu kang ha"
"Unnie pun taknak tau hadap muka oppa kauu tu, dah lah dekat sekolah muka dia kelas muka dia tetiba cuti pun nak kena hadap muka dia jugak"
"Alaaa korangggg pleaseeeeee aku merayu huwaaaa takkan korang nak biarkan aku sorang2 yeoja dalam rumah tu wehhh pleaseeee", sungjoon merayu dan buat muka simpati.
"Haih, nantilah kami pikir pikirkan ye", kata chaemin.
Habis rehat, semua mula bergerak ke kelas masing2. Yang bestnya, harini cikgu diorang mesyuarat lagi HAHAHAHAHAH asyik mesyuarat je kan? Sukati aku lah nak buat apa k k back to the story.
Seperti biasa, hayoun dan sungjoon akan berjalan bersama-sama. Semasa dalam perjalanan, mereka terserempak dengan yohan. Yohan hanya tunduk hormat, senyum dan blah. Kenalah tunduk hormat, dia junior okehh.
"Weh joon, aku tengok kan si yohan tu asyik usha kau je", kata hayoun.
"Ish kau ni merepek lah, aku tua setahun kot dari dia. Kau pun agak2 lah", nafi sungjoon.
"Eleh, tua setahun je pun. Hyuna ngan dawn tu elok je aku tengok, bahagia je diorang"
"Kau ni jangan buat aku nak curang dengan crush aku boleh tak? Dah lah yohan pun boleh tahan handsome jugak", kata sungjoon malu2.
"Eleh kau, apa salahnya? Yohan tu lagi elok daripada wooseok"
"Kau ni tak baiklah"
"Ei kau still nak back up mamat tu kan", tengah sibuk diorang duk sembang.
"Hayoun", hayoun memandang gerangan yang memanggilnya.
"Eo, hyu..hyunjae ah wae?", gagap2 lak kau lamakk tampa kang.
"Erm teman aku jap boleh tak?"
"Teman kau? Pe..pergi mana?"
"Library. Kan haritu kau cakap kau pro bab2 cari buku dekat library, so tolong aku cari buku boleh?", sungjoon memandang hayoun pelik. Bila masa tah dia pro cari buku dekat library. Library pun time nak dekat exam je dia jejak tempat tu.
"Weh youn, bila masa kau mmp-", belum sempat sungjoon menghabiskan kata katanya hayoun terlebih dahulu menekup mulutnya.
"Shhh, kau diam. Em hyunjae, jom lah. Aku tolong kau cari buku", kata hayoun.
"Okay, jom!", kata hyunjae lalu senyum dan menunggu hayoun untuk jalan bersama sama nsjdjjdndksjsjaja. Asal aku tetiba fangirl pulak ni lamak.
"Dah dapat rapat dengan crush, aku ditinggalnya. Kuangajo betul", bebel sungjoon. Yelah hayoun tu cakap je orang jumpa crush lupa member lah pe lah, dia pun sama dapat sekali ngan crush ditinggalnya member tu sorang2 ish ish ish tak patut tak patut.
.
.
.
.
.
.
TBC
So gaissss, scene dekat rumah tu nak ke tak? Kalau nak, aku buat kalau taknak aku tak buat😂
TMI: setiap kali aku nak taip nama sungjoon mesti aku taip aira🤣 dah banyak benda aku tulis baru aku perasan aku tak guna nama sungjoon😂
ads:
tadi an aku tengah tengok tv ngan mak aku, lepastu aku tak tahu pape pasal cerita tu and cerita tu tengah tunjuk flashback senanya. pastu aku tanya lah mak aku
"ma, dia memang macam tu ke"
"eh tak lah, tu dia fresh eh flashback"
ya ampun yohannn sampai mak aku pun terpengaruh ni kau buat apaaa HAHAHAHAHAAHAHAHAHAHA
kbye
ya ampun kookheon
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro