chap 18
Library
Yohan duduk berseorangan di library. Bukan dia belajar pun, termenung je dia. Mungkin broken sebab sungjoon ngan wooseok dah berbaik. Tiba2 ada seseorang menarik kerusi di sebelahnya.
"Hi", yohan mendongakkan kepalanya untuk melihat gerangan yang menegurnya itu. Dia tersenyum sikit.
"Haeun, nak study ke?", tanya yohan.
"Takdelah, nak siapkan sikit homework yang saem bagi semalam", kata haeun dan membuka bukunya. Yohan hanya biarkan haeun dan bermain dengan jarinya.
"Kau ok?", tanya haeun yang perasan akan yohan yang agak sedih itu.
"Okay je", kata yohan dan menundukkan kepalanya. Dia tak tahu lah haeun tahu ke tak yang dia sukakan sungjoon.
"Ni mesti pasal sungjoon unnie ngan wooseok oppa kan?", tebak haeun.
"Macam mana kau tahu?", soal yohan.
"Diorang yang cakap"
"Tapi aku tak pernah bagitahu diorang pun"
"Dari cara kau layan unnie pun diorang dah agak", kata haeun sambil membuat homeworknya. Yohan hanya mengeluh.
"Diorang mesti dah cerita semua benda yang dah jadi kan sebelum ni?", haeun hanya mengangguk dan yohan mengeluh lagi sekali.
"Kau rasa layak ke wooseok hyung tu dengan noona? Noona takkan dah lupa kot apa yang wooseok hyung pernah buat dekat dia selama ni", kata yohan seperti tidak puas hati ye.
"Semua manusia layak dapat peluang kedua yohan. Mungkin dia dah betul2 berubah and dah menyesal dengan apa yang dia buat sebelum ni", kata haeun cuba untuk menyedapkan hati yohan.
"Entahlah tapi eh jap, kau bukan pemalu ke? Asal dengan aku kau okay je?"
"Nak malu pun kena bertempat jugak yohan oi", yohan hanya tergelak kecil. Yelah setahu dia haeun tu memalu je bila depan dia, ni elok pulak.
.
.
Sebulan kemudian (act aku dh takde idea XD)
"Hayoun, jom pergi bilik muzik", ajak sungjoon.
"Kau nak buat apa pergi bilik muzik?"
"Nak hantar ni kat wooseok, jom lah"
"Haih, joon", hayoun tak tahu nak cakap apa. Dia teringat apa yang seungyoun cakap dengan dia pagi tadi.
flashback
Hayoun berjalan seorang diri nak masuk ke kelas. Tiba2 ada tangan yang menarik dia di lorong loker, terkejut lah dia tetiba ada orang tarik dia, siap pin dia kat loker lagi.
"Seug- seungyoun", dia bukan apa. Diorang actually dah lama tak bersemuka lepas apa yang jadi kat rumah sungjoon dulu. Malu sampai sekarang beb. Seungyoun sepertinya sedang meninjau2 ke luar nak tengok line clear ke tak.
"Ok hayoun, aku cuma nak cakap tolong pantau sungjoon", dengan sekali lafaz ayat tu keluar dari mulut dia.
"Wae? Kau suka sungjoon jugak ke?", tanya hayoun tiba2. Dalam hati dia, dia pun tak tahu kenapa ayat tu yang keluar dari mulut dia. Seungyoun pandang hayoun pelik.
"Asal? Kau jealous?", tiba2 seungyoun merapatkan mukanya dengan muka hayoun, lagi berapa inch je kalau salah langkah tu ada yang kena kiss kang. Hayoun mula tak selesa, so dia tolak dada seungyoun supaya jauh dari dia.
"Takde masa lah aku nak jealous. Kenapa tiba2 nak kena pantau ni? Pantau dari siapa?"
"Wooseok"
"Wooseok? Kenapa? Dia kan dah boleh terima sungjoon"
"Kau percaya? Kau ingat setan tu boleh berubah ke dalam masa yang cepat tu? Aku nak kau kawal sikit si sungjoon tu, hari2 duk masak kan untuk wooseok. Kau ingat wooseok makan ke? Dia buang je tau, kalau tak buang pun aku lah yang tolong makan pun", jawab seungyoun panjang lebar dan membuatkan hayoun tiba2 jadi panas.
"Member kau tu kenapa?"
"Mana lah aku tahu, benda ni takde siapa pun tahu. Kau dengan aku je, so kau suruh sungjoon tu stop bagi apa2 dekat wooseok"
end of flashback
"Jom lah hayoun"
"Haih yelah", nak tak nak hayoun ikut jugaklah sungjoon tu pergi bilik muzik..
Dalam bilik muzik
Wooseok and the geng tengah lepak kat dalam tu kecuali seungwoo sebab dia ikut cikgu dia pergi mana tah.
"Hyung, hyung kan suka dengan sungjoon noona tu. Couple je lah dengan dia, dia pun selalu kan bagi bekal dekat hyung", kata hyeongjun. Wooseok senyum sinis.
"Huh korang ingat aku betul2 suka ke dekat dia? Selama ni aku mainkan perasaan dia je lah, biar dia sedar sikit dia tu tak layak nak suka dekat aku. Bukan taste aku lah pompuan tu, makanan dia tu? Huh kau ingat aku makan? Tong sampah yang makan makanan tu", kata wooseok dan buat kan semua dalam tu speechless. Yohan dah berapi dah
the other side
"Sabar hayoun, takkan kau nak terjah masuk je?", sungjoon ni kan dia dah dengar kot niat sebenar wooseok pun nak tolak ansur lagi.
"Kau nak suruh aku sabar? Kau dengar sendiri kan setan tu cakap apa? Kau jangan buta sebab hati kau tu boleh tak? Bekas makanan tu kau pakai bekas omma kau ke bekas pakai buang?"
"Pakai buang", hayoun terus rentap paper bag tu and dia ambik bekas makanan tu.
"Kau nak buat apa ni youn?"
"Aku nak campak dekat dia", sungjoon biarkan hayoun nak buat apa pun. Dia hanya berdiri kaku di luar bilik muzik itu, dia masih terkejut dengan pengakuan wooseok at the same time dia kecewa.
Hayoun terus menolak pintu bilik muzik dengan kasar. Semua dalam bilik tu terkejut tengok hayoun yang datang dengan muka bengis dia dengan bekas makanan kat tangan dia.
'PANG!'
Hayoun tampar muka wooseok, lepastu dia campak bekas makanan tu dekat muka wooseok sampai bersepah makanan tu semua. Yang lain semua terkejut. Wooseok memegang pipinya yang ditampar, dia memandang hayoun dengan tajam.
"Kau kenapa setan!", tengking wooseok.
"Huh setan? Siapa setan? Eh kau dengan perangai setan kau tu memang tak boleh berpisah eh? Kenapa kau buat sungjoon macam tu?! Apa dosa dia dekat kau bodoh! Kau tak pikir perasaan dia ke babun!", tengking hayoun semula.
"Huh kalau kau tak bagitahu dia, dia takkan tahu. Lagipun kau ingat dia nak percaya ke cakap kau? Dia terlalu cintakan aku untuk percaya apa yang kau dengar tadi", wooseok senyum sinis.
"Siapa cakap aku tak percaya? Aku percaya", semua terkejut nampak sungjoon tiba2 masuk. Hayoun beri ruang kepada sungjoon untuk dia berhadapan dengan wooseok.
"Sampai hati kau kan seok. Kau buat aku macam ni, apa salah aku? Kalau kau jijik dengan aku, kau benci aku, kau tak suka aku, jangan buat aku macam ni seok. Hati aku lemah seok, aku tak sekental orang lain. Aku ikhlas sayang kau tapi kau? Kalau tak suka cakap tak suka, jangan seksa aku. Jangan mainkan perasaan aku macam ni, aku bukan patung yang tak ada hati seok", air mata sungjoon mula jatuh sedikit demi sedikit.
"Kau dah tahu kan aku jijik dengan kau? So berambus lah, ingat sikit kau tak selevel dengan aku and kau tak layak duduk dekat hati aku", kata wooseok dengan sinis. Semua orang terdiam, hayoun geram sebenarnya asal sungjoon tak tampar je dia?
"Tak apa lah seok, sekarang aku faham. Aku janji, aku akan cuba buang rasa sayang aku dekat kau walaupun susah aku nak buat benda tu tapi tak apa aku cuba. Terima kasih seok sebab dah buat aku macam ni", sungjoon mengelap air matanya dan terus blah.
"Kau memang babi lah wooseok", kata hayoun dan terus berlari kejar sungjoon.
"Joonn!"
"Hayoun, bagi aku sorang2 dulu youn. Kau pergi lepak dengan yang lain", hayoun hanya membiarkan sungjoon seorang diri. Dia terus pergi ke rooftop tempat diorang selalu lepak.
.
.
'BUKK!'
"Yohan saba han", hangyul cuba menahan yohan tapi yohan menepis tangan hangyul.
"Lepaskan aku! Jantan macam ni memang dah tak boleh bagi muka! Kau tak reti bersyukur ke ada perempuan yang baik hati, suci, mulia macam tu suka dekat kau!", lagi satu tumbukan tepat kena dekat pipi wooseok sehingga mengeluarkan sedikit cecair merah iaitu darah. Dia dah geram sangat dengan wooseok sampai hilang panggilan hormat 'hyung'.
"Kau memang jantan tak guna tahu tak?!", yohan melepaskan lagi penumbuknya dan menyepak perut wooseok. Wooseok menahan perit.
"Dah lah yohan, hyung kita tu", pujuk hangyul.
"Ah hyung tak hyung! Dia salah tetap salah lah!", sekali lagi dia sepak wooseok melepaskan geram. Habis lebam dah satu badan wooseok. Tiba2 seungwoo masuk.
"Apahal kecoh2 ni? Korang ni kenapa nak bergaduh ni? Aku keluar sekejap je dah jadi macam ni?", masing2 tak tahu nak cakap macam mana. Yelah, sungjoon dah lah adik dia. Dia nampak je macam tak amik tahu pasal sungjoon tapi dalam hati dia, dia sayang adik dia tu. Dan dengan terpaksa seungyoun ceritakan benda sebenar dekat seungwoo.
Seungwoo apa lagi, selama ni dia boleh tahan. Sekarang ni dia tak boleh tahan dah. Dia terus menarik kolar baju wooseok.
"Kau seok, kau kenapa?! Kau tahu tak adik aku tu happy bila dia dapat tahu kau dah boleh terima dia? Kau tahu tak dia bangun lagi awal dari sebelum ni sebab nak buatkan makanan untuk kau?!", tengking seungwoo.
"Huh, siapa suruh dia buat macam tu. Beria sangat asal", dah macam tu pun dia still nak sakitkan hati orang. Seungwoo dah tak boleh tahan, terus dia tumbuk muka wooseok dan wooseok kembali terjatuh.
"Kau memang setan wooseok, kau jangan dekat lagi dengan adik aku!", tengking seungwoo dan yang lain meninggalkan wooseok di situ. Hanya seungyoun sahaja yang ada di sisi wooseok.
"Dah tu, bangun seok. Puas dah hati kau? Puas?", wooseok hanya diamkan diri dia.
"Padan muka kau seok, ni lah padahnya. Dah jom aku bawak pergi bilik kesihatan", seungyoun bantu wooseok untuk bangun tapi ditepisnya tangan seungyoun tu.
"Aku boleh bangun sendiri lah", kau dah macam ni pun kau ego lagi kan seok? Ey. Seungyoun hanya membiarkan wooseok berjalan sendiri, tapi seungyoun masih pantau wooseok dari belakang. Yelah, jahat2 si wooseok tu, diorang tetap kawan.
.
.
"WHAAATTTT???!!!!", jerit semua perempuan yang ada dekat rooftop tu bila dengar cerita hayoun.
"Korang ni slow lah sikit, malu lah bodo kalau orang bawah dengar"
"Tak sekarang ni, apa masalah si wooseok tu? Melampau sangat kenapa?? Eiiii aku geram niii", kata chaemin dan mengepalkan penumbuknya.
"Sabar, yohan dah settlekan"
"Mana kau tahu?"
"Aku lah yang bagitahuuu halluuuu", tibe mana tah muncul jantan mcm sotong kurita, Lem eh Lim Sejun XD
"Halah pondan ni semak lah", kata hoona.
"Eh tak baik tau cakap aku pondan ha, actually tadi aku nampak diorang ni ha gaduh pastu aku ngintai lah pastu hayoun noona ngan sungjoon noona dah blah aku nampak lah yohan tu tumbuk muka dia sepak dia fuh lebam habis kauuu muka diaa", bebel sejun macam makcik2 bawang.
"Dia betul2 eh sayang dekat sungjoon unnie", kata haeun.
"Memang dari dulu dia selalu pertahankan unnie. Benda paling kitorang tak boleh lupa, sungjoon unnie tunggu wooseok kat myeongdong and dia tak datang pun. Dia biar kan sungjoon unnie sorang2, nasib baik yohan ada", kata haerin dan haeun hanya menganggukkan kepalanya.
"Dah lah, sekarang ni sungjoon mana?", tanya chaemin.
"Aku pun tak tahu dia pergi mana, dia kata dia nak bersendirian so aku biar je lah dia", jawab hayoun selamba dan dapat lepukan daripada chaemin.
"Lainkali kau pantau lah dia senyap2 eyy", tibe pintu rooftop dibuka. Mereka sangkakan sungjoon tapi rupanya seungwoo and the geng kecuali seungyoun ngan wooseok takde.
"Adik aku mana?", tanya seungwoo dengan nada suara yang mendatar. Jarang diorang tengok seungwoo macam tu, kalau dah macam tu dia betul2 marah lah tu.
"Dia perlukan masa untuk diri dia, biarkan dia dulu okay. Bagi dia tenang dulu", kata chaemin dan seungwoo mengeluh. Memandangkan banyak je ruang kat situ diorang semua duduk kat situ, pastu semua diam.
"Actually aku dah tahu benda ni pagi2 buta tadi", hayoun memecahkan kesunyian. Semua pandang hayoun pelik.
"Siapa bagitahu unnie?", soal aisha.
"Seungyoun"
"So seungyoun dah tahu lah?", tanya seungwoo dan hayoun mengangguk.
"Seungyoun hyung cakap apa?", tanya yohan.
"Dia suruh aku pantau sungjoon dari wooseok. Benda ni dia sorang je tahu. Dia nak bagitahu korang tapi wooseok tak kasi dia bagitahu korang", semua mengeluh. Speechless.
Sungjoon's
Sungjoon berada di rooftop bangunan lain. Air matanya dari tadi tak berhenti mengalir, dia terlalu kecewa dengan wooseok. Selama ni dia ikhlas sayangkan wooseok tapi wooseok buat dia macam ni.
"Kenapa seok, tsk kenapa kau buat aku macam ni", sungjoon menundukkan kepalanya dan sambung menangis.
- TO BE CONTINUE -
bye
hm 😔❤️
wifeuwooseok_
FLUTTERISM-
CHANFILTR
Nujesluvbot
flexgirl-
naneun_aisha
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro