chap 3
Masih di pondok tepi padang sekolah
"Hai dongpyo!", tah dari mana datangnya yihyeon menyapa dongpyo dengan yang lain.
"Kau nak apa?", tanya dongpyo acah2 garang gitew.
"Erm aku nak minta maaf sebab yelah aku banyak salah dengan kau. Hm sorry eh", kata yihyeon yang sebenarnya tak ikhlas pun.
"Hm", dongpyo buat acah2 taknak layan lah.
"Erm btw nah", yihyeon menghulurkan bekas makanan pada dongpyo.
"Amende ni?", tanya dongpyo.
"Erm rice ball, ni tanda aku minta maaf", dongpyo mengambil bekas tersebut dan membukanya.
Disebabkan terlalu banyak seaweed dekat bahagian luar rice ball tu, takde siapa pun yang perasan inti dalam dia.
"Erm makanlah, kongsi2. Jangan jadi macam wooseok sunbae pulak tau. Byee", yihyeon terus berlalu pergi
"Kau tengok, budak tu pun tahu apa yang si wooseok tu buat", kata seungyoun.
"Memangler dah dia geng2 diorang jugak, eh dahlah. Ha pyo share ah", kata hangyul.
"Macam sedap jeee tu", kata minhee.
"Ambiklah sorang satu, kebetulan ha cukup2 kita sorang satu. Ambik2, aku makan satu je", yang lain apa lagi ambiklah. Dannnn kebetulan pula semua makan serentak, ada yang terus sumbat semua ada juga yang makan separuh separuh
1
2
3
"BUEKKKK"
"AMENDE NI BODOOOOOO"
"WEHH EII MENDE NI SIAAA"
"AKU PERLUKAN AIR!!"
"UHUK UHUK RASA APA NI SIAAA"
"WEHH SH1TTTTTT TAK SEDAP BODOOOO"
"AIRRRR AIRRRR AAAAAAAA AAIRRRRRRR"
"INTI BAWANG MERAH DENGAN MADU LAH SIOT!", kata hyeongjun yang hanya makan separuh. Dia sorang je makan separuh, lain semua sumbat seketul terus dalam mulut. Takdelah membazir kalau tak sedap pun HAHAHAAHAH.
"EIIIII SONG YIHYEONNNNNNNNNNN", jerit dongpyo dan yang lalu lalang kat situ semua pandang dia.
.
.
.
.
.
.
Lepas rehat
Wooseok berjalan jalan di koridor sekolah seorang diri sambil menunduk kerana sebuk duk belek kukunya.
(cikgu drg masih mesyuarat so yeah memasing berlegar legar ya di kawasan sekolah)
Sedang wooseok berjalan jalan, tiba tiba
PANGG!!
Wooseok kena tampar gais, dia pandang gerangan yang menampar muka dia yang peloles itu.
"Apahal kau ni chaemin?!", marah wooseok.
"Chaemin?? Eh hellooooo mana panggilan noona kau? Aku ni sunbae kau tau, jangan biadap sangat boleh tak?", kata chaemin sambil bercekak pinggang.
"Tak, sekarang ni apa masalah kau nak tampar2 aku ni?"
"Apa masalah aku? Ehh kau dah sakitkan hati member aku, sekarang kau tanya apa masalah aku? Eh kau ni manusia jenis apa ha? Eh sungjoon tu dia bangun pagi2 dia buat kimbap tu tanpa pengetahuan orang lain semata mata nak impressed kau, lepastu kau buat macam tu? Eh kau memang sial lah wooseok!", marah chaemin dengan geram. Ayok kaklong dah marah.
"Aku sakitkan hati dia, bukannya kau. Yang kau lelebih ni asal? Dia pun tak kesah kau pulak nak bising sampai lempang aku pulak tu hakalah"
"Memang lah dia tak kesah, sebab dia dah buta. Dia buta sebab dia cuma nampak kau, dia tak nampak lelaki lain. Sebab kan perasaan dia dekat kau, sebab tu dia tak kesah. Tak boleh ke kau appreciate effort dia? Kenapa kau mesti buat macam tu?"
"Sebab dia bukan taste aku and dia tak layak untuk aku"
"Eh bagitahu aku siapa je layak untuk kau? Eh jantan perangai macam kau ni, kalau bagi free dekat orang gila pun. Diorang taknak lah! Lagi sekali kau buat dia macam tu, kau siap", chaemin terus blah. Wooseok berdecit.
"Tch, ingat aku takut. Huh", wooseok meneruskan perjalanannya tah mana dia pergi pun lantak dia lah.
.
.
.
.
"Puas hati aku", kata chaemin lalu duduk di bangku bersama dengan kawan2 dia yang lain.
"Unnie dari mana? Apa yang unnie puas?", tanya aisha sambil makan keropok yang dibelinya tadi.
"Unnie puas sebab unnie dapat tampar wooseok", tersedak semua orang. Nasib baik sungjoon takde dekat situ, sebab apa? Sebab dia pi toilet.
"Unnie, seriouslahh?", tanya haerin
"Yup", chaemin buat muka bangga.
"Wahh daebakkkk!!", kata yihyeon lalu menepuk bahu chaemin.
"Ni kalau sungjoon tahu ni", kata hayoun.
"Kau tak payah lah bagitahu dia, diam2 sudah"
"Ok unnie, eh btw ha yihyeon. Plan kau cemana? Dongpyo makan dah rice ball tu?", tanya hayoun.
"Unnie nak tahu tak HAHAHAHAHAHAHA LAWAK DO bukan dongpyo je tau yang makan, semua kat situ makan HAHAHAHAHAHA wooseok ngan seungwoo je tak makan sebab diorang takde kat situ"
"Serious lah HAHAHAHHAHAHAAHA", semua bergelak tawa. Seronok nau.
.
.
.
.
.
Petang
Han's family house
"SUNGJOONNNNN!", jerit seungwoo.
"Ish, oppa nak apa jerit2 ni?", kata sungjoon yang sedang baring di atas sofa sambil main fon.
"Kau pergi masuk bilik kau", arah seungwoo.
"Ei apahal pulak? Sesuka hati je nak arah2 orang"
"Pergi je lah, kejap lagi kawan2 oppa tu datang. Pi masuk bilik sana"
"Alaaaa kejap lagi hayoun pun datang jugak, kitorang nak buat homework sesama", kata sungjoon lalu pout.
"Alah karang dia datang oppa suh lah dia masuk bilik kau, dah dah pi masuk bilik. Kawan2 oppa kat bawah dah tu"
"Ish yelah", kata sungjoon lalu berjalan masuk ke bilik dengan menghentak hentakkan kakinya. Marah lah tew.
Tak lama lepastu, ruang tamu itu dipenuhi oleh lelaki2 yang memakan rice ball berintikan bawang merah dan madu tadi.
Diorang tengah sembang2, tiba2 loceng rumah itu berbunyi. Seungwoo bangun dari tempat duduknya dan pergi ke arah pintu rumah mereka.
"Siapa tu!?", jerit seungwoo dari dalam.
"Ni hayoun lah!", jerit hayoun pula dari luar. Seungwoo membuka pintu.
"Eh tadi joon kata hayoun je, mana datang haering dengan aisha ni?", tanya seungwoo.
"Alah diorang ni senjata hayoun, oppa pe tahu"
"Hotak unnie senjata", aisha memukul lengan hayoun.
"Jangan biadap jangan biadap aku unnie eh"
"Dah dah, asal tak ajak chaemin ngan yihyeon sekali", tanya seungwoo.
"Yihyeon katanya malas, chaemin unnie katanya dia taknak tengok muka oppa", kata hayoun.
"Oppa tak bagi korang masuk baru tahu", ugut seungwoo.
"Ish unnie ni memainlah, chaemin unnie nak study. So dia malaslah nak ikut", terang haerin.
"Ouh, ha masuklah. Terus masuk bilik sungjoon eh"
"Ok", mereka bertiga masuk dan semestinya kena lintasi lelaki2 itu kan. Tiba2 hayoun berhenti dan menyebabkan aisha dan juga haerin berhenti lalu memandang hayoun dengan pandangan asal berhenti kat sini ni?
Hayoun buat seperti sedang menghidu sesuatu.
"sniff..sniff.. korang bau something tak?", tanya hayoun. Haerin dan aisha seperti faham apa yang hayoun nak buat sebenarnya. Seungwoo hanya memandang diorang pelik.
"Sniff..sniff... Haah lah unnie, ada bau yang kurang menyenangkan lah euw", kata aisha lalu mengepit hidungnya.
"Korang tak tahu ke?", tanya haerin.
"Tahu apa?", kata hayoun dan aisha serentak.
"Tadi ada sekumpulan lelaki tu kan makan rice ball inti bawang merah dengan madu fake euww HAHAHAHA sebabtu bau kuat ni", kata haerin lalu terbahak bahak gelakkan mereka.
"Eww serious lah, ni mesti lepastu tak mandi betul2 ni tu yang bau sampai sekarang HAHAHAHAHAHA", tambah hayoun lagi.
"HAHAHAHAHAHAHHA", mereka gelak tawa bersama.
"Sabar minhee sabar fuhh ingat rumah orang ni sabar", minhee menenangkan dirinya dengan menarik dan menghebuskan nafasnya.
"Fuh mencabar kesabaran aku betul perempuan ni", kata hangyul. Yohan menenangkan hangyul yang menggumpal penumbuknya. Wohooo rilek lah.
"Tak guna punya mangkuk hayoun, kau tunggu kau", monolog seungyoun.
.
.
.
.
.
jap jap aku rasa panjang sangat dah ni😂 sambung kat next chap eh
double update ah kiranya😂
tetiba lak idea melimpah limpah ni😂
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro