chap 16
Pagi menjelma, memandangkan perempuan semua tido luar sebab takut punya pasal, diorang bangun awal. Nasib baik tak ada yang terpeluk dengan musuh memasing XD. Yang perempuan semua dah siap and harini diorang baik so diorang siapkan breakfast untuk beruk2 tu sekali. Kebetulan seungwoo dah bangun, dia pergi dapur.
"Wah wife material betul lah kau ni. Ni yang makin suka ni ehek", chaemin ignore seungwoo sebab dia malas nak layan loya buruk mamat tu pepagi. Tak lama lepastu sorang sorang bangun dan bertandang ke dapur sebab yelah memasing lapar kan.
"Siapa lagi yang takde?", tanya seungwoo selaku yang paling tua antara mereka. Yelah dah alang2 semua mood tengah baik ni baik diorang breakfast sesama kan.
"Seungyoun tak bangun lagi", kata wooseok dan menunjuk ke arah seungyoun yang masih terbongkang kat atas sofa tu.
"Takpe, biar aku settlekan dia", kata hayoun dan senyum sinis. Dia pergi ke seungyoun dan dia berdiri atas sofa yang seungyoun baring. Kau rasa dia nak buat apa? Dia lompat ah apa lagi.
"Bangunn!!! Bangunn!!!!", jerit hayoun sambil lompat2 atas sofa. Seungyoun dah mula dah dia nak mengamuk.
"Aku nak tido lah setan! Kau berambus sana", kata seungyoun tapi hayoun tetap tak mengalah ye anak2.
"Siapa setan? Kau setan ke aku setan? Bangunlah setan!", hayoun sambung lompat. Sebab seungyoun dah geram sangat, dia tarik tangan hayoun dan dengan tak sengaja hayoun terjatuh atas seungyoun dan mereka ter-eye contact dan dua2 terkaku.
meanwhile keadaan kat dapur yang menyaksikan kejadian itu
"Omo omo", kata dohyon sambil menutup mulut dia yang ternganga. Hangyul terus cover mata dohyon dengan tangan dia.
"Budak2 tak leh tengok", kata hangyul.
"Itu kalau dibiarkan tu mahu jadi benda lain kang", kata chaemin sambil menongkatkan dagunya.
"Ehem yang kat depan tu taknak breakfast sekali ke?", tegur seungwoo sebelum apa2 jadi.
Hayoun yang baru tersedar tu terus berdiri. Tibe awkward gila, seungyoun pun tibe diam. Hayoun jalan dengan laju pergi dapur dan dia duduk di sebelah haerin.
"Asal muka unnie merah. Aigoo malu eh? Malu lah tu elele", usik yihyeon.
"Diam ah kau, aku karate kau kang", kata hayoun dan yang lain semua gelak je. Seungyoun yang selalunya terlebih aktif tu pun tibe diam. Malu punya pasal dan inilah kali pertama pun diorang boleh duduk se-table dengan tenang. Kalau tak, bergaduh aje kerja. Mungkin jugak sebab harini hari last diorang dekat rumah keluarga han tu.
.
.
"Bye bye sungjoon unnie, hiks hiks will miss you unnie", kata aisha dengan fake tearsnya. Drama betul diorang ni.
"Bye sungjoon hiks jaga diri leklok tau, jangan nakal2 okeh", kata chaemin pulak.
"Tak korang ni apahal? Lagi 4 hari kita jumpa lah halamk cakap macam aku nak pindah pulak, lepuk seko2 kang", kata sungjoon. Yohan perati sungjoon dari jauh dan dia tersenyum.
"Kwiyeopta", kata yohan perlahan.
"Bye mint uhuks nanti 4 hari tak boleh tengok muka kau uhuks", halah gedik betullah si seungwoo ni. Kutip please, nyampah aku.
"Joon, kau bawak oppa kau ni masuk dalam. Malas aku nak layan dia", dan sungjoon pun menarik seungwoo masuk kedalam dan terus tutup pintu. Dan yang lain turun beramai-ramai.
"Hi haerin", tegur seseorang.
"Eh serim? Kau buat apa kat sini?"
"Erm nak hantar kau balik rumah?", serim senyum dengan manis sekali ye dan haerin pun cair. Dia apa lagi, ikut jelah. Tiba eh ada pulak yang menegur aisha, siapa lagi kalau bukan crush dia, taeyoung.
"Jom lah aisha aku hantar kau balik. Meh aku tolong bawak beg kau sekali", kata taeyoung dan terus mengangkat beg2 aisha. Aisha memang suka ah, terus dia ikut je si taeyoung tu. Tetiba eh mana datang tah subin crushnya chaemin pulak muncul.
"Erm noona, jom lah saya teman noona balik. Sambil2 tu kita boleh singgah makan tteokbokki ke", ajak subin dan chaemin pun apa lagi. Setuju je lah, tinggallah hayoun, yihyeon dan hoona dengan beruk2 tu.
"Diorang balas dendam ke?", tanya yihyeon dengan muka curious gila.
"Ye ah tu diorang balas dendam. Dah lah jom lah balik", kata hayoun dan terus menarik luggagenya. Dia bukan apa, dia senanya malu lagi dengan seungyoun so dia nak balik cepat2.
"Hoona, jom lah aku teman kau balik", kata eunsang dan hoona teragak-agak dengan pelawaan eunsang tu.
"Jom je lah, aku nak teman kau balik je. Bukannya nak buat pape pun kat kau. Lagipun haluan rumah kau sama dengan aku kan tak sama pun dengan diorang", dah eunsang bagi alsan macam tu, hoona ikut je lah dan tinggallah yihyeon dengan hayoun. Diorang berdua pasrah dah kena tinggal.
"Ha mana crush kau tu?", mula dah si dongpyo tu nak cari pasal dengan yihyeon.
"Tak, apa masalah kau eh? Sebuk pasal crush aku pahal? Hakalah", kata yihyeon dan menjeling dongpyo. Ha diorang ni memang asal gaduh mesti menjeling-jeling punya. Bila api baru je nak membara tiba2 yihyeon ternampak new tengah jalan sorang2.
"Eh new oppa!", jerit yihyeon memanggil new sambil melambai2 kan tangannya. New datang ke arah mereka.
"Yeon nak pergi mana ni?", tanya new.
"Hehe yeon nak balik rumah", kata yihyeon shy shy cat. Auto jadi ayu eh jumpa crush.
"Ouh kalau macamtu jom lah oppa teman sampai rumah", yihyeon memang on je lah kan. Baru dia nak blah tibe hayoun tahan dia.
"Takkan kau nak tinggalkan aku gila", bisik hayoun ye ah dia tinggal sorang.
"Alah nak buat acane, bye unnie. Selamat pulang", kata yihyeon dan senyum ke arah new dan mereka pun blah. Hayoun hanya mampu memaki diorang dalam hati.
'Hiks joooonnnn diorang tinggalkan aku huwaaa', raung hayoun dalam hati. Dia hanya meneruskan perjalanannya seorang diri di hadapan dan yang lain semua kat belakang dia.
"Aikk tak gaduh pulak korang harini. Malu lagi ke teww", usik hangyul dan seungyoun melepuk kepala hangyul. Hayoun malas nak layan dia terus lari dengan tarik luggage dia tu pergi bustop lain sebab dia tak sanggup dah duduk situ.
.
.
4hari kemudian
Mereka kembali ke sekolah semula. Diorang punya berpeluk macam tak jumpa 4 bulan. Kelas pun bermula macam biasa.
Haerin,Hangyul&Yohan's Class
Sedang mereka belajar subjek math, tetiba homeroom teacher diorang masuk bersama seorang perempuan cute yang tidak dikenali.
"Ok class, harini kamu semua ada classmate baru. Jadi jangan buli dia okay? Ha kamu boleh perkenalkan diri kamu", kata Kim Saem merangkap homeroom teacher kelas itu.
"Annyeonghaseyo, jeoneun Jung Haeun imnida", haeun memperkenalkan dirinya sambil tersenyum manis ke arah semua classmate dia.
"Baiklah haeun, kamu boleh duduk sebelah haerin", haerin mengangkat tangannya dan haeun pergi ke arah haerin dan duduk di sebelahnya.
"Annyeong! Park Haerin imnida", haerin mengenalkan dirinya dan haeun hanya tersenyum.
"Yoww nama aku lee hangyul yow", tibe hangyul ni pahal.
"Ha kau tayah layan dia tau, dia memang gila sikit", kata haerin dan haeun gelak je. Pastu haeun pandang yohan.
"Annyeong, Kim Yohan imnida", kata yohan dan senyum ke arah haeun. Haeun hanya balas dengan senyuman juga. Mereka belaja seperti biasa.
.
.
Akhirnya waktu yang ditunggu-tunggu oleh semua orang telah tiba. Waktu apa? Waktu rehat ler.
"Eh haeun, jom lah rehat dengan kitorang. Aku boleh kenalkan kau dekat member2 aku sekali", ajak haerin.
"Takpe ke?", tanya haeun.
"Alah takpe jom", haerin terus menarik tangan haeun pergi tempat yang diorang selalu lepak.
"Yowww aku bawak member baruuu", kata haerin dengan excited. Yang lain pun jakun ah ada member baru dan mulalah sesi berkenalan dan kalini haerin pula ditugaskan untuk cerita semua benda pasal diorang kat haeun sebab diorang sebaya😂 Semua benda lah haerin cerita pasal beruk2 tu semua musuh diorang ha semua dah cerita.
"Kitorang ni sakai sikit, hope kau boleh get along ah ngan kitorang. Tapi alah selalunya memula je an memalu lama2 nanti okaylah. Hoona tu ha dulu memula shy shy cat je ngan kitorang sekarang hampeh", kata hayoun dan haeun gelak, sebab dia rasa benda tu lawak kot.
"Dah dah, lepasni haeun kalau ada problem apa2 cari je kitorang okay", kata sungjoon prihatin seperti seorang kakak2 gituu dan haeun hanya menganggukkan kepalanya sahaja.
.
.
Waktu rehat pun telah tamat dan mereka haruslah masuk ke dalam kelas memasing. Sungjoon dan hayoun seperti biasa jalan sama2 sambil berbual kosong menuju ke kelas. Tetiba eh terserempak pulak dengan wooseok and seungyoun.
Kalini sungjoon mengelak dari wooseok tapi sekarang wooseok pulak yang menghalang dia. Dia nak gerak ke kanan, wooseok ke kanan. Dia nak gerak ke kiri, wooseok ke kiri.
"Kau nak apa seok?", sungjoon fedap dah dengan dia.
"Asal lately ni kau asyik ignore aku eh?", tanya wooseok tanpa segan dan silu.
"Huh, sejak bila kau kesah aku ignore kau ni? Bukan kau tak suka aku ke? Kau jijik kan dengan aku", kata sungjoon,
"Ok macam ni lah joon. Aku sebenarnya nak minta maaf, aku tahu aku salah selama ni", kata wooseok dan buat muka kesian. Sungjoon mula rasa kesian dan bersalah sebab layan wooseok macam tu.
" Kalau kau taknak maafkan aku, aku boleh melutut", and wooseok tiba2 melutut dan membuatkan sungjoon, hayoun dan seungyoun terkejut.
"Eh seok, bangunlah. Ye ye aku maafkan kau", kata sungjoon dan wooseok terus bangun.
"Jinjja?!", sungjoon menganggukkan kepalanya dan wooseok terus peluk dia. Sungjoon memang terkejut lah.
"Thank you sebab maafkan aku. Aku janji lepasni aku takkan marah2 kau lagi, teruskan suka aku okay? Aku masuk kelas dulu babai!", sebelum wooseok berlari masuk ke kelas dia sempat cium pipi sungjoon dan buatkan sungjoon terkaku.
"Ha kau tayah nak terkaku sangat dekat situ, jom masuk kelas. Mentang2 lah crush dia dah terima dia", kata hayoun dan menarik tangan sungjoon untuk masuk ke kelas.
Seungyoun&Wooseok's Class
"Seok, kau betul ke dah takesah dia suka kat kau?", tanya seungyoun.
"Huh, memang tak lah. Ingat senang2 je ke aku nak bagi dia suka kat aku. Well maybe aku akan mainkan perasaan dia huh", kata2 wooseok itu membuatkan seungyoun speechless.
"Seok, kau tak rasa bersalah ke?"
"Untuk apa aku rasa bersalah? Eh perempuan tu tak selevel aku lah nak suka dekat aku. Biar lah dia rasa nanti huh", sinis sekali senyumannya ya. The real woosatan finally hereee.
- TO BE CONTINUE -
nah woosatan engko
(maap ada masalah teknikal sikit tadi)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro