chap 17
Kringgg Kringgg
Waktu balik pun tiba, mesti ah ramai an nak balik rumah. Sungjoon and the geng jalan bersama-sama untuk pulang, sedang mereka bejalan-jalan, tiba2 ada seorang lelaki menghalang perjalanan mereka. Kim Woosa eh Wooseok.
"Kenapa ni seok?", tanya sungjoon dan wooseok buat muka cute dia. Ey aku pang kang.
"Hehe nah coklat, aku ganti coklat erm yang aku campak haritu", kata wooseok dengan muka bersalah fake dia. Sungjoon hanya senyum ke arah wooseok.
"Takpe seok, benda dah lepas"
"Alo erm amik je lah kalau tak nanti aku rasa bersalah", dan sungjoon pun amik je lah coklat tu dan wooseok terus berlari. Hyper betul dia harini asyik lari je kerjanya. Sungjoon tergelak kecil tengok wooseok, dia rasa comel pulak wooseok macam tu.
"So crush dah balas cinta lah ni?", tanya chaemin dan mengangkat2kan keningnya.
"Entahlah unnie", jawab sungjoon dan tersenyum sambil tengok coklat yang wooseok bagi dekat dia. Depan member2 dia yelah dia buat dek je, dalam hati dah melompat-lompat dah dia.
.
.
"Hyung, hyung dah baik ngan joon noona eh?", tanya minhee dan wooseok hanya mengangguk. Seungyoun yang berada di sebelah dia mencubit wooseok. Wooseok cuma bagi isyarat 'kau diam je', seungyoun tak tahu nak buat apa, dia mampu diam je buat masa sekarang ni.
"Ha kau tu dah berbaik ke dengan aisha?", tanya hangyul.
"Aku dah minta maaf dah haritu, dia dah maafkan ha dah baik lah", jawab minhee dan memakan aiskrimnya.
"Eh aku dengar citer tadi ada budak baru dalam kelas korang. Betul ke?", tanya seungwoo kat yohan and hangyul.
"Haah, nama dia Jung Haeun. Comel gak lah, aku rasa dia nanti pun jadi geng diorang kot sebab aku tengok tadi dia ikut je mana haerin pergi", jawab hangyul.
"Kau tak habis lagi ke ngan haerin tu gyul? Aku tengok dia bebetul rimas tau dengan kau. Kau tengok ah dia dengan serim pun, orang boleh ingat diorang tu couple tau", betullah jugak tu apa yang wooseok cakap tu. Kalau orang yang takenal tengok diorang maybe orang ingat diorang bercinta.
"Ala takpelah, aku kacau dia sebab aku suka tengok reaction dia. Kalau dia suka aku, aku okay je. Kalau tak suka takpelah, aku redhaaa", jawab hangyul.
"Uish hyung memang kental lah hyung, aku bangga ada hyung cam kau", kata eunsang sambil menepuk-nepuk bahu hangyul. Pastu hangyul buat muka berlagak, hokaloh.
"Ha kau pyo tak habis lagi ke gaduh ngan musuh ketat kau tu?", tanya junho.
"Heh memang takkan habis okehh! Dia tu asal jumpa aku je nak cari pasal eyy kalau bukan sebab dia tu anak orang memang lama dah aku belasah ey ey"
"Sabo pyo sabo ini dugaan. Ko tengok cam aku, helok je ngan hoona", kata eunsang sambil berlagaklah sebab dia takde gaduh2 ngan hoona.
"Eleh, bila hoona tu keluar dengan jaemin kau marah an?", usik hyeongjun.
"Kau diam ah, mana ada aku marah halamak", balas eunsang tanak kalah.
"Eleh yelahtu tak marah, kau ingat aku bodoh sangat ke tak reti beza time kau marah and time kau okay. Hellooo aku bukan baru kenal kau semalam eh", kata hyeongjun dan eunsang buat tak tahu. Maleh dia nak layan.
" Eh hyung, nak tahu tak? Haritu an masa kitorang balik dari rumah hyung tu kan, mint noona balik dengan subin", kata hangyul saje nak buat seungwoo mengamuk lah tu.
"Bwooo??!!!!! SUBIN CENGENG TUU??!!! Seriouslyyyy??!!!!!!!!", ha aku tak tahu dia dah mula nak buat highnote dia kat situ.
"Aku lahh eyy sebaik kau paling tua kalau tak kena hempuk dah ni eyy", kata seungyoun geram. Tibe seungwoo lari.
"Oiii kau nak pegi mana tu hyung!!?"
"NAK PERGI CARI SUBIN BYEE", ha sudah lantak dia lah kat situ. Marilah kita berharap supaya subin tidak di apa-apa kan.
"Ha seungyoun hyung, hyung ok?", tanya dohyon lak.
"Ok je, asal tak ok pulak?"
"Yelah selalunya hyung asal nak balik je confirm gaduh ngan hayoun noona dulu. Harini takde pun, cam pelik pulak", junho ni saje nak ngusik dia ke apa.
"Ish bosan ah gaduh ngan dia hari2", jawab seungyoun.
"Eleh bosan ke malu lagiii pasal harituuu elele malu lagi niii", usik hangyul.
"Mana ada lah ish dah lah aku balik dulu ah bye", terus dia berlari.
"Hekeleh malu lagi lah tu", dan mereka pun hanya gelak.
.
.
Sungjoon pulang ke rumah dan terus masuk ke dalam biliknya. Dia amik handphone dia and dia selfie dengan coklat yang wooseok bagi dan dia tersenyum balik tengok gambar tu. Memandangkan dalam bilik dia ada printer untuk gambar polaroid, terus dia print gambar tu and dia tampal dalam diary dia dengan caption
"Finally wooseok accept me!"
Dia tersenyum kembali, suka betul dia dapat coklat dari wooseok. Terus dia makan.
"Ermm coklat ni bertambah sedap bila wooseok yang bagi hehe", dia makan coklat tu sambil tersengih-sengih macam kerang busuk. Lebihan coklat tu dia simpan dalam peti sejuk dan dia sorok ye. Bukan apa, takut seungwoo rembat coklat dia.
"Hm esok nak bagi apa eh dekat wooseok", monolog sungjoon sendiri sambil berpusing-pusing kat dapur tu nak tengok apa2 yang boleh dia buat untuk bagi dekat wooseok.
"Ha! Buat sandwich lah, boleh dia buat breakfast sekali", kata sungjoon sambil tersenyum seorang diri. Dah dapat idea nak buat apa dia terus masuk bilik dia untuk bersihkan diri. Seronok sangat eh dapat coklat sampai lupa nak mandi.
Next day
Dengan sungguh bersemangat sungjoon bangun lebih awal daripada biasa. Selalunya pukul 6 baru dia bangun, tapi harini pukul 5 lagi dia dah bangun. Selepas selesai sungjoon membasuh muka dan gosok gigi, dia terus menuju ke arah dapur.
Dia buat pepagi buta tu bukan apa, dia cuma taknak omma dia tahu yang dia buat bekal untuk crush dia. Nanti omma dia bising, untuk crush rajin tapi bila ommanya suruh pemalas nau XD.
Dengan riangnya dia buat sandwich untuk wooseok. Dah siap, dia masukkan bekas pakai buang itu dalam paper bag dan dia simpan dalam bilik dia. Sementara tu dia bersiap-siap nak pergi sekolah pulak.
skip
Sungjoon masuk ke kelasnya dengan happy sekali dan terus dia duduk di tempat dia a.k.a sebelah hayoun. Hayoun pun pelik tengok dia happy semacam.
"Kau pahal happy sangat ni joon?"
"Hehe happy lah. Weh, jom teman aku", ajak sungjoon.
"Pergi mana?"
"Jumpaa wooseok"
"Jumpaa wooseok? Buat apa? Malas lah aku"
"Alaaa jom lahh, aku nak bagi sandwich ni kat dia. Boleh dia buat breakfast sekali, jom lah hayoun pleaseeee selalunya time2 macam ni dia tengah jalan nak masuk kelas", pujuk sungjoon.
"Kau tahu time2 ni dia tengah jalan nak masuk kelas kan? Pastu asal kau tak tunggu je dia sia? Kenapa kau kena libatkan aku dalam hal ni joon? Kenapaaaaa? Whyyyy??? Waeeeee?? Ko tahu tak homework aku tak siap lagi ni eyyy", serabut betullah hidop si hayoun ni.
"Asal kau tak siapkan semalam?"
"Main game"
"Tak habis2lah dengan game kau tu. Dahlah, biar lah aku gi sorang. Siapkanlah homework kau tu", sungjoon pun keluar dari kelas dan menunggu wooseok di tempat yang selalu dia usha wooseok dulu. Selang beberapa minit, nampaklah kelibat wooseok sedang berjalan untuk masuk ke dalam kelasnya.
"Wooseok", panggil sungjoon dan wooseok memandang ke arah sungjoon. Wooseok menyedekahkan senyuman manisnya kepada sungjoon. Dasar fake!
"Eh joon, kenapa ni?", tanya wooseok.
"Nah, aku buatkan bekal untuk kau hehe. Nak makan breakfast boleh nak makan lunch nanti pun boleh", sungjoon menghulurkan paper bag tu kepada wooseok dan dia mengambil paper bag tu.
"Uwaa thankyou joon. You are the best! Aku masuk kelas dulu eh, belajar elok2 tau", sebelum wooseok pergi, sempat dia mengusap kepala sungjoon. Sungjoon apa lagi, happy lah dia. Manakala wooseok pula dia hanya senyum dengan sinis.
Wooseok&Seungyoun's Class
Wooseok masuk ke dalam kelasnya dan dia campak paper bag tu atas meja seungyoun. Seungyoun yang leka main game tu terkejut lah, tibe je campak2.
"Kau ni apahal campak2 ni?"
"Kau dah breakfast belum? Kalau belum tu makan ah", kata wooseok dengan muka cold dia tu.
"Uish kau buat breakfast untuk aku ke seok? Untungnya aku ada member macam kau ni", terus seungyoun ambil bekas pakai buang yang berisi sandwich itu dan memakannya.
"Sungjoon bagi aku"
"Uhuk uhuk", tersedak monyet tu dengar. Dah lega sikit, dia letak balik sandwich tu.
"Pastu? Makan lah sekali"
"Taknak aku, setakat sandwich bodo tu baik aku beli kat cafe sekolah", wah mulut kau seok.
"Seok, sedap tau sandwich ni seok. Tak baik kau buat macam tu", kata seungyoun cuba memujuk wooseok untuk menjamah sikit sandwich yang sungjoon buatkan untuk dia.
"Kalau sedap sangat, kau makan je sorang. Aku tak lalu nak makan air tangan dia", kata wooseok dengan nada mendatar. Seungyoun hanya mampu menggelengkan kepalanya, tapaham dia dengan member dia sorang tu.
"Suka hati kau lah seok, jangan one day nanti kau menyesal dengan apa yang kau dah buat sekarang ni seok", kata seungyoun dan menghabiskan sandwich tu.
"Huh aku menyesal? Never"
"Jangan cakap cam tu seok, makan diri nanti aku tak tahu eh", dan wooseok hanya mengabaikan kata2 seungyoun.
.
.
Waktu rehat tiba dan perempuan2 yang tak berjumpa masa datang sekolah tadi pun berkumpul di rooftop lah mana lagi tempat diorang lepak. Tibe chaemin sampai, semua terkejut.
"Ya ampunnnn unnieeee tangan tu kenapa berbalut pulak tu aigoo"
"Unnieee cemana boleh jadi macam ni?"
"Unnieee mengapaaaa whyyy unnie whyyy"
"Ish korang ni, aku tampo seko2 kang. Tulang tangan aku retak sikit, jatuh tangga semalam", kata chaemin yang dah berbalut tangannya.
"Aigoo cemana boleh jatuh ni unnie? Unnie berangan ke hah?", tebak hoona.
"Pale hotak kau berangan, takde masa lah aku nak berangan. Tergelincir je, tak perasan omma unnie baru habis mop"
"Unnie ni lain kali hati2 lah, kan dah berbalut tangan macam ni. Dah susah nak makan, nak mandi. Nasib baik retak sikit kalau patah terus macam mana?", haerin mula dah mood bebel dia nak on.
"Yelah yelah, takyah bebel okehh. Lepasni unnie jagalah diri eh. Sekarang ni jom pi kantin, tibe craving makanan kat kantin pulak"
Semua pun bergeraklah ke kantin. Diorang ambil makanan diorang and duduk dekat satu meja beramai-ramai. Tibe ada sorang laki datang and terus duduk dekat sebelah chaemin.
"Eh noona, kenapa tangan noona ni? Noona okay tak?"
"Eh subin, noona okay je lah. Retak sikit je ni, 2minggu lagi baik lah", kata chaemin acah tak sakit. Dalam hati dah memaki hamun tangan dia sebab susah nak makan, yelah yang retak tu tangan kanan.
"Sikit noona kata? Sampai susah nak makan ni? Haih, meh lah subin tolong suapkan noona. Kesian noona", kata subin dan terus mengambil sudu chaemin untuk menyuap chaemin. Wah diorang buat seperti mereka tidak wujud ye. Yang lain buat muka nyampah dah sebab si subin tu menyebuk XD.
meanwhile the other side
"Hyung tengok tu hyung", seungyoun menunjuk ke arah di mana subin sedang menyuap chaemin dan mata seungwoo sepertinya ada api yang membara HAHAHAHA.
"Sabo hyung sabo", kata maknae line menenangkan seungwoo.
"Si subin ni kan dia memang taste noona2 ke apa? Macam takde pompuan lain pulak sebaya dia eyyy ni aku nak marah ni", kata seungwoo geram. Yang lain cuba tahan seungwoo dari pergi serang diorang.
skip
Seungwoo&Chaemin's Class
Chaemin memang serabut habis dah sebab dia susah nak menulis dengan keadaan tangan dia macam tu, tibe seungwoo datang duduk sebelah dia.
"Dahlah, kau rehat je. Biar aku salinkan nota tu, nanti bengkak pulak tangan kau tu banyak menyalin", kata seungwoo dengan nada yang mendatar. Tak habis lagi lah tu jealous dengan subin.
"Tak payahlah, aku taknak menyusahkan sesiapa", kata chaemin.
"Kalau taknak menyusahkan sesiapa lain kali makan lah sendiri, tak payah lah nak suap2 bagai. Hmph!", seungwoo terus blah duduk tempat dia balik. Chaemin terkejut ah tibe sungwoo centu apahal, so disebabkan dia dah malas dia just amik gambar nota2 tu.
.
.
"Kau nak buat apa pulak untuk si wooseok tu esok?", tanya hayoun. Diorang membawang lah sat sementara cikgu diorang tak masuk lagi.
"Hm aku ingat aku nak buat nasi goreng esok"
"Seriously joon? Kau bangun pukul berapa nak siapkan semua tu?"
"Dalam pukul 5?"
"Omma kau tahu?", sungjoon hanya menggeleng. Hayoun hanya mampu mengeluh.
"Asal? Kau tak suka ke wooseok dah terima aku? Tapi kalau wooseok tu benci aku korang tak suka jugak takkan lah dia dah terima aku pun korang tak suka jugak?"
"Bukan tak suka joon cuma hm takut effort kau ni lelama tak berguna je joon"
"Asal kau cakap macam tu? Wooseok tu dah baik kan"
"Ye aku tahu dia dah baik, tapi yeah kita tak tahu kan hati orang. Lagipun aku ragu2 lah dengan dia tu. Takkan kau tak ingat apa yang dia buat selama ni?"
"Ingat, tapi benda dah lepas kan? Dia pun dah minta maaf and menyesal dengan apa yang dia dah buat. Tak salahkan aku bagi peluang kedua kat dia?", jawab sungjoon.
"Yelah joon, buat lah apa kau nak. Aku tak kesah, aku happy wooseok dah boleh terima kau. Cuma hati2 okay", tanpa sempat sungjoon menjawab apa2 tibe cikgu diorang masuk dan mereka pun belajar seperti biasa.
- TO BE CONTINUE -
Lepasni akan ku cuba lebih fokuskan pada sungjoon dan wooseok XD
nak boyfriend cam tu pleasee hiks.
wifeuwooseok_
CHANFILTR
CHAMBEREUN_
Nujesluvbot
flexgirl-
naneun_aisha
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro