chap 2
Library
Kelihatan chaemin sedang mengulangkaji pelajaran. Almaklumlah, tahun ni last year woooo kena lah struggle kit walaupun masih awal tahun.
"Yow chaemin!", siapa lagi yang suka kacau chaemin time dia tengah belajar kalau bukan seungwoo.
"Ni library setan, library. Diam boleh tak?", ayok chaemin marah.
"Aloo takyah lah marah", seungwoo pout.
"Ei gediknya kau, cemana eh adik kau hadap kau kat rumah", chaemin buat muka menyampah.
"Alah, adik aku lantak pi dia lah"
"Ei abang takguna, kalau aku ada abang macam kau an memang aku tak ngaku ada abang. Kalau boleh aku suh je omma aku bunuh kau time kecik, takde lah menyusahkan orang bila dah besar", chaemin savage yow.
"Auchh sungguh sakit hati ini", seungwoo buat ala2 tersakiti.
"Gedik, blah lah kau. Sebuk kacau aku buat apa"
"Alaa kau kan pandai, aku nak minta tolong kau ajar aku je hm"
"Hm yelah, ajar apa?"
"Ajar saya untuk mencintai awak cia cia cia"
"Kau memang cial seungwoo", dan seungwoo disahkan gila sebab chaemin suruh dia buat latihan sains 1 buku. Ashila tabah.
.
.
.
.
.
.
"HAN SUNGJOON!", jerit seungyoun dari luar kelas mereka. Memandangkan cuma ada beberapa pelajar je dalam kelas tu, seungyoun dengan selambanya masuk ke dalam kelas tersebut.
[drg semua buat hal masing2 au sebab semua cikgu kat sekolah tu ada mesyuarat. mcm tak logik? dalam ff apa je yg logik HAHAHAHAH k back to the setori]
"Kenapa panggil aku?", tanya sungjoon.
"Wooseok tu ha nak jumpa kau belakang dewan sekolah"
"Wooseok nak jumpa aku???", tanya sungjoon dengan excitednya. Excited nau crush nak jumpa.
"Haah, pergilah", sungjoon apa lagi. Dia terus meninggalkan hayoun dalam kelas yang tengah seronok membawang tadi.
"Ey minah ni kalau dapat jumpa crush lupa semua member dia, sabo je lah"
"Kau tak penting", selamba seungyoun berkata begitu.
"Eh kau semak lah, dah lah rembat roti aku semalam huh"
"Siapa suh kau cari pasal ngan aku", seungyoun buat muka annoying dia.
"Ei dah lah, aku malas nak gaduh dengan kau harini, baik aku keluar", belum sempat hayoun keluar, seungyoun menarik tangannya.
"Ei kau nak apa!?"
"Aku nak cakap sikit ni"
"Apa dia? Cepatlah", kata hayoun dengan nada marah.
"Kau nampak buruk harini"
"Dasar monyet tak guna!", hayoun memukul perut seungyoun dengan buku teks yang ada atas meja dia.
"SAKITLAH BODO"
"Padan muka kau, huh kenapa manusia macam kau ni mesti wujud ha?"
"Sebab dunia memerlukan aku yang handsome ni, kau pe tahu", seungyoun buat muka bangga + anot.
"Euw", hayoun buat muka jijik dan berlalu meninggalkam seungyoun. Malas dia nak melayan monyet yang terlepas.
.
.
.
.
.
Belakang Dewan Sekolah
"Kenapa awak nak jumpa saya?", tanya sungjoon dengan malu2.
"Ni apa ni?", tanya wooseok sambil menunjuk bekas yang berisi kimbap.
"Kimbap"
"Kau yang bagi kan?", tanya wooseok dengan nada yang agak marah. Sungjoon hanya menundukkan kepalanya.
"Ya, saya bagi"
"Huh", wooseok mencampak bekas itu ke rumput dan memijak kimbap yang terkeluar dari bekas. Sungjoon terkejut dan memandang wooseok.
"Ke..kenapa awak buat macam tu?"
"Aku tak perlu pun makanan dari perempuan macam kau. Tah tah kau letak jampi apa2 bagi aku suka dekat kau huh blah ah", wooseok terus pergi meninggalkan sungjoon yang terduduk di situ sambil meratapi kimbap yang dibuatnya.
"JOON!", hayoun keluar dari tempat persembunyiannya. Ya, dia mengintip diorang tadi. Hayoun duduk di sebelah sungjoon dan memegang bahu sungjoon.
"Weh, janganlah nangis. Adu aku tak reti pujuk orang oi, jangan buat aku camni wehh. Bodohlah wooseok ni, aku tibai gak kang mamat tu", hayoun berdiri. Baru je dia nak pergi serang wooseok, sungjoon menarik tangannya.
"Takpe youn, aku okay. Jangan risau kay? Setakat kimbap ni apa lah sangat", katanya sambil mengelap air matanya.
"Apa lah sangat kau kata? Eh kimbap ni kalau bagi kat aku habis tau, tak membazir. Tapi mamat poyo tu sumpah dah lebih, aku tak kira. Aku nak pergi bagitahu chaemin unnie", sungjoon hanya membiarkan saja hayoun pergi.
"Takpelah seok, sebab saya suka awak. Saya maafkan awak", walaupun wooseok begitu, kau tetap maafkan dia kan ey.
.
.
.
.
.
Rooftop
Hayoun menghentak pintu rooftop, yang dicarinya chaemin. Yang dijumpanya haerin, aisha dengan yihyeon.
"Eh unnie, apahal tu? Terkejut kitorang tahu tak", kata aisha.
"Chaemin unnie mana?"
"Dia kat library, nak study katanya. Unnie kenapa ni marah2 ni?", tanya yihyeon yang sedang menggumpal rice ball.
Hayoun duduk bersama yang lain dan menceritakan kejadian tadi. Yang lain apa lagi, berang ah.
"Seriouslah dia buat macam tu kat joon unnie?! Melampau lah dia tu!", jerit aisha.
"Nak kena taekwondo mamat ni ey apa masalah dia ha?", kata haerin.
"Habistu joon unnie mana ni?", tanya yihyeon.
"Tah lah, dalam kelas kot. Yang aku tak puas hatinya, dia still nak bela jantan tu tau eiiiiiiii", hayoun melepaskan geramnya.
"Rilek unnie, rilek", haerin menepuk nepuk bahu hayoun supaya dia tenang. Bila dia dah tenang, baru dia perasan sesuatu.
"Kau buat apa ni yeon?", tanya hayoun kepada yihyeon.
"Rice ball", dia balas dengan senyuman yang tak boleh nak tafsir.
"Rice ball? Ya ampun! Siapa buat rice ball inti bawang dengan madu ni yihyeon oi? Kau kenapa ha?", terkezut hayoun dibuatnya.
"Ish unnie ni, rilek ah. Bukan yihyeon nak bagi unnie makan pun"
"Dah tu siapa?"
"Dongpyo"
"Pengsan anak orang tu nanti"
"Ah tak kesah, siapa suruh semalam dia tumpahkan air coke kat kasut yeon. Kena lah balik, biar dia rasa. Padan muka", yang lain hanya menggeleng. Ada je idea dia kalau nak kenakan orang balik.
"Dahlah, aku nak masuk kelas. Nanti kalau korang jumpa chaemin unnie, tolong bagitahu dia eh"
"Ok", kata mereka serentak dan hayoun terus berlalu pergi meninggalkan mereka.
.
.
.
.
.
X1's pov
Pondok tepi padang sekolah
(amende sia aku ni waduh2)
"Seungwoo hyung mana?", tanya yohan.
"Kat library, nak study katanya", bagitahu hyeongjun.
"Pfft-- seungwoo hyung study? HAHAHAHAHAH serious lah?", terbahak bahak si seungyoun tu.
"Biar lah dia, kan tahun ni tahun last dia. Nak result elok lah tu, bukan macam kau. Tah bila tah result tu nak cantik", perli wooseok.
"Eh, result aku helok okayyyy. Cuma takda A je ha", balas seungyoun taknak kalah.
"Hyung, dah tu hyung. Takyah nak gaduh2 eh", eunsang memberhentikan mereka dari terus bergaduh. Kang kalau dibiarkan makin teruk lak jadinya, wooseok tu dah lah ego. Ngan member sendiri pun boleh jadi stranger kalau dah gaduh.
"Eh seok hyung, mana kimbap yang hyung dapat tadi?", tanya minhee.
"Ouh, aku dah buang depan mata dia", kata wooseok dengan selambanya.
"WHATTTTTTTT kenapa hyung buang?!!!!! Kalau hyung taknak pun atleast bagilah kat akuuu", kata dohyon. Pantang betul dia kalau orang buang makanan.
"Ah tak perlu, eh niat orang kita tak tahu tau. Tah tah dia jampi kimbap tu nak bagi aku suka kat dia"
"Tapi hyung, tak baik lah buat macam tu. Dia tu perempuan hyung, hati dia lembut. Mesti dia sedih", kata yohan yang sepertinya prihatin. Emm ada pape ke ni?
"Ah lantak lah, kesah pe aku. Yang kau back up dia asal?", marah wooseok.
"Eh seok, sukati dia lah nak back up sungjoon tu. Kau tu yang apahal?", seungyoun menolak bahu wooseok.
"Tak sekarang ni apa masalah kau?", wooseok bangun seperti ingin berlawan dengan seungyoun.
"Apa masalah aku? Aku takde masalah, kau tu ha. Kau ingat aku tak nampak kau pijak2 kimbap tu depan dia tadi? Kau tahu tak kau dah melampau?", yang lain terkejut mendengar statement yang baru dibuat oleh seungyoun tadi.
"Oh kau mengendap aku lah ni?"
"Ya aku mengendap kau, apahal? Salah?"
"Kau ni memang kan", baru wooseok nak menumbuk seungyoun hangyul sempat menahan wooseok.
"Wowowo rilek lah hyung, apa gaduh2 ni. Boleh sembang leklok kan", kata hangyul.
"Dahlah, malas aku duduk sini. Aku chau dulu", wooseok terus pergi meninggalkan diorang di situ.
"Hyung, betul ke apa yang hyung cakap tadi?", tanya yohan inginkan kepastian.
"Ya"
"Camne hyung boleh tahu?", tanya dongpyo pulak.
"Masa hyung nak pergi toilet tadi, hyung nampak si hayoun tu macam tengah mengendap. Hyung berdiri lah senyap2 belakang dia tengok apa yang dia tengok. Pastu hyung nampak si wooseok tu campak bekas tu and pijak kimbap tu depan dia"
"Ei wooseok hyung ni melampau lah", kata junho.
"Sian noona, mesti dia sedih seok hyung buat dia macam tu", kata dongpyo pulak.
.
.
.
.
TBC
Aku type ni pukul 2 pagi sebab tetiba idea datang. Kalau aku biar idea tu sampai esok pagi tu ha bila nak type je semua idea hilang. So kalau ayat aku tunggang langgang tu ha pepaham je lah pukul 2pagi aku dah ngantuk senanya tapi aku lawan ngantuk😂
Ni first time au aku buat citer yg kena fokus banyak2 watak ni, selalunya aku buat mmg fokus hero ngan heroin je😂 so maap kalau ada yang terlebih atau terkurang muncul ke apa, i will improve myself kayhhh.
Aku rasa kan, tajuk citer ni ngan jalan citer ni lari dah ni😂 Any suggestion untuk tajuk lain tak? Sebab sumpah aku rasa macam tak kena, ni bukan pretty boyfriend dah ni😂 Ni dah jadi crush paling hanut dah ni🤣
bye
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro